MUET 2022 | Semak Keputusan MUET Bermula 24 Mac ini

MUET 2022 | Semak Keputusan MUET Bermula 24 Mac ini ~ Sukacita dimaklumkan, keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi 3 Tahun 2021 kini boleh disemak mulai 24 Mac 2022, Khamis, jam 10.00 pagi secara online atau SMS.

MUET 2022 

Pendaftaran MUET boleh dilakukan secara dalam talian (online).

Bayaran untuk menduduki ujian ini ialah RM100.00 (Calon warganegara) dan RM350.00 (Calon bukan warganegara) dengan cara perbankan internet / kad kredit di pautan https://muet.mpm.edu.my

Calon dikehendaki menyemak status pendaftaran dan tarikh menduduki ujian pada slip daftar (MUET / D) melalui portal MPM mulai dan mencetaknya sebagai tiket untuk menduduki ujian.

Peperiksaan MUET meliputi empat kertas iaitu:

  • Listening (30 minit)
  • Speaking (30 minit)
  • Reading (90 minit)
  • Writing (90 minit)
MUET 2022

Semakan Keputusan MUET

Untuk membuat semakan, sila rujuk kaedah-kaedah di bawah:

KAEDAH 1 : SEMAKAN ONLINE ( https://mecea.mpm.edu.my/MUETR/ )

KAEDAH 2 : SEMAKAN SMS ( Melalui SMS; MUET<jarak>RESULT<jarak>No. KP ) dan hantar ke 15888.

Contoh: MUET RESULT 09050310xxx

Rayuan Semakan Semula 

Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara online di portal MPM. 

Sila klik pautan berikut: 

Yuran bagi rayuan penyemakan semula ialah RM70.00. 

Calon boleh membuat pendaftaran dengan cara membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional. Calon juga boleh membuat pembayaran secara online iaitu melalui FPX (dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.00) atau melalui Kad Kredit/Kad Debit (dikenakan caj tambahan RM2.50).

Tarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan bagi setiap sesi.

Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di portal MPM (http://www.mpm.edu.my) selepas 18 hari permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja). 

MPM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja

Keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia di pautan berikut: https://www.mpm.edu.my/ 

Atau, hubungi talian: 03-6126 1600

Atau, e-mel ke: [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *