Panduan, Format & Contoh-Contoh Surat Berhenti Kerja
Ada daripada kalangan kita pernah mengalami situasi untuk berhenti daripada pekerjaannya atas pelbagai alasan yang timbul.
Kadang kala, seseorang individu tersebut terpaksa untuk berhenti kerja atas alasan inginkan cabaran yang baru atau beralih kepada pekerjaan yang lain.
Terdapat juga seseorang terpaksa berhenti kerja disebabkan mendapat tawaran yang lebih baik daripada syarikat lain seperti kenaikan pangkat, gaji, manfaat, atau sebagainya.
Oleh itu, adalah penting bagi seseorang pekerja memaklumkan kepada majikan jika mereka ingin berhenti kerja melalui surat.
Notis Surat
Lazimnya, pekerja yang ingin berhenti atau berundur daripada sesebuah syarikat mesti menyertakan tempoh notis surat tersebut.
Tempoh notis ini perlu dirujuk kepada kontrak atau perjanjian yang telah ditandangani antara pekerja atau syarikat semasa pekerja terbabit menyertai syarikat tersebut sebelum ini.
Terdapat syarikat yang membenarkan pekerja memberi notis selama 3 bulan atau 2 bulan atau 1 bulan mengikut persetujuan majikan.
Tetapi, terdapat juga syarikat yang membenarkan pekerjanya untuk berhenti dengan notis 24 namun perlu mebayar pampasan seperti gaji dan sebagainya.
Format Surat
Bagi pekerja yang ingin berhenti daripada pekerjaannya, mereka perlu menulis surat berdasarkan format Surat Rasmi kepada majikannya.
Ini kerana, menyatakan hasrat untuk berhenti daripada pekerjaan adalah sesuatu yang rasmi dan surat tersebut akan dihantar kepada syarikat.
1) Nama dan alamat pengirim
Pengirim yang dimaksudkan adalah pekerja terbabit yang berhasrat untuk meletakkan jawatan atau berhenti saripada syarikat tersebut.
Nama dan alamat pengirim mestilah ditulis pada bahagian sebelah kiri paling atas surat.
2) Nama, jawatan, dan alamat penerima
Penerima mestilah majikan yang berpangkat paling tinggi atau juga Pengurus Bahagian Sumber Manusia di sesebuah syarikat tersebut.
Nama, jawatan, dan alamat penerima mestilah ditulis di bawah nama pengirim yang dipisahkan dengan satu garisan panjang.
Alamat penerima mestilah kepada alamat syarikat dan bukannya alamat peribadi.
3) Tarikh surat ditulis
Tarikh surat ditulis mestilah diletakkan di bahagian kanan surat iaitu sebaris dengan negeri penerima.
Tarikh surat mestilah ditulis dengan hari, bulan dan tahun.
Bulan tersebut mestilah diletakkan huruf besar pada permulaan huruf dan huruf seterusnya adalah huruf kecil.
4) Panggilan Penerima
Panggilan penerima mestilah menggunakan panggilan Tuan atau Puan.
Panggilan penerima perlulah ditulis di bawah negeri penerima di bahagian kiri.
5) Tajuk surat
Tajuk surat perlu ditulis di bawah panggilan penerima tersebut.
Untuk surat berhenti kerja, tajuk surat mestilah melibatkan pemberhentian kerja.
Tajuk surat mestilah ditulis dengan huruf besar kesemuanya dan dihitamkan.
6) Isi Surat
Pada perenggan pertama, penulis perlu menyatakan tujuan surat ini ditulis kepada majikan.
Untuk perenggan kedua pula, adalah huraian kepada tujuan surat tersebut ditulis dan sebab penulis ingin berhenti daripada pekerjaan terbabit.
Perenggan ketiga pula ialah penutup dan ucapan terima kasih kepada penerima surat.
Bagi perenggan kedua dan seterusnya, nombor perenggan perlu ditelakkan pada awal setiap perenggan.
7) Tandatangan dan nama pengirim
Di akhir surat terbabit, pekerja tersebut perlu menurunkan tandatangan bagi mengesahkan penulisan surat tersebut.
Pengirim juga perlu meletakkan nama penuh dengan kesemuanya huruf besar yang dihitamkan.
Contoh Surat Berhenti Kerja
Berikut merupakan contoh-contoh surat berhenti kerja yang boleh dijadikan panduan:
1. Surat berhenti kerja dengan notis 2 bulan
2. Surat berhenti kerja dalam Bahasa Inggeris