Mohon Sekarang Skim Mikro Kredit SemarakNiaga BSN 2022

Skim Pembiayan Mikro Kredit SemarakNiaga BSN 2022 kini dibuka. Bank Simpanan Nasional menawarkan tujuh pilihan pembiayaan iaitu Semarak, Semarak-Nita, Semarak PEDi, Semarak-Belia, Semarak Sukan, Semarak-Mula dan Semarak Tani

Program SemarakNiaga ini merupakan salah satu program di bawah bajet 2022 keluarga Malaysia, makmur sejahtera.

Apa Itu Skim Mikro Kredit SemarakNiaga BSN

Skim Pembiayaan Mikro Kredit SemarakNiaga BSN 2022

Skim Pembiayaan BSN Mikro/i SemarakNiaga adalah pembiayaan yang diperuntukkan di bawah Bajet 2022 dengan dana berjumlah RM800 juta bagi membantu rakyat Malaysia secara berterusan terutama perusahaan mikro, perusahaan kecil dan sederhana (PMKS) kembali pulih akibat pandemik COVID-19.

Skim Pembiayaan ini bertujuan bagi membantu menjana pendapatan, sekali gus mengembalikan keupayaan serta daya tahan perniagaan yang terjejas sebelum ini.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web BSN, mengunjungi Cawangan BSN atau Pusat Mikro Kewangan BSN berhampiran dengan mengemukakan dokumen yang diperlukan.

Melalui skim itu, perusahaan mikro dalam semua jenis sektor perniagaan yang telah beroperasi sekurang-kurangnya enam bulan boleh memohon pembiayaan sama ada bagi tujuan modal kerja atau pembelian aset untuk kegunaan perniagaan.

Namun, bagi Skim Pembiayaan BSN Micro/i Semarak Mula, perniagaan mestilah beroperasi sekurang-kurangnya tiga bulan.

Senarai Pembiayaan Skim Mikro Kredit SemarakNiaga BSN 2022

Skim Pembiayaan BSN Micro/i SemarakNiaga menawarkan tujuh pilihan pembiayaan iaitu ;

  1. Semarak
    Semarak ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada usahawan mikro untuk membantu dan menyokong perniagaan.
  2. Semarak-Nita
    Semarak-Nita ialah satu kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada usahawan wanita untuk membantu dan menyokong perniagaan.
  3. Semarak PEDi
    Semarak PEDi ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada peserta Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang menceburi bidang perniagaan.
  4. Semarak-Belia
    Semarak-Belia ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada usahawan belia untuk membantu dan menyokong perniagaan.
  5. Semarak Sukan
    Semarak Sukan ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada pengusaha fasiliti sukan untuk membantu dan menyokong perniagaan.
  6. Semarak-Mula
    Semarak-Mula ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada individu yang telah kehilangan pekerjaan atau graduan yang baru memulakan perniagaan.
  7. Semarak Tani
    Semarak-Tani ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada pengusaha perniagaan tradisional seperti kraf tangan dan berasaskan pertanian, pasar malam/pasar tani, bagi meningkatkan imej mengikut norma baharu perniagaan.

Jumlah Pembiayaan

  • Semarak Tani, jumlah pembiayaan yang ditawarkan kepada usahawan adalah sehingga RM75,000.
  • Untuk Semarak-Nita, Semarak-Belia, dan Semarak Sukan, jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga RM50,000.
  • Pembiayaan untuk Semarak PEDi dan Semarak Mula pula ditawarkan sehingga RM20,000.

Kadar Pembiayaan

Kadar pembiayaan yang dikenakan terhadap pemohon yang membuat permohonan adalah 4% setahun.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan mengikut pembiayaan adalah seperti berikut:

i) Semarak/Semarak Nita/Semarak-Belia

  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/Perkongsian/Syarikat Sdn. Bhd.) yang dimiliki oleh usahawan wanita iaitu sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh wanita warganegara Malaysia.
  • Bekerja sendiri termasuk profesional (Akauntan, Doktor, Peguam).
  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Agensi/ Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional).
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

ii) Semarak PEDi

  • Peserta yang berdaftar dengan PEDi.
  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Perniagaan berdaftar dengan SSM/PBT.
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

iii) Semarak Sukan

  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/Perkongsian/Syarikat Sdn. Bhd.) yang dimiliki oleh pengusaha fasiliti sukan.
  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Perniagaan berdaftar dengan SSM/PBT.
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

iv) Semarak-Mula

  • Individu yang telah kehilangan pekerjaan atau graduan universiti dan/atau vokasional yang baru memulakan perniagaan.
  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Perniagaan berdaftar dengan SSM/PBT.
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 3 bulan.

v) Semarak Tani

  • Pengusaha perniagaan tradisional, pasar malam dan pasar tani.
  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Perniagaan berdaftar dengan SSM/PBT.
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

Cara Memohon Skim Mikro Kredit SemarakNiaga BSN

Pemohon boleh membuat permohonan melalui 3 cara iaitu ;

  1. Dengan mengunjungi ke Cawangan BSN atau
  2. Mengujungi Pusat Mikro Kewangan BSN berhampiran. Atau
  3. Secara atas talian menerusi laman web iaitu https://www.bsncheckin.com.my/MF/.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Pendaftaran badan profesional dan sijil amalan (terpakai hanya untuk profesional) yang sah.
  2. Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/ Rakan Kongsi/ semua Pengarah/ Pemegang Saham/ Penjamin (jika berkenaan).
  3. Penyata Akaun Bank untuk 3 bulan terkini.
  4. Salinan bil elektrik dan air premis perniagaan.
  5. Surat pengesahan daripada PEDi mengenai pendaftaran perniagaan (untuk Semarak PEDi).
  6. Pelan perniagaan (untuk Semarak PEDi).
  7. Penyata KWSP atau bukti kehilangan pekerjaan bagi individu yang telah kehilangan pekerjaan (untuk Semarak Mula).
  8. Sijil akademik bagi graduan universiti dan/atau vokasional (untuk Semarak Mula).
  9. Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda memerlukan Info lanjut atau pertanyaan mengenai Skim Mikro Kredit SemarakNiaga ini, sila layari laman web BSN di pautan https://www.bsn.com.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!