Subsidi Pembelian Carseat 2022 | Cara Penebusan & Syarat Kelayakan

Subsidi Pembelian Carseat 2022 | Cara Penebusan & Syarat Kelayakan ~ Sukacita dimaklumkan, kerajaan telah memperuntukkan subsidi pembelian carseat bagi tahun 2022 dalam pembentangan bajet 2022 yang diadakan tahun lalu. 

Subsidi Pembelian Carseat Kanak-kanak 2022 

Subsidi Pembelian Carseat Kanak-kanak sebanyak 50% atau sehingga RM150 untuk ini  melibatkan lebih kurang 188,000 penerima dengan peruntukkan berjumlah RM30 juta. 

Inisiatif ini adalah merupakan keprihatinan Kerajaan terhadap keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak kerana berdasarkan statistik tahun 2019, sebanyak 19% golongan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya adalah golongan kanak-kanak.

Subsidi ini diberikan khusus kepada  golongan B40 untuk meringankan beban mereka membeli CRS dan pada masa yang sama dapat menjamin keselamatan golongan kanak-kanak yang merupakan aset masa depan negara.

Permohonan akan dibuka bermula 1 Mac 2022. Manakala, semakan kelayakan boleh dibuat bermula 1 April 2022, di mana pembelian boleh mula dibuat bagi pemohon yang lulus.

Subsidi Pembelian Carseat 2022

Syarat Kelayakan

SIla semak syarat kelayakan seperti dibawah sebelum membuat permohonan.

  • Penerima subsidi ini terdiri daripada golongan B40.
  • Pemohon mestilah berumur 21 tahun dan ke atas.
  • Mempunyai anak / anak angkat / anak jagaan berumur 12 tahun dan ke bawah.
  • Warganegara yang menetap di Malaysia.
  • Rujukan data utama daripada penerima BPR 2021 berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak LHDN.
  • Data tambahan bagi kategori miskin diperolehi daripada pihak ICU berpandukan rujukan garis kemiskinan tahun 2019
  • Satu keluarga hanya layak menuntut subsidi untuk satu CRS sahaja.
Subsidi Pembelian Carseat 2022

Cara Penebusan 

  • Untuk memohon, sila layari laman sesawang di pautan berikut: www.mycrs.gov.my
  • Pemohon kemudian boleh menyemak keputusan permohonan subsidi bermula 1 April 2022.
  • Pemohon yang layak boleh membuat pembelian dan menebus subsidi melalui penjual yang disenaraikan dengan harga rebat.
  • Pembelian boleh dibuat secara terus melalui kedai yang tersenarai.
Subsidi Pembelian Carseat 2022

Maklumat Kategori CRS

Produk CRS yang diiktiraf di bawah program ini perlulah memenuhi kriteria seperti berikut:

  • Memenuhi piawaian standard United Nation Regulation No 44 atau No 129.
  • Mempunyai kelulusan Jenis Komponen CTA oleh JPJ
  • Mempunyai pelekat label kod QR MIROS.
  • Semakan senarai car seat / CRS yang memenuhi kriteria ini akan dikemaskini dari masa ke semasa di laman sesawang MIROS.
Subsidi Pembelian Carseat 2022

Berikut ialah Garis Panduan Car Seat yang ditetapkan oleh MIROS:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *