SPLKPM 2023 – Login Modul Individu & Penyelaras

SPLKPM atau Sistem Pengurusan Latihan dan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (Sistem Pengurusan Latihan dan Pembangunan Profesional Berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia).

Ia merupakan sistem berasaskan web yang digunakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengurus latihan dan pembangunan profesional guru dan kakitangan pendidikan lain. Sistem ini menyediakan platform untuk guru mendaftar dan menjejaki penyertaan mereka dalam program latihan, serta mengakses sumber dan bahan yang berkaitan dengan pembangunan profesional mereka.

SPLKPM juga menyediakan platform kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memantau dan menilai latihan dan pembangunan profesional guru dan warga pendidikan lain.

Modul Individu

Bagi modul idividu SPLKPM, ianya dibangunkan untuk kegunaan Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana dibwah Kementerian Pendidikan untuk merekod aktiviti LDP/ Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) yang dilaksanakan di luar KPM disamping merekod aktiviti Pembelajaran Kendiri.

LDP/ PPB yang didaftarkan menerusi modul ini perlu disemak dan disahkan diperingkat SULDP bagi membolehkan ianya dikira sebagai bilangan hadir berkursus bagi tahun semasa.

Pegawai yang berkhidmat di ;

  • Bahagian
  • JPN
  • Kolej Matrikulasi
  • Institut Pendidikan Guru
  • Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan
  • PPD

Perlu mengemaskini profil masing menerusi pangkalan data SPL KPM. Manakala Pegawai & AKP yang berada sekolah perlu mengemaskini profil masing-masing menerusi pangkalan Data eOperasi.

Semua Individu juga diminta menjawab training needs analysis TNA atau matrik kompitensi yang disediakan bagi nmembolehkan pihak pengurusan merancang LDP yang diperlukan.

SPLKM Modul Penyelaras

Modul ini khas dibangunkan bagi membolehkan perekodan LDP/ PPB dilaksanakan oleh penganjur LDP/ PPB. Kaedah ini diharap mampu menyelaras pelaksanaan latihan staf di organisasi masing-masing. 

Maklumat asas  Pegawai yang berkhidmat di Bahagian/ JPN/ Kolej Matrikulasi/ Institut Pendidikan Guru/ Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan PPD perlu dikemaskini oleh SULDP/ Penyelaras latihan bagi membolehkan induvidu mengakses ke aplikasi SPLKPM dan eProfil. SULDP/ Penyelaras juga boleh melihat analisis LDP yang dihadiri di organisasi, menjana sijil on-line, matrik kompitensi & TNA, tawaran kursus serta modul kewangan

SPLKM Cara Login di splkpm.moe.gov.my

Untuk log masuk ke dashbord splkm.moe.gov.my berikut langkah-langkahnya ;

splkpm login
  1. Langkah 1 : Sila layari pautan log masuk portal SPLKPM melalui https://splkpm.moe.gov.my/
  2. Langkah 2 : Pilih login SPLKPM Modul Individu
  3. Langkah 3 : Masukkan ID (no kad pengenalan) dan password
  4. Langkah 4 : Pilih “Pembelajaran Kendiri” pada menu sebelah kiri. Kemudian pilih “Senarai Pembelajaran Kendiri”.
  5. Langkah 5 : Tutup menu dan pilih “e-Pembelajaran”. Boleh juga klik Pembelajaran Kendiri sekiranya berkenaan di dalam sistem SPLKPM.
  6. Langkah 6 : Pilih “Tambah Aktiviti” SPLKPM
  7. Langkah 7 : Lengkapkan butiran dan simpan.

Lupa Kata Laluan Login SPLKPM?

Sekiranya terlupa kata laluan, anda boleh klik “Lupa Kata Laluan” atau terus kepautan berikut https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/Lupa_katalaluan.cfm?semak=1&user_lupa= .Masukan nombor kad pengenalan dan klik Hantar untuk set semula password.

Untuk modul panduan penguna SPLKPM anda boleh semak disini

Senarai Kursus / Webinar SPLKPM

Untuk mendapatkan maklumat lanjut beserta tarikh kursus/webinar terkini yang dianjurkan, anda boleh semak di ;

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah ketika login / mengisi maklumat,sila hubungi penyelaras SPLKPM negeri masing-masing.

Untuk senarai penyelaras termasuk nombor telefon bantuan, anda boleh rujuk di sini.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!