Tarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2022 /2023 & Sesi Persekolahan Penggal 3
Tarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2022 /2023 & Sesi Persekolahan Penggal 3 ~ Berikutan pandemik COVID 19, sesi persekolahan mengalami beberapa perubahan terutamanya dari segi kalendar akademik.
Biasanya, para pelajar akan tamat sesi persekolahan pada setiap hujung tahun. Namun berbeza dengan kali ini, sesi akademik penggal 3 akan dilanjutkan sehingga Mac 2022.
Tarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2022 /2023
Kepada para pelajar, ibu bapa dan penjaga, sila ambil maklum tarikh-tarikh penting dibawah.
Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023 bagi sekolah di Negeri Kumpulan A dan pada 21 Mac hingga 12 Mac 2023 bagi sekolah di Negeri Kumpulan B.
Rujuk jadual di bawah (gambar):
Sesi Persekolahan Penggal 3
Untuk makluman, sesi persekolahan Penggal 3 KPM adalah dijadualkan susulan pandemik COVID 19 yang melanda seluruh dunia. Penangguhan sesi akademik penggal 3 ini bertujuan membantu murid-murid menguasai silibus yang tercicir ketika sekolah ditutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.
Dalam satu kenyataan media KPM berhubung Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 serta Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 pada 15 November 2021, tarikh mula sesi persekolahan penggal 3 bagi tahun 2021/22 telah ditetapkan.
Sesi Persekolahan Penggal 3 2021 / 2022 akan bermula mulai 2 Januari 2022 hingga 20 Mac 2022 bagi sekolah di negeri Kumpulan A. Manakala bagi sekolah di Kumpulan B Sesi Persekolahan Penggal 3 2021 / 2022 akan bermula mulai 3 Januari 2022 hingga 20 Mac 2022.
Untuk Jadual Sesi Persekolahan Penggal 3 bagi tahun 2021/2022 pula, sila rujuk jadual di bawah (gambar):
Takwim Cuti Sekolah (Cuti Perayaan) Bagi Sesi 2022/2023
NOTA:
- Negeri Kumpulan A – Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu
- Negeri Kumpulan B – Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai takwim persekolahan dan sesi akademik 2022/2023m anda boleh muat turun pdf berkaitan melalui laman sesawang KPM di pautan: https://www.moe.gov.my/takwim