Sinar FM : Frekuensi, Segmen Harian & Senarai DJ

Popular dengan slogan Menyinari Hidupmu, Sinar FM terus komited dalam menawarkan muzik serta informasi terkini menerusi radio sejak tahun 2014.

Selain terkenal sebagai radio yang menyajikan lagu retro yang evergreen daripada zaman 80an, 90an dan 2000an, Sinar juga cukup sinonim dengan segmen Pagi Di Sinar yang menghiburkan dan boleh menceriakan pagi sesiapa sahaja.

Mana tidaknya, apabila Jep, Rahim, Elizad dan Angah berceloteh, memang tak kering gusi!

Ayuh kita kenali radio tempatan kegemaran ramai ini dengan lebih lanjut!

Baca Juga : Astro Go : Cara Daftar dan Tonton di Telefon Pintar dan Laptop

Frekuensi Siaran Radio Sinar FM Seluruh Malaysia

Ingin nikmati lagu-lagu retro dan terkini? Dengarkan Sinar FM di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak menerusi frekuensi-frekuensi berikut :

FrekuensiLokasiPemancar
96.7 MHzLembah KlangGunung Ulu Kali
97.1 MHzAlor Setar, Kedah dan PerlisGunung Jerai
97.1 MHzPulau PinangGunung Jerai
100.9 MHzLangkawi, KedahGunung Raya
96.4 MHzTaiping, PerakBukit Larut
96.9 MHzIpoh, PerakGunung Kledang
96.9 MHzSeremban, Negeri SembilanGunung Telapak Buruk
96.0 MHzMelaka dan Utara JohorGunung Ledang
87.8 MHzJohor Bahru, Johor dan SingapuraGunung Pulai
97.2 MHzKuantan, PahangBukit Pelindung
97.5 MHzKuala Terengganu, TerengganuBukit Jerung
93.8 MHzKota Bharu, KelantanBukit Panau
102.1 MHzKuching SarawakBukit Djin
96.6 MHzMiri, SarawakBukit Lambir
96.6 MHzKuala Belait, BrunesiBukit Lambir
104.9 MHzKota Kinabalu, SabahBukit Karatong
106.9 MHzSandakan, SabahBukit Trig
Sinar FM

Selain di corong-corong radio, anda juga boleh mendengar Sinar FM di mana-mana sahaja anda berada secara atas talian menerusi platform Syok di pautan https://sinar.syok.my/

Senarai DJ / Penyampai Radio Sinar FM

Berikut merupakan senarai penyampai dan DJ stesen radio Sinar FM:

  1. Jep
  2. Rahim
  3. Angah
  4. Dina Nadzir
  5. Elizad
  6. Hefny
  7. Falyq
  8. Putra
  9. Haiqal
  10. Syafa
  11. Roy Azman

Segmen / Program Harian dan Hujung Minggu

Senarai segmen harian dan minggu di Sinar FM pula adalah seperti berikut :

  1. Pagi Di SINAR
  2. SINAR Solo
  3. Duo SINAR
  4. Rehat dan Relax Sinar
  5. Borak Selebriti SINAR
  6. Hujung Minggu SINAR
  7. SINAR ETA (Eh! Tetiba Ahad)
  8. Laguku Di SINAR
  9. Laman Rohani
Sinar FM
Sinar FM

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Sinar FM, sila layari pautan – dan ikuti laman media sosial rasminya di pautan berikut :

Facebook : facebook.com/SINARdotmy

Twitter : https://twitter.com/sinar_my

Instagram : instagram.com/sinar_my

Youtube : youtube.com/c/sinar_my

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!