Puasa Hari Tarwiyah – Hukum , Niat, Doa & Keutamaan

Puasa Tarwiyah adalah puasa sunat yang dilaksanakan pada Hari Ke 8 Zulhijjah. Apakah hukum dan keutamaan puasa tarwiyah? Bagaimana pelaksanaan niat dan doa buka puasa tarwiyah akan diterangkan secara lengkap juga disertakan dalil dan pandangan daripada Mufti Wilayah Persekutuan.

Pengenalan

Hari Tarwiyah adalah hari di mana para jemaah haji mempersiapkan bekalan air sebelum menuju ke Arafah dan yang kedua adalah hari di mana Nabi Ibrahim AS mendapat wahyu daripada Allah SWT untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Mimpi tersebut telah membuatkan Nabi Ibrahim AS tertanya-tanya pada dirinya.

Maksud hari tarwiyah ini berdasarkan apa yang dikatakan oleh Imam Ibn Qudamah. Adapun berkaitan kelebihan hari tarwiyah ini, dinyatakan dalam sebuah hadith yang menyatakan bahawa berpuasa pada hari tarwiyah akan menghapuskan dosa selama setahun. Manakala puasa hari Arafah pula akan menghapuskan dosa selama dua tahun

Hukum Puasa Tarwiyah

Antara Hadith yang selalu dirujuk berkaitan hukum puasa Tarwiyah ini adalah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Dailami di dalam kitabnya Musnad al-Firdaus (2/248).

Dikatakan bahawa Rasululah SAW telah bersabda ;

صَوْمُ يَوْمِ التَّرْوِيَةِ كَفَّارَةُ سَنَةٍ، وَصَوْمُ يَوْمِ عَرفَةَ كَفَّارَةُ سَنَتَيْنِ

Maksudnya: “Puasa pada hari Tarwiyah akan menghapuskan (dosa) selama setahun dan puasa pada hari Arafah pula akan menghapuskan (dosa) selama dua tahun.”

Para ulama berbeza pandangan dalam menilai hadith ini. Sebahagian mereka menilai status hadith ini adalah dhaif sebagaimana yang dinilai oleh Imam al-Suyuthi dan juga Imam al-Busiri. Tambahan pula, terdapat perawi di dalam sanad hadith ini dianggap sebagai pendusta.

Walaupun begitu, sebahagian ulama yang menilai hadith ini sebagai dhaif telah menjadikannya (hadith ini) sebagai dalil terhadap kelebihan berpuasa pada hari Tarwiyah. Ini kerana, sebahagian ulama membenarkan seseorang untuk beramal dengan hadith yang dha’if (lemah) di dalam bab fadhail al-A’mal selagimana ia tidak berkaitan dengan permasalahan aqidah atau hukum.

Sumber : Mufti Wilayah Persekutuan

Bolehkah Puasa Tarwiyah?

puasa sunat tarwiyah

Ada hadith palsu tentang kelebihan puasa sunat Tarwiyah (8 Zulhijjah), bukan bererti tidak sunat berpuasa pada hari Tarwiyah.

Asas hukum sunat berpuasa pada hari Tarwiyah (8 Zulhijjah) BUKAN berdasarkan hadith palsu berkenaan, tetapi KERANA selain ianya termasuk sepuluh (10) hari pertama bulan Zulhijjah (selain hari raya yang diharamkan berpuasa) yang digalakkan ditingkatkan ibadah di dalamnya, termasuk ibadah puasa, kerana keutamaan waktunya, ADALAH DISEBABKAN oleh konsep ihtiyath (berhati-hati) kerana mungkin ia hakikatnya adalah 9 Zulhijjah.

Ini seperti mana yang diterangkan di dalam al-Manhaj al-Qawim oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami, dengan Hasyiah Kubro Imam al-Kurdi dan Hasyiah Syeikh at-Tarmasi. Begitu juga terdapat di dalam Hasyiah Imam al-Baijuri.

ويوم عرفة أفضل الأيام، ويسن أن يصوم معه الثمانية التي قبله، وهو مراد المصنف بقوله: “وعشر ذي

الحجة”، لكن الثامن مطلوب من جهة الاحتياط لعرفة، ومن جهة دخوله في العشر غير العيد.

Maka, jelas ulama-ulama Syafiiyyah tidak mengasaskan hukum sunat berpuasa hari Tarwiyah kepada hadith yang dikatakan sangat daif atau palsu itu, yang di dalamnya disebutkan fadilat puasa Tarwiyah, TETAPI diasaskan kepada asas dan dalil yang lain

Adapun hadith kelebihan puasa Tarwiyah yang dipermasalahkan itu adalah kerana pada sanadnya ada Muhammad bin as-Sa’ib al-Kalbi (محمد بن السائب الكلبي). Ada penilai hadith yang mengkelaskan dia pendusta dan ada yang ringan sedikit jarhnya, tidak sampai pendusta. Justeru, ada kemungkinan status hadith yang diperselisihkan, sama ada hadith tersebut palsu atau daif jiddan atau munkar.

Sumber : Ilmuan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia – ISLAMI

Puasa Tarwiyah 2023 di Malaysia

Tarikh Puasa Sunat Tarwiyah di Malaysia adalah pada 8 Zulhijjah 1444H bersamaan *26 Jun 2023.

(*Tarikh yang dinyatakan mungkin berubah, bergantung kepada keputusan hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara untuk menentukan tarikh hari raya haji 2023. akan diumumkan oleh pemengang mohor besar raja-raja)

Niat Puasa Tarwiyah

niat puasa tarwiyah

Niatnya adalah seperti berikut ;

نَوَيْتُ صَوْمَ تَرْوِيَةَ سُنَّةً لِلّٰهِ تَعَالَى

“Saya berniat puasa sunat Tarwiyah kerana Allah Taala.”

Doa Buka Puasa Tarwiyah

Pada dasarnya, doa buka puasa Arafah dan Tarwiyah sama dengan doa berbuka lainnya. Berikut bacaannya:

اَللّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ

Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa’ala rizqika afthartu. Birrahmatika yaa arhamar roohimin

Artinya:
“Ya Allah, untuk-Mu aku berpuasa, dan kepada-Mu aku beriman, dan dengan rezeki-Mu aku berbuka. Dengan rahmat-Mu wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.”

Baca juga : Puasa Arafah : Lafaz Niat & Fadhilatnya

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!