PERKESO: Tarikh Bayaran Faedah 2023 (Jadual Bulanan)
PERKESO: Tarikh Bayaran Pencen/Faedah Bermula Januari 2023 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa PERKESO telah mengeluarkan jadual terkini bagi bayaran faedah / pencen PERKESO yang dijadualkan bermula Januari 2023 ini.
Apa Itu Bayaran Faedah PERKESO
Konsep Perlindungan Keselamatan Sosial PERKESO adalah berteraskan konsep tanggungjawab bersama menerusi sumber terkumpul, perkongsian risiko dan penggantian pendapatan melalui bayaran PERKESO 2021 (pooling of resources, sharing of risk and replacement of income).
Perlindungan keselamatan sosial adalah asas yang perlu dipenuhi sebagaimana yang dipersetujui di bawah Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1952 iaitu Konvensyen 102; Minimum Standard for Social Security.
Dalam memenuhi matlamat tersebut, fungsi utama PERKESO adalah untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya menerusi skim-skim perlindungan yang diperkenalkan.
Untuk makluman, bayaran faedah PERKESO adalah mengikut 2 Skim Faedah Keselamatan Sosial iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.
Skim Bencana Pekerjaan
Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya.
- Kemalangan Semasa Kecemasan
- Kemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.
- Penyakit Khidmat: Penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan sebagaimana yang disenaraikan di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
Contoh Penyakit Khidmat:
- Hilang pendengaran disebabkan oleh paras tekanan bunyi tinggi yang berterusan
- Penyakit asma disebabkan oleh pekerjaan yang melibatkan pendedahan berterusan kepada sedutan habuk atau bahan kimia yang merbahaya dan sebagainya
Skim Keilatan
Seseorang yang layak menerima bayaran PERKESO 2021 apabila dianggap sebagai menghidap keilatan setelah mengalami suatu keuzuran yang berkekalan samada tidak boleh diubati atau tidak mungkin sembuh serta tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya, sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan pekerja yang normal.
Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja dari keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.
Tarikh Bayaran Faedah PERKESO 2023
Berikut ialah jadual yang mengandungi tarikh Bayaran Faedah PERKESO Bermula Januari 2023.
Bil. | Bulan | Tarikh Bayaran Faedah | Hari | Catatan |
---|---|---|---|---|
1 | Januari | 17 Januari 2023 | Selasa | 22 Januari 2023 bersamaan Tahun Baru Cina |
2 | Februari | 1 Mac 2023 | Rabu | – |
3 | Mac | 31 Mac 2023 | Jumaat | – |
4 | April | 17 April 2023 | Isnin | 22 April 2023 bersamaan Hari Raya Puasa |
5 | Mei | 25 Mei 2023 | Khamis | 30 Mei 2023 bersamaan Pesta Keamatan 1 Jun 2023 bersamaan Perayaan Hari Gawai Dayak |
6 | Jun | 23 Jun 2023 | Jumaat | 29 Jun 2023 bersamaan Hari Raya Qurban |
7 | Julai | 1 Ogos 2023 | Selasa | – |
8 | Ogos | 1 September 2023 | Jumaat | – |
9 | September | 29 September 2023 | Jumaat | – |
10 | Oktober | 1 November 2023 | Rabu | – |
11 | November | 7 November 2023 | Selasa | 12 November 2023 bersamaan Hari Deepavali |
12 | Disember | 19 Disember 2023 | Selasa | 25 Disember 2023 bersamaan Hari Krismas |
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk portal rasmi PERKESO di pautan berikut: https://www.perkeso.gov.my/