Telefilem Saat Hilang Cintamu (Adaptasi Kisah Benar)

Telah ditayangkan dalam slot Cerekarama TV3, telefilem Saat Hilang Cintamu berjaya meruntun jiwa penonton dengan jalan cerita yang menyayat hati.

Lakonan mantap Zamarul Hisham serta Rita Nadira yang memainkan watak sebagai suami isteri juga memberikan kesan emosi luarbiasa.

Untuk makluman, telefilem ini telah disiarkan pada 25 Mac 2023 yang lalu.

Telefilem Saat Hilang Cintamu Diadaptasi Daripada Kisah Benar

Siapa sangka rupanya jalan cerita telemovie ini diadaptasi daripada kisah benar. Perkara ini dikongsikan sendiri oleh pelakon utama, Zamarul Hisham di laman Instagramnya.

Saat Hilang Cintamu

Watak Razil dikatakan benar-benar wujud dan kini orangnya sudah berusia 70 tahun dan menetap di Perlis.

Lebih menarik lagi, idea dan skrip bagi cerita ini juga ditulis oleh anak-anak Perlis. Menurut penerbit utama, Fadzil Teh, beliau berterima kasih kepada atas sambutan hangat daripada penonton bagi telefilem Saat Hilang Cintamu.

Untuk mempromosikan lagi negeri Perlis, beliau juga bercadang untuk adakan lebih banyak penggambaran di negeri kecil tersebut pada masa akan datang.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai telefilem ini? Jom kita semak sinopsis, barisan pelakon serta review penonton.

Baca Juga : Melur Untuk Firdaus 2 : Sinopsis & Barisan Pelakon

Saat Hilang Cintamu

Sinopsis

Salina merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam SPM sementara Razil pula adalah seorang pemuda yang bekerja di kampung. Walaupun jarak usia antara mereka agak jauh, namun rasa cinta menyatukan mereka. Selepas tamat sekolah, Salina menerima lamaran Razil dan berkahwin. Mereka dikurniakan dua orang anak.

Ibu Salina tidak menyukai Razil kerana membuatkan anaknya sebagai seorang surirumah dan risau kebajikan anaknya terjejas jika Razil meninggal dunia.

Oleh itu, Salina berkeras untuk bekerja. Razil menghormati keputusan isterinya dan turut membantu Salina mencari kerja.

Konflik bermula apabila Salina mula rapat dengan rakan sepejabat. Dia mula terpengaruh dengan kata-kata rakan-rakannya yang suka memperlekeh dan mengaibkan Razil.

Salina juga rapat dengan seorang rakan sepejabat yang bernama Kamal sehingga mencetuskan gosip di pejabat. Dia pun mula mendapatkan khidmat nasihat daripada Hadi, pakar kaunseling di tempat kerjanya.

Masa berlalu, Salina mula tawar hati dengan Razil dan telah jatuh cinta dengan Hadi. Salina juga mengambil keputusan untuk keluar daripada rumah dan tinggal bersama ibunya.

Salina terbuai dalam perasaan terhadap Hadi sehingga membawa ke bilik hotel. Mereka berdua telah ditangkap khalwat oleh pejabat agama. Razil yang mendengar berita itu sangat sakit hati namun sanggup memaafkan isterinya.

Meskipun begitu, Salina tetap mahu diceraikan kerana sudah bosan hidup bersama Razil. Dia ingin berkahwin dengan Hadi.

Razil menurut kehendak Salina namun dengan beberapa syarat. Syaratnya mereka berdua perlu tinggal di rumah itu supaya anak-anak dapat bersama Salina.

Razil pula akan menetap di pondok kecil di tepi rumah supaya tidak berjauhan dengan anak-anak.

Salina bahagia dengan kehidupannya yang baharu namun kegembiraan itu tidak kekal lama. Salina akhirnya dapat tahu yang dia merupakan isteri kedua dan Hadi sudah memiliki anak.

Salina rasa tertipu dan meluru keluar rumah. Hadi mengejarnya sehingga kedua-duanya ditimpa kemalangan.

Hadi meninggal dunia manakala Salina cedera teruk sehingga terlantar di rumah. Salina menyesali segala perbuatannya.

Razil pula bersetuju untuk bernikah semula dengan Salina dan menjaganya. Namun, belum sempat melafazkan akad, Salina sudah meninggal dunia.

Barisan Pelakon Saat Hilang Cintamu

WatakPelakon
RazilZamarul Hisham
SalinaRita Nadira
KamalAbbas Mahmood
HadiMalek Mccrone
IqaNur Dania Miazara
RozanKashfi Haiqal Zamarul

Review Saat Hilang Cintamu

Warganet yang telah menonton telefilem ini cukup terkesan dan terbawa-bawa perasaan sedih dan geram dengan kisah cinta Razil dan Salina.

Jom kita tengok review menarik yang ditinggalkan oleh penonton.

Saat Hilang Cintamu

Ketinggalan untuk menonton telefilem ini? Jangan risau, anda boleh menontonnya menerusi platform streaming Tonton.

Jangan lupa untuk ketahui perkembangan terkini mengenai drama dan telefilem kegemaran anda menerusi laman media sosial

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!