Permohonan Tabung Usahawan Belia FELDA (TUBF)
Permohonan Tabung Usahawan Belia FELDA TUBF 2022 dibuka mulai 30 Ogos 2022. Dana pusingan keseluruhan berjumlah RM10 juta Tabung Usahawan Belia FELDA (TUBF) merupakan inisiatif Kerajaan dan FELDA dalam membantu usahawan muda FELDA memula dan mengukuhkan perniagaan. Dengan dana ini juga, ia akan menjadi pemangkin kepada peningkatan ekonomi usahawan FELDA di kawasan rancangan FELDA.
Apakah itu Tabung Usahawan Belia FELDA TUBF
Pinjaman mudah yang ditawarkan kepada usahawan golongan belia (anak, cucu dan cicit peneroka / pentadbir lingkungan umur 18 – 40 tahun.
Keutamaan akan diberikan kepada usahawan belia dalam rancangan FELDA.
Pembiayaan adalah secara sistem dana pusingan dengan kerjasama pihak perbankan.
Pinjaman tanpa faedah selama 3 tahun tempoh bayaran.
Usahawan belia FELDA perlulah berdaftar dengan SSM atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Kelebihan TUBF
Antara kelebihan yang akan diperolehi oleh pesert ;
- Peluang ikuti kursus induksi secara percuma.
- Bimbingan insentif bersama rakan pelaksana selama 3 bulan.
Kadar Pinjaman Tabung Usahawan Belia FELDA
Kadar pinjaman yang ditawarkan adalah seperti berikut :
- Usahawan sedia ada : RM 10,000 – RM 20,000
- Usahawan baharu : RM 5,000 – RM 15,000
Pakej Yang Ditawarkan
TUBF menawarkan 6 pakej perniagaan untuk usahawan baharu, dan 4 pakej perniagaan untuk usahawan sedia ada
- Usahawan sedia ada : 4 pakej perniagaan (perkhidmatan, kraf, perniagaan, perusahaan)
- Usahawan baharu : 6 pakej perniagaan (kiosk makanan, bakeri, andaman, jahitan, IT, car wash)
Syarat Kelayakan
Kelayakan asas
- Warga peneroka golongan belia (18-40 tahun)
- Usahawan baharu (urusniaga sekurang-kurangnya 6 bulan)
- Usahawan sedia ada urusniaga sekurang-kurangnya tahun
- Mendaftar dengan SSM
Kriteria Kelayakan Permohonan
Kriteria | Usahawan Sedia Ada | Usahawan Baru |
Kelayakan urusniaga | Sekurang-kurangnya 1 tahun | Sekurang-kurangnya 1 tahun |
Pakej ditawarkan | a)Perkhidmatan,· b)Kraf,· c)Perniagaan dan· d)Perusahaan | a)Kiosk makanan b)Bakeri c)Andaman d)Jahitan e)It f)car wash |
Kuota kelakayan | 70% atau 200 orang | 30% atau 160 orang |
Had pinjaman | RM10000 -RM20,000 | RM5000 – RM15000 |
Tarikh Mula mohon | Ogos 2022 | Januari 2023 |
Konsep Tabung Usahawan Belia FELDA (TUBF)
Konsep tabung usahawan belia FELDA ini adalah ;
- Pinjaman 0% dan patuh syariah
- Latihan dan pemantauan prestasi perniagaan
- Tanpa caj perkhidmatan
Cara Permohonan Pinjaman Tabung Usahawan Belia FELDA
Cara permohonan adalah seperti berikut:
- Layari laman web https://felda.gov.my/media-home/pengumuman-program/pengumuman/tabung-usahawan-belia-felda-tubf.
- Muat turun borang permohonan.
- Lengkapkan borang permohonan dan dapatkan pengesahan daripada Pengurus Rancangan FELDA.
- Pengurus Rancangan perlu menghantar borang ke Pejabat Wilayah.
- Semakan dan pengesahan pengurusan wilayah.
- Semakan dan sokongan daripada Ibu Pejabat FELDA.
- Proses di BIMB.
- Status lulus atau gagal diketahui
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Tabung Usahawan Belia FELDA TUBF anda boleh layari website https://www.felda.gov.my/ hubungi nombor telefon : 03-21912191 atau emailkan pertanyaan anda ke alamat email : [email protected]
Baca juga : Skim Insentif Anak Peneroka FELDA (SIAP) ~Bantuan Pendidikan
Soalan Lazim F.A.Q
Apakah Itu TUBF?
Pinjaman mudah yang ditawarkan kepada usahawan golongan belia (anak, cucu dan cicit peneroka / pentadbir lingkungan umur 18 – 40 tahun.
Keutamaan akan diberikan kepada usahawan belia dalam rancangan FELDA.
Pembiayaan adalah secara sistem dana pusingan dengan kerjasama pihak perbankan.
Pinjaman tanpa faedah selama 3 tahun tempoh bayaran.
Usahawan belia FELDA perlulah berdaftar dengan SSM atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Bilakah tarikh permohonan TUBF?
- Permohonan untuk usahawansedia ada akan dibuka mulai Ogos 2022
- Permohonan bagi usahawan baharu, hanya akan dibuka pada januari 2023
Adakah permohonan untuk ternakan dan pertanian dibenarkan?
Tidak dibenarkan
Apakah kelebihan TUBF?
- Peluang ikuti kursus induksi secara percuma.
- Bimbingan insentif bersama rakan pelaksana selama 3 bulan