Intipati & Senarai Bantuan Kerajaan Menerusi PEMULIH 2021

Kerajaan Malaysia hari ini mengumumkan satu lagi pakej bantuan terbaharu kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 iaitu Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pelaksanakan PEMULIH akan melibatkan peruntukan sebanyak RM150 bilion dengan suntikan fiskal sebanyak RM10 bilion.

Untuk makluman juga, pelaksanaan PEMULIH adalah kesinambungan daripada Pelan Pemulihan Negara atau PPN bagi peralihan keluar daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dijalankan secara berfasa.

Matlamat PEMULIH

Pelaksanaan PEMULIH seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri akan melibatkan 3 matlamat iaitu:

  • Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
  • Menyokong Perniagaan
  • Meningkatkan Vaksinasi

Matlamat Pertama: Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat

  1. Bantuan Khas COVID-19 atau BKC dengan kadar berikut:
    – Isi rumah kategori miskin tegar: RM 500 ringgit (Ogos), RM500 (November), dan RM300 (Disember).
    – Individu bujang kategori miskin tegar: RM200 ringgit (Ogos) dan RM300 (November).
    – Isi rumah kategori B40: RM500 (Ogos) dan RM300 (Disember).
    – Bujang kategori B40: RM200 (Ogos).
    – Isi rumah kategori M40: RM250 (Ogos).
    – Bujang kategori M40: RM100 (Ogos).
  2. Bantuan Kehilangan Pendapatan: RM500 ringgit kepada pekerja yang kehilangan pendapatan.
  3. Memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum PERKESO.
  4. Inisiatif Place and Train di bawah program Janapreneur.
  5. Program Bantuan Bakul Makanan: RM300,000 kepada setiap ahli parlimen.
  6. Program Harga Kawalan Minyak Masak berasaskan nilai ambang Crude Palm Oil.
  7. Meneruskan Dasar Pengawalan Harga Barang Perlu.
  8. Diskaun bil elektrik antara 5 hingga 40% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan.
  9. Diskaun bil elektrik sebanyak 10% kepada pengendali hotel, taman-taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat pelancongan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan bagi bil bulan Oktober hingga Disember 2021.
  10. Melanjutkan pemberian 1Gb data harian secara percuma sehingga 31 Disember 2021.
  11. 30 unit Bank Bergerak Bank Simpanan Nasional (BSN) di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak,

Matlamat Kedua: Menyokong Perniagaan

  1. Pelaksanaan Geran Khas Prihatin 4.0: RM500 (September) dan RM500 (November).
  2. Program Subsidi Upah 4.0: RM600 setiap pekerja selama 4 bulan.
  3. Pengecualian levi HRD Corp bagi tempoh 2 bulan.
  4. Melanjutkan program PenjanaKerjaya 3.0.
  5. Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil atau PUPUK.
  6. Kemudahan pembiayaan dan sokongan bantuan kewangan kepada penggiat seni.
  7. Bantuan Khas Taska: RM3,000 kepada pengusaha taska.
  8. Bantuan kewangan RM1,000 kepada pengusaha kantin.
  9. Bantuan one-off RM3,000 kepada pengusaha industri sukan dan operator arena sukan seperti gym, bowling, futsal dan sebagainya.
  10. Bantuan kewangan RM500 untuk tempoh tiga bulan kepada OKU kehilangan pekerjaan dan ketiadaan kerja.
  11. Program Jaringan Inisiatif Umum atau JITU: Bantuan asas modal perniagaan dan membimbing golongan OKU dan gelandangan dalam perniagaan.
  12. Memudah cara prosedur Perolehan Kerajaan.
  13. Penangguhan bayaran balik pembiayaan perniagaan MARA untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pembiayaan dengan memanjangkan tempoh pembiayaan sehingga 36 bulan.
  14. Diskaun 30% ke atas sewaan premis perniagaan MARA bagi tempoh lima bulan lagi iaitu sehingga Disember 2021.
  15. Meningkatkan had siling pembiayaan skim jaminan kerajaan di bawah SJPP sebanyak RM10 bilion bagi tahun 2021 kepada RM36.5 bilion.
  16. Meningkatkan had siling jaminan di bawah SJPP sebanyak 20 bilion ringgit menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 56.5 bilion ringgit.
  17. Tambahan RM2 bilion akses bantuan kewangan kepada usahawan PKS.
  18. Program pembiayaan mikrokredit akan diteruskan dengan tambahan dana sehingga RM1.1 bilion.
  19. Program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi.
  20. Bantuan one-off sebanyak RM3 ribu ringgit kepada agensi pelancongan berdaftar.
  21. i-Citra: Pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan.
  22. Moratorium bersasar selama tiga bulan kepada peminjam-peminjam PTPTN.
  23. Menangguhkan bayaran balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan di bawah JPA dan bayaran tuntutan ganti rugi penerima Biasiswa Persekutuan sehingga 6 bulan.
  24. Menangguhkan bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah RM100 selama 12 bulan.
  25. Menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama 3 bulan.
  26. Penangguhan pembayaran premium insurans dan sumbangan takaful (secara opt-in) kepada pemegang polisi insurans dan takaful yang akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.
  27. Moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.

Matlamat Ketiga: Meningkatkan Vaksinasi

  1. Mempercepat jadual pelaksanaan PICK: RM400 juta ringgit diperuntukkan untuk menambah bekalan vaksin negara.
  2. Membuka 29 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) baharu, menaik taraf PPV sedia ada, melaksana PPV secara pandu lalu, PPV Bergerak dan program Outreach Home-to-Home.
  3. Elaun khas kepada barisan hadapan kesihatan yang terlibat dalam PICK daripada kepada RM600 selama enam bulan bermula Julai 2021.
  4. Majikan yang berdaftar di bawah Perbadanan Sumber Manusia Berhad (atau HRD Corp) boleh menggunakan baki levi semasa sehingga 10% bagi kos pengurusan dan pembelian vaksin COVID-19.
  5. Potongan cukai ke atas perbelanjaan merangkumi kos peralatan dan perkhidmatan penyediaan PPV oleh majikan.
  6. Pendaftaran untuk vaksinasi serta pemberian subsidi sehingga RM30 bagi kos tambang teksi dan e-hailing untuk golongan OKU dan warga emas bagi mendapatkan vaksin.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai PEMULIH, sila layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://www.mof.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!