SKSPS PERKESO Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri , SPS Padanan Caruman

Ketahui SKSPS PERKESO Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri , SPS Padanan Caruman

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diperkenalkan untuk melindungi individu yang menjalankan pekerjaan sendiri sesuai dengan peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017. Skim ini pertama kali diperkenalkan pada Sektor Pengangkutan Penumpang, yang termasuk pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas pada 1 Jun 2017.

Sejak 1 Januari 2020, Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diperluaskan untuk melindungi individu yang bekerja sendiri dalam 19 sektor pekerjaan yang berbeza. Individu yang menyumbang kepada skim ini akan dilindungi bermula dari tarikh dan masa bayaran caruman mereka, dan ini akan diperakui menerusi resit bayaran caruman. Dengan skim ini, individu bekerja sendiri dapat merasa lebih selamat dan dilindungi dalam melakukan pekerjaan mereka.

Apa Itu Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) SPS PADANAN CARUMAN

SKSPS PERKESO

SPS Padanan Caruman adalah pembiayaan padanan caruman bagi Pelan Caruman 2 (RM232.80) di mana 80% (RM186.20) dibiayai oleh Kerajaan manakala baki 20% (RM46.60) perlu dibayar oleh kumpulan sasar bagi mendapatkan perlindungan selama 12 bulan (I tahun) sebagaimana yang diumumkan Oleh YB Menteri Kewangan semasa perbentangan Bajet 2023

Baca juga : SPS Khidmat Skim Caruman  PERKESO Bagi Orang Bekerja Sendiri

Tarikh Berkuatkuasa

Permohonan boleh dibuat bermula 1 Mei 2023 dan kelulusan setiap
permohonan yang dikemukakan adalah tertakluk kepada keputusan
PERKESO.

Kumpulan Sasar SKSPS PERKESO

Golongan sasar bagi skim caruman ini adalah seperti berikut ;

SPS Agro

  • Sektor Pertanian,
  • Sektor Penternakan,
  • Sektor Perhutanan,
  • Sektor Perladangan

SPS Lain Upaya 2.0

  • Orang kurang upaya yang bekerja sendiri di bawah 20 sektor

SPS Sukan

  • Semua sukan Malaysia termasuklah sukan tradisional dan moden

SPS Jaja 2.0

  • Semua sektor penjaja ,
  • Sektor Penjagaan dan Perawatan,
  • Sektor Makanan,
  • Sektor Pembuatan,
  • Sektor Pengumpulan Barang

SPS Seni 2.0

  • Artis dan semua kelas di bawah sektor Kesenian, Kebudayaan, Kreatif,Karangkraf, Silat, Budaya Warisan, Seni Ukir, Jurusolek,Artifak

SPS Asal 2.0

  • Orang Asli dan Asal yang bekerja sendiri di bawah 20 sektor

SPS Usahawanita 2.0

  • Wanita yang bekerja sendiri di bawah 20 sektor

SPS Joran

  • Sektor Perikanan (Akuakultur)

SPS Gig 3.0

  • Kerjaya yang menggunakan aplikasi digital di bawah syarikat pengantara (Service Platform Provider) di bawah 20 sektor

SPS Didik

Sektor pendidikan yang terdiri daripada ;

  • Pendidik,
  • Pelajar latihan industri,
  • Pengajar,
  • Tutor,
  • Pengajar agama,
  • Kaunselor,
  • Pakar motivasi

SPS Servis

  • Ejen dan semua jenis perkhidmatan di bawah 20 sektor

Faedah SKSPS PERKESO

Berikut adalah faedah-faedah yang disediakan oleh PERKESO di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) SPS PADANAN CARUMAN :

FAEDAH PERUBATAN

  • Orang berinsurans bekerja sendiri yang ditimpa bencana pekerjaan sendiri boleh mendapat rawatan perubatan secara percuma di klinik panel PERKESO atau klinik / hospital Kerajaan; atau
  • Orang berinsurans bekerja sendiri boleh membuat tuntutan bayaran ganti belanja kos rawatan perubatan di klinik bukan panel PERKESO.
  • Permohonan boleh dibuat kepada PERKESO dan bayaran balik tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan oleh PERKESO atau Akta Fi 1951

FAEDAH HILANG UPAYA SEMENTARA

  • Faedah Hilang Upaya Sementara dibayar kepada orang berinsurans bekerja sendiri yang ditimpa bencana pekerjaan sendiri sepanjang tempoh cuti sakitnya yang disahkan oleh doktor. Tempoh cuti sakit mestilah sekurang-kurangnya empat (4) hari termasuk hari kemalangan.
  • Perlu mengemukakan sijil cuti sakit.
  • Kadar bayaran RM30.00 – RM105.33 sehari berdasarkan pelan caruman yang dipilih

FAEDAH HILANG UPAYA KEKAL

  • Hilang upaya kekal ertinya hilang upaya yang berkekalan hingga mengurangkan keupayaan seseorang untuk menjalankan pekerjaannya. Tuntutan boleh dibuat selepas tamat tempoh cuti sakit.
  • Kadar bayaran sebanyak 90% daripada pilihan pendapatan bulanan yang diinsuranskan.
  • Contoh pengiraan Faedah Hilang Upaya Kekal (bayaran pukal) jika taksiran sama dengan 20% dengan faktor umur 8873 (umur bawah 20 tahun) dan kadar caruman RM592.80.
    = (RM3,950 X 90% ÷ 30 hari) X 20% X 8873
    = RM210,290.10

FAEDAH ORANG TANGGUNGAN

  • Faedah Orang Tanggungan dibayar secara bulanan kepada orang tanggungan yang layak sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri meninggal dunia akibat bencana pekerjaan sendiri.
  • Kadar bayaran sebanyak 90% daripada pilihan pendapatan bulanan yang diinsuranskan.

    Orang Tanggungan Yang Layak
  • Balu atau duda dan anak berumur di bawah 21 tahun
  • Jika tiada balu, duda atau anak
    i. Ibu bapa; atau
    ii. Adik-beradik berumur di bawah 21 tahun; atau
    iii. Datuk nenek
  • Duda/balu, ibu/bapa, datuk/nenek menerima faedah sepanjang hayat
  • Anak menerima faedah sehingga berumur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal). Jika sedang belajar di IPT, terima faedah sehingga mendapat ijazah pertama atau berkahwin (mana yang lebih awal)
  • Contoh pengiraan bayaran Faedah Orang Tanggungan
SKSPS PERKESO 2023

ELAUN LAYANAN SENTIASA

  • Elaun ini dibayar kepada orang berinsurans bekerja sendiri yang mengalami hilang upaya kekal sepenuhnya akibat bencana pekerjaan sendiri dan tidak berdaya sentiasa memerlukan layanan seseorang lain, layak menerima elaun ini dengan pengesyorkan Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan.
  • Jumlah elaun ditetapkan sebanyak RM500 sebulan

FAEDAH PENGURUSAN MAYAT

  • Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM2,000 atau kos sebenar yang dibelanjakan, yang mana lebih rendah dibayar kepada orang tanggungan yang layak sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri meninggal dunia akibat daripada bencana pekerjaan sendiri atau semasa menerima Faedah Hilang Upaya Kekal berkala.

KEMUDAHAN PEMULIHAN JASMANI / VOKASIONAL

  • Kemudahan pemulihan dan vokasional secara percuma
  • Pemulihan jasmani seperti fisioterapi, pembedahan rekonstruktif, anggota tiruan, rawatan hemodialisis, kerusi roda, tilam khas, tongkat, commode chair, lampin dan lain-lain.
  • Kemudahan vokasional seperti latihan dalam bidang elektrikal, jahitan, membaiki radio dan lain-lain

FAEDAH PINJAMAN PENDIDIKAN

  • Faedah Pendidikan merupakan suatu kemudahan dalam bentuk pinjaman atau biasiswa kepada anak bagi orang berinsurans bekerja sendiri yang meninggal dunia akibat bencana pekerjaan sendiri atau menerima bayaran berkala faedah hilang upaya kekal dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan

Pelan Caruman

Berikut pula pelan caruman bagi mereka yang layak untuk membuat permohonan SKSPS PERKESO Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri , SPS Padanan Caruman

Bil.Pendapatan BulananBayaran Caruman BulananBayaran Caruman Setahun
1RM1,050RM13.10RM157.20
2RM1,550RM19.40RM232.80
3RM2,950RM36.90RM442.80
4RM3,950RM49.40RM592.80

Syarat Kelayakan SKSPS PERKESO

  • Bertaraf warganegara malaysia /pemastautin tetap anpa mengira had umur
  • Individu yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah
  • Bekerja sepenuh masa atau separuh masa
  • OBS bekerja di Malaysia

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • salinan kad pengenalan
  • salinan surat pengesahan pekerjaan atau pihak berkuasa yang berkaitan tertakluk kepada sektor

Cara Permohononan & Pengaktifan Permohonan SKSPS PERKESO

Bagi mereka yang layak, permohonan untuk menyertai skim ini boleh dibuat dengan cara berikut ;

  • Melalui portal matrix melalui pautan https://matrix.perkeso.gov.my/
  • Melalui aplikasi mobil PERKESO google play , app store
  • Melalui ejen korporat perkeso yang berdaftar
  • Hadir ke pejabat PERKESO berdekatan
  • Tempoh perlindungan bermula setelah penerimaan bayaran 20% (RM46.60) daripada pemohon

Maklumat Lanjut

Sekirannya anda memerlukan maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) SPS PADANAN CARUMAN, anda boleh layari laman web PERKESO di https://www.perkeso.gov.my/ atau hubungi

Soalan Lazim F.A.Q

Bilakah tarikh dan tempoh perlindungan bermula?

Tarikh bayaran yang diterima dianggap sebagai tarikh kuatkuasa
bermulanya tempoh perlindungan atau sejurus selepas perlindungan
pelan caruman sedia ada telah tamat tempoh.

Bayaran caruman untuk inisiatif ini adalah untuk tempoh perlindungan
12 bulan bagi setiap permohonan yang dikemukakan.

Berapakah bantuan Kerajaan yang disalurkan kepada OBS melalui inisiatif
program Belanjawan ini?

SPS Padanan Caruman akan dibayar melalui sumbangan Kerajaan sebanyak 80%,
(RM186.20) manakala baki 20% (RM46.60) akan dibayar oleh OBS di bawah Pelan Caruman 2.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!