Contoh Ucapan ‘Selamat Hari Lahir’ Untuk Ibu, Ayah, Romantik, dll

Istimewa contoh ucapan selamat hari lahir khas untuk kekasih, ibu, bapa, sahabat dan ahli keluarga (isteri, suami,kakak,abang,adik, anak lelaki, anak perempuan)

Hari lahir adalah detik istimewa dalam hidup seseorang. Ia adalah masa untuk meraikan kehadiran mereka di dunia ini. Ucapan selamat hari lahir seperti Sanah Helwah, happy birthday adalah cara terbaik untuk menunjukan rasa syukur, terima kasih, cinta dan kebahagiaan buat insan yang kita sayangi pada lahir kelahiran mereka.

Bagi mewujudkan suasana bahagia buat insan yang disayangi pada hari kelahiran mereka, sudah tentu anda teruja untuk memberikan kata-kata ucapan happy birthday, sanah helwah yang boleh menyentuh jiwa dan perasaan mereka pada hari tersebut.

Disini kami kongsikan koleksi ucapan selamat hari lahir untuk ibu, ayah, suami,isteri, anak

Ucapan Selamat Hari Lahir Untuk Kekasih

ucapan selamat hari lahir untuk kekasih

Istimewa untuk pasangan kekasih, berikut koleksi ucapan selamat hari jadi untuk kekasih yang terbaik

Selamat ulang tahun, sayang! Setiap tahun dengan awak menjadikan hidup saya lebih bermakna dan penuh kebahagiaan. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada hidup saya. Sayang awak ketat-ketat.”

“Di hari lahirmu ini, aku ingin mengucapkan betapa beruntungnya aku memiliki kekasih seperti kamu. Kamu adalah sinar dalam hidupku, dan aku bersyukur setiap hari kerana memilikimu. Selamat ulang tahun, sayang!”

Selamat hari jadi, cinta sejatiku! Setiap momen bersamamu adalah anugerah berharga dalam hidupku. Aku bersyukur kerana kamu ada. Semoga hari jadi ini membawa berkat dan kebahagiaan tak terbatas bagi kita berdua.”

“Selamat ulang tahun, kasih yang abadi, Kau membuat hidupku berwarna dan terang benderang seperti fajar. Dalam setiap detik bersamamu, hati ini terbakar, Bersama kita berdua, cinta kita tak akan pernah pudar.”

“Selamat hari jadi, cahaya hatiku yang terangi, Cinta kita bak bintang-bintang yang bersinar di langit yang cerah dan riang. Bersamamu, hidupku terasa lengkap dan bererti, Semoga kita terus bersama hingga akhir hayat, tak pernah berpisah dan terhenti”

Ucapan Selamat Hari Lahir Untuk Ibu

“Selamat hari lahir untuk ibuku tercinta! Terima kasih atas semua cinta dan kasih sayangmu. Semoga hari ini dan setiap hari berikutnya penuh dengan kebahagiaan dan berkat.”

Selamat hari lahir untuk ibu yang penuh kasih sayang. Terima kasih atas segala perhatian dan doa yang tak pernah terputus. Semoga hari ini dan setiap hari menjadi lebih indah.”

Selamat hari lahir, ibu tersayang, Cintamu tiada tara, selalu hangat mengalir. Doa dan kasihmu takkan pernah pudar, Semoga bahagiamu abadi, selamanya bersemi.”

“Selamat ulang tahun, ibu tersayang, Engkau adalah bintang yang menyinari hidupku. Kasihmu tak pernah pudar, selalu tulus dan ikhlas, Semoga bahagiamu tak tergantikan, selamanya tak terlupa.”

“Selamat hari lahir, ibu tercinta dan penyayang,
Ibu adalah sumber kekuatan dan keselesaan setiap langkah.
Cintamu mengalir tanpa henti, sentiasa ikhlas dan ikhlas,
Semoga ibu diberkati Ilahi, sentiasa dikelilingi oleh kasih sayang yang suci.”

Selamat hari lahir, ibu tercinta. Semoga Allah SWT selalu memberkahi langkahmu dan melindungimu dalam setiap perjalanan hidupmu.”

“Selamat ulang tahun, ibu tersayang. Semoga Allah memberikanmu kesihatan yang baik, kebahagiaan yang tak terhingga, dan membalas segala kebaikanmu.”

“Selamat hari lahir, ibu. Semoga Allah memberikanmu kekuatan untuk menghadapi setiap cobaan, mengaruniakanmu rezeki yang berlimpah, dan menghimpunmu dalam surga-Nya.”

Baca juga : Koleksi Ucapan dan Pantun Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Lahir Ayah

selamat hari lahir ayah

Ucapan dan kata-kata terbaik sempena hari lahir untuk ayah

“Selamat hari lahir ayah tercinta. Terima kasih atas kasih sayang, sokongan, dan bimbinganmu sepanjang hidupku. Semoga hari ini dan setiap hari dipenuhi dengan kebahagiaan dan keberkatan.”

Selamat ulang tahun, ayah tersayang! Engkau adalah teladan dan inspirasiku. Semoga semua impianmu tercapai dan hidupmu dipenuhi dengan kebahagiaan yang tak terhingga.”

Selamat hari lahir, ayahku yang tercinta. Dalam doaku, aku memohon agar Allah selalu menjaga dan melindungimu. Semoga segala usahamu diberkahi dan segala keinginanmu tercapai.”

“Selamat ulang tahun, ayah tersayang! Engkau adalah teladan dan inspirasiku. Semoga semua impianmu tercapai dan hidupmu dipenuhi dengan kebahagiaan yang tak terhingga.”

“Selamat hari lahir ayah yang tercinta! Dalam hidupku, ayah adalah cahaya dan pembimbing yang tiada gantinya. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat-Nya kepada mu.”

“Selamat ulang tahun, ayah terhebat, Dalam doa kami, engkau selalu ada. Semoga Allah memberkati langkahmu, Hidupmu dipenuhi dengan cinta dan kebahagiaan yang sejati.”

“Buat ayah yang bijaksana dan sabar, Di hari jadimu, kutaburkan harapan yang tulus. Semoga Allah memberikanmu kesihatan yang baik, Hidupmu dipenuhi kebahagiaan dan kejayaan yang abadi.”

Baca juga : Koleksi Ucapan dan Pantun Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Lahir Sahabat

selamat hari lahir sahabat

Disini kami kongsikan koleksi ucapan selamat selamat hari lahir sahabat versi islamik dan juga pantun

“Selamat hari lahir, sahabatku yang terkasih. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat-Nya padamu dan memberikanmu kebahagiaan yang hakiki.”

Selamat hari lahir, sahabat terbaikku. Semoga Allah membimbingmu ke jalan yang lurus, memberikanmu ketenangan hati, dan melimpahkan keberkahan dalam segala hal yang kamu lakukan.”

“Selamat hari lahir, sahabat ku,
Setiap kali kita bersama, tiada siapa yang bosan.
Semoga hidup mu penuh dengan tawa dan jenaka,
Dan hidup mu sentiasa ceria seperti pagi yang cerah”

Selamat hari lahir, sahabat yang sentiasa memberi inspirasi! Terima kasih kerana berada di samping ku dalam setiap langkah kehidupan. Semoga terus berjaya dan bahagia dalam setiap apa yang dilakukan

“Selamat hari jadi, sahabat terbaikku! Semoga hidupmu dipenuhi dengan kesuksesan, kebahagiaan, dan kasih sayang yang tak terhingga. Terima kasih telah menjadi sahabat sejati bagiku.”

Contoh Ucapan Selamat Ulang Tahun Untuk Suami Dalam Bahasa Arab Beserta Maksud

Berikut pula kami kongsikan contoh ucapan hari lahir buat suami dalam versi arab beserta maksud

Eid Milad sa’id ya habibi, atamanna lak al-sa’adah wal-sihah wal-najah fi al-hayah – Selamat ulang tahun, cintaku. Semoga kamu diberkahi dengan kebahagiaan, kesehatan, dan kesuksesan dalam hidupmu.”

A’id Milad sa’idah ya habibi, anta a’dham hadiyah fi hayati wa ana mumtinah likulli lahazah naqdimuha ma’an – Selamat ulang tahun, sayangku. Kamu adalah hadiah terbesar dalam hidupku dan aku bersyukur atas setiap momen yang kita habiskan bersama.”

Barakallahu fii umrik, suamiku. Semoga di umurmu sekarang ini kamu diberkahi oleh Allah SWT. Milad mubarak.”

Miladuki saidah, barakallahu fii umrik, sayang. Semoga di sisa umurmu berkah sampai dunia akhir.”

Contoh Ucapan Happy Bitrhday Untuk Isteri

“Di hari istimewa ini, abang ucapkan selamat ulang tahun buat cahaya hidupku, isteri tercinta. Kamu adalah sumber kebahagiaanku dan abang bersyukur memilikimu. Semoga hari jadimu penuh dengan keceriaan dan berkat. Happy birthday, my love!”

Selamat ulang tahun, kekasihku. Kamu adalah matahariku yang terang dan penyejuk dalam hidupku. Aku bersyukur setiap hari karena memiliki kamu di sampingku. Semoga cinta kita terus berkembang dan kita selalu bahagia bersama. Happy birthday, my dear wife!

Happy birthday to the love of my life. Sayang adalah harapan abang yang menjadi kenyataan. Bersamamu, abang merasakan kebahagiaan yang tak tergantikan. Terima kasih telah membuat setiap hari hidup abang lebih berarti. Selamat ulang tahun, my beautiful wife!”

“Sanah helwah, buat isteri tercinta, Bersyukur memilikimu dalam hidup yang indah. Dalam setiap detik, kau selalu berikan, Kasih sayang tulus, tanpa batas waktu dan rehat”

“Happy birthday, isteri tercinta, Kau umpama bintang dalam hidup yang berkilau. Dengan setia, kau menjaga rumah tangga, Semoga bahagia selamanya, tanpa berhenti seketika.”

Baca juga : Koleksi Pantun Hari Raya Aidilfitri Untuk Keluarga & Sahabat

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!