Perdaftaran S1OKU1P SSM: Skim Pendaftaran Perniagaan OKU Percuma

Kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang ingin mendaftarkan perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah mewujudkan Skim 1 OKU 1 Pendaftaran Perniagaan (S1OKU1P) yang menawarkan pendaftaran perniagaan percuma khas kepada usahawan OKU di seluruh Malaysia.

Untuk makluman, S1OKU1P telah dilaksanakan sejak 23 Oktober 2012 bagi golongan OKU yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

Tujuan utama S1OKU1P diperkenalkan adalah untuk memberi galakan kepada golongan istimewa ini untuk menceburi bidang perniagaan secara sah di sisi undang-undang bagi mempertingkatkan taraf hidup mereka.

Skim ini diberikan untuk tempoh satu tahun pendaftaran perniagaan
baru dan pembaharuan perakuan pendaftaran yang didaftarkan namun permohonan maklumat perniagaan dan cawangan dikenakan bayaran
seperti biasa.

OKU yang berminat boleh mendaftarkan perniagaan mereka menerusi https://ezbiz.ssm.com.my/ dan tawaran ini hanya terhad kepada 1 OKU, 1 pendaftaran sahaja.

Pengecualian Fi Pendaftaran & Pembaharuan

Pengecualian fi dan pendaftaran yang ditawarkan menerusi skim ini adalah seperti berikut:

  • Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan-RM30 setahun.
  • Perniagaan milikan tunggal atau perkongsian menggunakan nama tred-RM60 setahun.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon S1OKU1P ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan.
  2. OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Malaysia.
  3. Belum mendaftarkan perniagaan dan pembaharuan menggunakan skim ini di SSM.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonanm, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web EzBiz iaitu https://ezbiz.ssm.com.my/.
  2. Klik butang ‘Sign Up’ dan masukkan maklumat yang diperlukan.
  3. Klik butang ‘Save.’
  4. Log masuk dengan memasukkan username dan kata laluan yang didaftarkan.
  5. Isi maklumat diri dan perniagaan yang diperlukan.
  6. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  7. Pendaftaran selesai.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan depan dan belakang (Mykad).
  2. Salinan kad OKU yang dikeluarkan oleh JKM.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pusat panggilan SSM di talian
03-77214000 atau menghantar emel ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!