PTPTN: Cara Dapatkan Diskaun 10-15% Untuk Pembayaran Setiap Bulan

PTPTN: Cara Dapatkan Diskaun 10-15% Untuk Pembayaran Setiap Bulan ~ Melalui pembentangan Bajet 2022 yang lalu, YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul, Menteri Kewangan Aziz, telah mengumumkan diskaun bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengikut syarat yang ditetapkan dalam inisiatif ketiga, fokus Rakyat Sejahtera. 

Diskaun ini diberikan kepada peminjam PTPTN yang membuat bayaran bermula 1 November 2021 sehingga 30 April 2022.

Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Potongan diskaun tersebut adalah mengikut kategori seperti dibawah:

  • 15% : Baki hutang penyelesaian penuh
  • 12% : Bayaran > 50% baki hutang dalam sekali bayar
  • 10% : Bayaran balik dari potongan gaji/debit mengikut jadual pembayaran

Pemberian diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ini merupakan tanda keprihatinan kerajaan yang akan memberi manfaat kepada 1.67 juta peminjam.

Cara Dapatkan Diskaun Bayaran

  1. Layari https://www.ptptn.gov.my/ionline/#/login untuk login ke akaun PTPTN anda dan semak penyata pinjaman.
  1. Masukkan kad pengenalan dan kata laluan yang anda telah tetapkan. Klik “Log Masuk”.
  1. Kemudian, klik “Penyata Baki”.
  1. Seterusnya, skrol paparan anda ke bawah dan klik “Pendaftaran untuk Debit Terus”.
  1. Di paparan seterusnya, klik “Permohonan Baru”.
  1. Isi maklumat peribadi anda; no telefon dan emel peribadi yang aktif.
  1. Masukkan Amaun Potongan Debit Terus(RM) yang anda inginkan. Anda boleh ubah nilai amaun tersebut mengikut kemampuan anda. 
  1. Ikuti arahan seterusnya sehingga selesai. 

Dengan pembayaran auto-debit, anda layak mendapat diskaun mengikut syarat yang ditetapkan. Mudahkan?

Anda boleh menikmati diskaun ini sehingga APRIL 2022. Jangan lepaskan peluang ini!

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari: https://www.ptptn.gov.my/ atau, rujuk akaun Facebook PTPTN. 

Semoga dengan adanya insentif yang diberikan oleh kerajaan ini, para peminjam PTPTN dapat mengambil peluang ini untuk membuat bayaran balik mengikut kemampuan masing-masing

Antara pakej bantuan pendidikan lain yang diumumkan adalah; Bantuan Awal Persekolahan RM150, pas rel tanpa had, bantuan tablet kepada pelajar IPT, pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 untuk pembelian telefon bimbit, komputer, & tablet sehingga 31 Disember 2022 dan lain-lain. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!