Imaginur : Sinopsis, Barisan Pelakon, Review

Imaginur

Sejak Imaginur ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia pada 23 Februari 2023, filem ini rata-rata mendapat pujian daripada ramai warganet.

Disutradai oleh Nik Amir Mustapha, pengarah bagi filem KIL (2013) dan Terbaik dari Langit (2014), Imaginur dikatakan membawa mesej serta aura yang berbeza berbanding filem tempatan sedia ada.

Menurut Nik Amir Mustapha, beliau terinsipirasi dari masyarakat dan berhasrat untuk hasilkan sebuah snapshot kehidupan orang Malaysia yang bertemakan cinta dan keluarga yang dipakej bersama elemen hipnosis.

“Sebenarnya, idea untuk hasilkan filem ini sudah ada sejak sebelum saya mengarahkan filem pertama iaitu KIL. Akhirnya saya berganding dengan Redza Minhat untuk menulis sebuah filem bertema cinta, hipnosis dan kehidupan.” ulas Nik Amir.

Nik Amir juga kreatif dalam menghasilkan sebuah dunia imaginasi sambil bermain dengan ruang dan waktu serta garis halus antara mimpi dan realiti.

Baca Juga : Projek : High Council (Sinopsis, Senarai Pelakon, Review)

Sinopsis Filem Imaginur

Filem bergenre cinta Sci-Fi ini mengisahkan Zuhal yang mengalami panic attack.

Jadi, dia cuba minta bantuan dengan pergi ke satu pusat rawatan hipnosis namun pelbagai kejadian pelik berlaku setelah itu sehinggakan dia tidak dapat membezakan antara fantasi atau realiti.  

Pada masa yang sama, seorang wanita misteri turut muncul dalam bayangannya. Siapakah wanita misteri itu dan apakah yang bakal terjadi pada Zuhal?

Kalau nak tahu, anda kenalah tonton sendiri di pawagam terdekat!

Jalan cerita Imaginur yang disusun dengan begitu cantik meskipun agak kompleks membuatkan durasi 1 jam 30 min tidak terasa.  

Selain jalan ceritanya yang menarik, visual sinematik filem ini yang sangat cantik membuatkan Imaginur sebagai sebuah filem yang wajib anda tonton di pawagam.  

Imaginur

Pujian turut diberikan kepada pelakon utama filem ini iaitu Beto Kusyairy dan Diana Danielle atas lakonan serta chemistry yang berkesan di hati penonton sehingga boleh menitiskan air mata!

Imaginur

Penonton turut hargai isu penjagaan pesakit Alzheimer yang dibawakan dalam filem Imaginur ini memandangkan ia begitu jarang diketengahkan dalam mana-mana filem lokal.

Imaginur juga menjadi bualan hangat warganet ketika ini kerana ia dikatakan sebagai satu karya yang berjaya bermain dengan emosi penonton dan berbeza berbanding filem tempatan sedia ada.

Imaginur

Barisan Pelakon Filem Imaginur

WatakPelakon
ZuhalBeto Kusyairy
NurDiana Danielle
Dr RamliDato’ Afdlin Shauki
IsmaNadiya Nisaa
Bapa ZuhalMior Hashim Manaf
YazminRuzana Ibrahim
HaikalPekin Ibrahim

Review

Melihatkan pelbagai reaksi positif dan sambutan hangat daripada kebanyakan warganet, alamatnya memang rugi jika anda tak tonton dan alami sendiri dunia Imaginur.

Jom kita lihat beberapa review daripada netizen yang telah menonton filem ini.

Bagi yang masih belum menyaksikan filem ini, jangan lupa untuk menontonnya di pawagam kegemaran anda.

Sebelum itu, anda boleh tonton trailer rasmi filem ini di bawah :

Anda boleh semak waktu serta tayangan filem Imaginur di pawagam melalui pautan di bawah :

Golden Screen Cinemas (GSC)

TGV

MBO

MMCineplex

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!