STR Tambahan : Kadar Bantuan & Kategori Yang Berkelayakan

Sukacita dimaklumkan bahawa STR tambahan akan disalurkan kepada kategori yang berkelayakan.

Menerusi pembentangan Belanjawan Madani 2023, terdapat beberapa penambahbaikan yang diperkenalkan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Penambahan bantuan akan diberikan kepada kategori isi rumah dan miskin tegar. Sekaligus, ia bakal memberi manfaat yang lebih kepada golongan yang benar-benar terkesan.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai STR tambahan secara lebih lanjut.

Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah?

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR merupakan satu bentuk bantuan yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan. Bantuan ini merupakan salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah.

Terdapat beberapa kategori yang layak menerima STR seperti berikut :

i. Isi Rumah

a) Berkahwin; atau

b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan

c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

ii. Warga Emas Tiada Pasangan

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan

b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan

c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

iii. Bujang

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan

b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan

c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Kategori Yang Layak Menerima STR Tambahan

Kadar STR tambahan berjumlah RM 600 akan diterima oleh golongan isi rumah yang berkelayakan dan telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

Kadar tambahan ini terhad kepada golongan berikut :

  • penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
  • mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.
STR Tambahan

Semakan eKasih Untuk Penerimaan STR Tambahan

Untuk menyemak kelayakan bagi penerimaan STR Tambahan, pemohon boleh lakukannya secara online menerusi pautan eKasih.

Bentuk Bantuan & Kaedah Penyaluran

Untuk makluman, sumbangan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar bagi barangan makanan asas bernilai RM 100 bagi tempoh 6 bulan (jumlah RM600 secara keseluruhannya).

Ini bermakna, penerima STR bagi kategori isi rumah miskin tegar layak untuk menerima bayaran maksimum bernilai RM 3,100 dalam bentuk bantuan kewangan, bakul makanan serta baucar makanan.

Tarikh Pemberian STR Tambahan

Bantuan tambahan ini akan mula diagihkan pada bulan Julai hingga Disember 2023.

Anda boleh rujuk jadual berikut :

STR Tambahan

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan STR Tambahan, pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!