Program Rekrutmen Usahawan Pekebun Kecil RISDA 2022
Tawaran Program Rekrutmen Usahawan Pekebun Kecil RISDA 2022 ~ Sukacita dimakluman tawaran bagi program Rekrutmen Usahawan Pekebun Kecil RISDA 2022 kini dibuka.
Program ini dilancarkan bagi memantapkan sistem permohonan program ke arah yang lebih sistematik di samping memudahkan urusan pengenalpastian calon-calon usahawan yang berkelayakan.
Program ini merupakan satu peringkat tapisan bagi pemohon yang layak menerima bantuan keusahawanan RISDA.
Untuk tahun ini, program Rekrutmen Usahawan Pekebun Kecil RISDA akan dilancarkan secara menyeluruh di semua Pusat Tanggungjawab.
Baca Juga : Skim AgroMakanan (PENJANA): Pembiayaan Usahawan Mikro & B40
Syarat-Syarat & Kelayakan Bagi Pemohon
Pemohon yang berminat perlulah menepati syarat-syarat dan kelayakan yang telah digariskan seperti berikut :
- Pemohon mestilah seorang Pekebun Kecil Getah (pemilik pengusaha) atau Ahli Isi Rumah (isteri / suami / anak – keutamaan yang tinggal serumah) warganegara Malaysia yang berdaftar dengan RISDA dalam Sistem Statistik Pekebun Kecil (e-SPeK). Sekiranya belum didaftarkan, pemohon perlu didaftarkan di Pusat Tanggungan.
- Keutamaan kepada peserta yang menyertai program tanam semula.
- Keutamaan kepada pemohon yang berpendapatan kurang daripada RM4,395 sebulan sekeluarga (Kategori B40).
- Keutamaan juga diberikan untuk mereka yang berumur antara 18-60 tahun dan mempunyai minat, berpengetahuan serta berkemahiran dalam bidang perniagaan yang hendak diceburi.
- Bersedia dan sanggup untuk menghadiri sebarang jenis latihan atau kursus sama ada asas / modal insan / teknikal dan kemahiran yang ditentukan oleh RISDA sebelum dan semasa melaksanakan perniagaan.
- Bersedia dan sanggup untuk menghadiri sebarang jenis latihan atau kursus sama ada asas / modal insan / teknikal dan kemahiran yang ditentukan oleh RISDA sebelum dan semasa melaksanakan perniagaan.
- Berkemampuan menjalanakan bisnes / perniagaan secara separuh atau sepenuh masa dan berupaya mencapai sasaran mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
- Semua usahawan yang layak akan dipilih melalui proses rekrutmen RISDA.
Cara Memohon
Calon yang memenuhi kelayakan boleh lakukan permohonan melalui salah satu cara seperti berikut :
- Permohonan atas talian di pautan rekrutmenrisda.borang.my https://rekrutmenrisda.borang.my/user/login atau ;
- Hadir ke Pejabat RISDA terdekat.
Soalan Lazim / FAQ Program Rekrutmen Usahawan Pekebun Kecil RISDA
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk lampiran Soalan Lazim seperti di bawah :
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai program ini, sila hubungi Pejabat RISDA berdekatan bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
Pemohon juga boleh layari laman rasmi RISDA atau hubungi RISDA seperti butiran di bawah :
- Telefon : 03 – 4256 4022
- E-mail : [email protected])