Tarikh Akhir Pos Barang Raya 2023 Pos Laju dan J&T
Jadual Tarikh Akhir Penghantran Pos Barang Raya 2023 Poslaju, J&T dan Semua Kurier di Malaysia Sebelum Raya
Memandangkan Hari Raya Aidilfitri 2023 semakin hampir, adalah penting untuk mengetahui tarikh terakhir untuk menghantar bungkusan sebelum musim perayaan. Di Malaysia, perkhidmatan kurier memainkan peranan penting dalam menghantar bungkusan kepada orang tersayang yang berada jauh.
Oleh itu, adalah penting untuk merancang dan menghantar bungkusan anda lebih awal untuk memastikan ia sampai sebelum musim perayaan. Perkhidmatan kurier yang berbeza mempunyai tarikh akhir penghantaran bungkusan sebelum Hari Raya Aidilfitri. Adalah dinasihatkan untuk menyemak dengan pembekal perkhidmatan kurier pilihan anda untuk tarikh akhir masing-masing untuk mengelakkan sebarang kesulitan
Tarikh Akhir Pos Barang Raya 2023 Pos Laju
Poslaju adalah salah satu perkhidmatan kurier yang paling biasa digunakan di Malaysia.
Sebagai makluman kepada semua pengguna Pos Laju, mel dan kad ucapan dari semua negeri boleh dipos sebelum 17 April 2023
Bagi Poslaju, bungkusan yang dipos dari dalam Semenanjung Malaysia ke destinasi dalam Semenanjung Malaysia boleh dihantar selewat-lewatnya pada 19 April 2023 (Rabu).
Manakala bagi penghantaran bungkusan Poslaju dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia, tarikh akhir penghantaran barang adalah pada 18 April 2023 (Selasa), dan begitu juga sebaliknya. Pengeposan masih lagi diterima sehingga 21 April 2023 (Jumaat), dan penghantaran akan dilakukan apabila Pos Malaysia kembali beroperasi seperti biasa pada 25 April 2023 (Selasa) di semua lokasi
Tarikh akhir (COT) bagi Penghantaran Sebelum Aidilfitri dan Penutupan Operasi Aidilfitri
Untuk lebih jelas tentang tarikh akhir pos barang raya 2023, anda boleh rujuk jadual yang disediakan oleh Pos Malaysia
Pengeposan masih lagi diterima sehingga 21 april 2023 (Jumaat), dan penghantaran akan dilakukan apabila Pos Malaysia kembali beroperasi seperti biasa pada 25 April 2023 (Selasa) di semua lokasi
Penutupan operasi adalah berdasarkan tarikh tentatif 1 syawal yang ditetapkan pada Sabtu, 22 April 2023. Jika 1 Syawal ditetapkan pada Jumaat, 21 april 2023, tarikh penutupan operasi sebenar akan diawalkan sehari dari tarikh diberikan
Tarikh Akhir Pos Barang Raya 2023 J&T
Bagi syarikat J&T Express pula, operasi berjalan seperti biasa pada hari raya aidilfitri 2023 ini. Namun adalah diingatkan agar pelanggan merancangan penghantaran barang mengikuti jadual cut off date penghantaran barang agar proses penghantaran barang dan jangkaan tarikh terima barang berjalan lancar seperti yang di harapkan.
Semenanjung Malaysia sahaja
Bagi penghantaran barang dalam kawasan semenanjung malaysia tarikh penghantaran yang dibuat sebelum 18 april 2023 (selasa) tarikh jangkaan barang sampai ialah pada 22 april 2023
Manakala bagi penghantaran selepas 19-25 april 2023, tarikh jangkaan barang sampai adalah semasa atau selepas hari raya
Semenanjung -Sabah/Sarawak
Penghantaran dari semenanjung ke sabah sarawak dan sebaliknya, tarikh penghantaran pada 14 april 2023 dijangka sampai pada 22 april 2023. Manakala penghantaran pada 15-25 april 2023 jangkaan sampai ialah selepas hari raya
Sabah – Sabah/Sarawak-Sarawak
Untuk penghantaran dalam negeri yang sama bagi sabah-sabah dan sarawak-sarawak, penghantaran pada 14 april tarikh jangkaan barang sampai ialah pada 22 april 2023 dan bagi penghantaran pada 15-25 april 2023 tarikh jangkaan barang sampai adalah selepas hari raya
Tarikh Akhir Pos Raya Syarikat Kurier Lain di Malaysia
Bagi syarikat kurier lain seperti NinjaVan, DHL, CityLink dan Shopee Express, anda boleh rujuk jadual cut-off date bagi syarikat kurier tersebut di bawah ;
Semoga makluman notis pengumuman tarikh akhir pos barang raya 2023 yang dipaparkan ini dapat membantu pengguna untuk merancang penghantaran barang-barang semasa musim perayaan hari raya aidilfitri ini
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut anda juga boleh layari website rasmi setiap kurier seperti berikut ;
- Pos Malaysia : https://www.pos.com.my/
- J&T Express Malaysia : https://www.jtexpress.my/
- NinjaVan Malaysia : https://www.ninjavan.co/en-my
- DHL Express Malaysia : https://www.dhl.com/my-en