STR Fasa 3 2023 – Semakan Status & Jadual Bayaran Terkini

Semakan STR Fasa 3 bayaran sumbangan tunai rahmah akan dibuat pada tarikh Jun 2023 sebelum sambutan hari raya haji. Tarikh bayaran ini diawalkan daripada jadual pembayaran yang sepatutnya dibuat pada bulan Julai untuk STR Fasa 3.

Pengumuman ini dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri Dato Sri Anwar Ibrahim di parlimen hari ini dalam menjawab pertanyaan yang di ajukan oleh Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN- Parit Sulong) yang ingin tahu pembaharuan dibuat kerajaan dalam pendekatan dan tatakelola undang-undang atau peraturan untuk mengekang ketirisan serta kebocoran wang awam selain sama ada kerajaan akan meneruskan pelaporan perbelanjaan dan pemantauan Belanjawan Negara.

Selain daripada bayaran STR Fasa 3 diawalkan, Perdana Menteri turut mengumumkan (bayaran) e-Tunai Belia Rahmah RM200 kepada belia berusia 18 sehingga 21 tahun akan disalurkan sebelum minggu ketiga bulan ini.

Tarikh pembayaran STR 2023 akan dilaksanakan 4 kali setahun. Tarikh rasmi bayaran untuk fasa 3 telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan, iaitu mulai 26 Jun 2023.

str 2023 fasa 3

STR Fasa 3 – Tarikh Semakan Status Terkini

Bagi penerima STR Fasa 2, secara automatik akan menerima sumbangan tunai rahmah fasa tiga ini. Manakala pemohon baharu dan rayuan yang dibuat pada fasa 2 yang lalu. Semakan terkini boleh dibuat untuk mengetahui status kelayakan dan permohonan anda.

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, bayaran tersebut melibatkan peruntukan melebihi RM2 bilion dan akan memanfaatkan lapan juta penerima.

Manakala untuk jumlah bayaran yang akan diterima oleh penerima bantuan sumbangan tunai rahmah,anda boleh rujuk jadual seperti berikut ;

str fasa 3 2023


i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Tiada had umur

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:

  • 0 anak : RM 300
  • 1-2 anak : RM400
  • 3 -4 anak : RM600
  • 5 anak ke atas : RM800

B. Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000

  • 0 anak : RM0
  • 1-2 anak : RM150
  • 3 -4 anak : RM200
  • 5 anak ke atas : RM250

ii) Warga Emas Sebatang Kara – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

iii) Kategori Bujang – Pemohon berumur 21 – 59 Tahun : RM150

iv) Bujang OKU 19-59 tahun Pendapatan Bulanan RM2500 ke bawah : RM150

v) STR Tambahan bagi *Kategori Isi Rumah Miskin Tegar Tiada Had Umur Pendapatan di bawah PGK Miskin Tegar RM1,169 (Tambahan RM600)

  • 0 anak : RM 100
  • 1-2 anak : RM100
  • 3 -4 anak : RM100
  • 5 anak ke atas : RM100

Nota :

*Tersenarai miskin tegar dalam rekod data e-Kasih (ICU JPM) Semakan Status Daftar e-Kasih
** Sumbangan tambahan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas

Tarikh Pembayaran STR Fasa 3

Bagi sumbangan tunai rahmah fasa 3, tarikh pembayaran diawalkan dan akan dibuat sebelum Hari Raya Haji iaitu mulai 26 Jun 2023 secara berperingkat seperti yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan dalam sebuah kenyataan rasmi dilampirkan di bawah:

Semakan Status Kelulusan STR

Semakan status kelulusan STR  boleh dibuat secara dalam talian (online) dan secara fizikal melalui kaedah berikut;

  1. Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
  3. Menghubungi LHDM
  4. Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia)
  5. Hadir ke cawangan LHDNM yang berhampiran

Cara Login STR Fasa 3

Bagi anda yang terlupa berikut langkah-langkah untuk login mystr

  • Buka aplikasi MySTR pada Layari portal STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Log Masuk MySTR adalah seperti berikut:     
  • Klik Log Masuk STR
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  • Klik Butang Semak
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
  • Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
  • Klik Log Masuk

Bagi anda yang pertama kali menerima bayaran str fasa 3, anda perlu daftar terlebih dahulu di MySTR Login.

Melalui MySTR ini, ianya adalah digunakan bagi pemohon yang telah mempunyai rekod permohonan STR 2023 yang menyediakan fungsi seperti berikut:     

  • Semakan Status Permohonan
  • Kemas Kini Permohonan
  • Cetakan Permohonan
  • Tukar Kata Laluan
  • Maklum Balas
  • Peti Mel

Sekiranya anda terlupa kata laluan str fasa 3 login di portal https://bantuantunai.hasil.gov.my/, anda boleh semak cara untuk panduan terlupa kata laluan MySTR

Kaedah Pembayaran

Bayaran sumbangan tunai rahmah fasa 3 akan terus di buat ke akaun bank bagi penerima yang mempunyai akaun bank

Bagi yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dituntun di BSN dengan mengemukakan kad pengenalan pemohon

Soalan Lazim F.A.Q

Bilakah tarikh pembayaran STR Fasa 3 ?

Bayaran akan dibuat pada bulan Jun 2023 sebelum Hari Raya Aidiladha

Berapakah jumlah bayaran STR Fasa 3

Jumlah bayaran bermula dari RM100 -RM800 mengikut kategori

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!