Semakan Keputusan UPKK 2022 / 2023

Semakan Keputusan UPKK

Sukacita dimaklumkan bahawa semakan keputusan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) bagi tahun 2022 akan dibuka bermula pada 9 Mac 2023 jam 4.00 petang sehingga 23 Mac 2023 jam 11.00 pagi.

Perkara ini diumumkan secara rasmi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi laman Facebook mereka pada 2 Mac 2023.

Ibu bapa dialu-alukan untuk membuat semakan keputusan UPKK buat anak-anak menerusi SMS atau secara atas talian.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai semakan keputusan UPKK.

Baca Juga : Semakan MRSM 2023 /2024 Kemasukan Tingkatan 1 & 4

Tarikh Pengumuman Keputusan UPKK 2022

Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA akan diumumkan pada 9 Mac 2023 (Khamis), bermula jam 4.00 petang.

Berikut merupakan kenyataan media penuh oleh JAKIM mengenai kaedah semakan :

KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2022

Bil.2/2023

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengumumkan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 pada 9 Mac 2023 (Khamis) jam 3.00 petang.

2. Majlis Pengumuman Keputusan UPKK akan disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

3. Ibu bapa/Penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula 9 Mac 2023 (Khamis), jam 4.00 petang melalui kaedah berikut :

i. UPKK<jarak>No. MyKid/No. Kad Pengenalan Khas<jarak>No. Angka Giliran dan hantar ke 15888; atau

ii. Laman sesawang di pautan https://semakan.islam.gov.my/  dengan menggunakan No. MyKid/No. Kad Pengenalan Khas dan No. Angka Giliran.

4. Ibu bapa/Penjaga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2022 daripada pihak sekolah masing-masing bermula 10 Mac 2023 (Jumaat), jam 9.30 pagi. Sekian, terima kasih.

DATUK HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
7 Mac 2023 

Sumber : MyJAKIM

Semakan Keputusan UPKK

Apa Itu UPKK?

UPKK atau Ujian Penilaiaian Kelas Kafa diwujudkan bagi menilai tahap kemahiran, kebolehan serta penghayatan murid-murid tahun 5 dalam pembelajaran Al-Quran, Sirah, Adab (Akhlak Islamiyah), Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Asas Lughatul Quran serta Jawi dan Khat.

Secara asasnya, terdapat 8 subjek Peperiksaan UPKK yang perlu diambil oleh pelajar iaitu :

  1. Amali Solat
  2. Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
  3. Tilawah Al-Quran
  4. Pelajaran Jawi dan Khat
  5. Sirah
  6. Ulum Syariah (Ibadah & Aqidah)
  7. Adab (Akhlak Islamiah)
  8. Lughah Al-Quran

Manfaat Pengambilan Peperiksaan UPKK

Meskipun sudah dalam diwujudkan, namun silibus UPKK masih relevan untuk dijadikan sebagai medium bagi memupuk ilmu Islam di kalangan murid-murid.

Peperiksaan ini juga dijadikan sokongan bagi kemasukan murid-murid ke 60 buah sekolah menengah kebangsaan agama di bawah Kementerian Pendidikan.

Selain itu, keputusan ujian UPKK juga boleh dijadikan kelebihan untuk kemasukan pelajar ke 12 buah sekolah berasrama penuh integrasi dan tiga buah sekolah menengah agama persekutuan.

Cara Buat Semakan Keputusan UPKK 2022/2023

Terdapat 2 kaedah untuk anda lakukan semakan keputusan UPKK iaitu :

1.Semakan Online

Pergi ke pautan rasmi JAKIM di laman web https://semakan.islam.gov.my

Contoh paparan bagi semakan online adalah seperti berikut :

Semakan Keputusan UPKK

Anda juga boleh cetak slip peperiksaan seperti lampiran di bawah :

Semakan Keputusan UPKK

2.Semakan Melalui SMS 15888

Anda juga boleh lakukan semakan melalui SMS dengan menaip UPKK <jarak> No. MyKID/No Kad Pengenalan Khas<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888.

Nota : Ibu bapa / penjaga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2022 daripada pihak sekolah masing-masing bermula 10 Mac 2023 (Jumaat), jam 9.30 pagi.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!