Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM Sesi 2023

TAWARAN SKIM PEMBIAYAAN HAFIZ (SPH) TAHUN 2023 JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

Berita baik kepada pelajar-pelajar hafiz yang mendapat tawaran sambung pengajian sepenuh masa untuk semester kedua di peringkat Ijazah Pertama dalam dan luar negara dan Ijazah Sarjana / Doktor Falsafah dalam negara sahaja. JAKIM menawarkan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) bagi sesi pengajian 2022/2023 (Sem.2)

Tarikh permohonan adalah pada 27 Mac sehingga 7 April 2023 tarikh tutup permohonan. Kepada pelajar hafiz yang berminat berikut disertakan cara permohonan dan syarat-syarat permohonan

Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM 2023

skim pembiayaan hafiz sph jakim 2023

Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) merupakan biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar hafiz yang memiliki diploma/ sijil tahfiz yang diiktiraf oleh kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.

Skim ini membiayai yuran dan elaun.Kadar bayaran Skim Pembiayaan Hafiz adalah mengikut kadar yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.Elaun akan dibayar dan dikreditkan secara terus ke akaun pelajar

Bidang Pengajian

Untuk makluman hanya bidang yang disenaraikan seperti dibawah sahaja yang layak untuk dipertimbangkan untuk menerima bantuan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH).

Senarai bidang pengajian yang layak memohon adalah seperti berikut ;

Pengajian dalam negara

  • Ijazah sarjana muda
    • Pengajian Islam
    • Qiraat
    • Sastera
    • Sains
    • Kejuruteraan
    • Teknologi
    • Perubatan
    • Pergigian
    • Farmasi
    • Optometri
    • Undang-Undang
    • Ekonomi/ Akaun
  • Ijazah Sarjana /Doktor Falsafah Pengajian Islam

Pengajian luar negara

  • Ijazah Sarjana Muda
    • Pengajian Islam
    • Qiraat
    • Sastera
    • Perubatan

Tempat Pengajian

Bagi pengajian dalam negara,semua Universiti Awam (UA) yang diiktiraf oleh kerajaan adalah layak untuk memohon. Bagi pengajian luar negara berikut senarai lokasi tempat pengajian yang layak bagi memohon bantuan SPH JAKIM 2023;

  • Jordan
    • Universiti Mu’tah
    • Universiti Al-Balqa
    • Universiti Al-Hashemite
    • Universiti Amman
    • Universiti Jordan, Amman
    • Universiti Al-Bayt
    • Universiti Yarmouk
    • Universiti WISE
  • Mesir
    • Maahad Qiraat Al-Azhar
    • Universiti Al-Azhar
    • Maahad Qiraat Mansoura
    • Universiti Thanta
  • Indonesia
    • Institut Agama Islam Negeri Alauddin, Makassar
    • Institut Agama Islam Negeri Antasari, Bandjarmasin
    • Institut Agama Islam Negeri Imam Bondjol, Padang
    • Institut Agama Islam Negeri Raden Fatah, Palembang
    • Institut Agama Islam Negeri Sunan Kalidjaga
    • Institut Agama Islam Negeri Syarif Hidayatullah
    • Institut Agama Islam Negeri Thaha Sjaifuddin Djambi
    • Institut Agama Islam Negeri Wali Songo, Semarang
    • Institut Agama Islam Raden Intan, Lampung
    • Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Aceh
    • Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau
    • Universitas Islam Negeri Sumatera Utara, Medan
    • Universitas Islam Negeri Sunan Ampel, Surabaya

Syarat Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH)JAKIM

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia;
  • Umur 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda dan tidak melebihi 30 tahun bagi peringkat Ijazah Lanjutan;
  • Tidak menerima apa-apa tajaan atau biasiswa daripada mana-mana agensi;
  • Pelajar yang menerima pinjaman seperti PTPTN atau mana-mana agensi pinjaman pendidikan adalah layak memohon. Pelajar yang menerima pinjaman perlu menamatkan pinjaman sekiranya ditawarkan SPH;
  • Pelajar yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di tahun 2 dan ke atas dengan baki pengajian tidak kurang dari dua semester atau setahun dari tempoh tamat pengajian, adalah layak untuk memohon biasiswa SPH.
  • Telah menerima surat tawaran kemasukan pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi ;

Syarat Akademik

*Semua peringkat program pengajian WAJIB mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda

  • Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas / Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA PNGK 3.0 ke atas ATAU ;
  • Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas/ STM Pangkat Jayyid / Sijil Tahfiz Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama JAKIM Pangkat Jayyid DAN
  • SPM 5 Kepujian / STPM 2 Prinsipal B (Syariah, Usuluddin, dan Bahasa Arab) / STAM Pangkat Jayyid

Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda (tahun 2 dan ke atas)

  • PNGK tahun pertama 3.3 ke atas DAN
  • Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 2.75 ke atas / Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA PNGK 2.75 ke atas / Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas / STM Pangkat Jayyid

Program Pengajian Ijazah Sarjana/ Ph.D (Pengajian dalam negara sahaja)

  • Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) DAN
  • Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 2.75 ke atas / Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA PNGK 2.75 ke atas / Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas / STM Pangkat Jayyid

Cara Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM

Bagi pelajar hafiz yang layak dan berminat untuk membuat permohonan, berikut cara permohonan untuk bantuan skim SPH JAKIM ;

  • Pemohon dikehendaki memahami syarat-syarat permohonan dan panduan mengisi borang permohonan;
  • Permohonan boleh dibuat secara atas talian di portal i-Hafiz JAKIM di http://sph.islam.gov.my;
  • Semua dokumen sokongan perlu disahkan dan dimuat naik di portal i-Hafiz;
  • Pemohon boleh mengemaskini maklumat di portal i-Hafiz pada bila-bila masa sebelum permohonan dihantar atau sehingga tarikh tutup permohonan;
  • Pemohon hendaklah mencetak “Slip Pengesahan Permohonan SPH” sebagai bukti bahawa permohonan telah dibuat

Dokumen Sokongan

Senarai dokumen sokongan yang perlu disertakan /dimuat naik ketika mengisi permohonan adalah seperti berikut ;

  1. 1 Keping Gambar Terkini Berukuran Passport;
  2. Salinan Kad Pengenalan;
  3. Salinan Sijil-sijil akademik;
  4. Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM / Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA/ Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM / Sijil Tahfiz Malaysia / Sijil Tahfiz Kementerian dengan kerjasama JAKIM
    • Sijil Pelajaran Malaysia
    • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia/ Sijil Tinggi Agama Malaysia
  5. Salinan Transkrip Pensijilan/ Diploma/ Ijazah/ Sarjana.
  6. Salinan Surat Tawaran Pengajian
  7. Surat Akuan Pengajian / Surat Pengesahan Pengajian dan Salinan Keputusan Peperiksaan semasa (bagi permohonan di tahun dua dan ke atas);
  8. Salinan kad pengenalan ibu / bapa / penjaga/ tanggungan;
  9. Slip gaji ibu / bapa / penjaga ATAU Salinan Surat Pengesahan Pendapatan (bagi mereka yang bekerja sendiri); dan
  10. Sijil-Sijil Ko-Kurikulum.

Pelajar yang Tidak Layak Memohon

  • Calon yang telah mendapat tajaan / biasiswa daripada mana-mana penaja;
  • Pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Foundation / Pensijilan Tahfiz al-Quran / Pusat Bahasa;
  • Penjawat awam;
  • Pelajar yang sedang mengikuti program Pengajian Jarak Jauh; dan
  • Penerima SPH yang telah ditamatkan pembiayaannya

Maklumat Lanjut

Sekiranaya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Unit Skim Pembiayaan Hafiz JAKIM di talian 03-88707141/7125/7146/7149

Soalan Lazim F.A.Q

Bilakah tarikh tutup permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM?

Permohonan boleh dibuat pada 27 Mac – 7 April 2023

Bagaimana cara untuk memohon

Permohonan boleh dibuat secara online melalui http://sph.islam.gov.my/

Berapakah kadar elaun SPH ?

Skim ini membiayai yuran dan elaun.Kadar bayaran Skim Pembiayaan Hafiz adalah mengikut kadar yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!