Permohonan Geran Program Pembangunan Ekonomi Setempat 2.0 (PPES) Tahun 2022

Permohonan geran bagi Program Pembangunan Ekonomi Setempat (PPES) 2.0 tahun 2022 Negeri Johor telah di buka. Kepada Koperasi, Persatuan atau Pertubuhan Berdaftar (NGO) di negeri Johor di pelawa untuk membuat permohonan segera sebelum tarikh tutup PPES 2.0 2022 pada 14 Febuari 2022

Ini merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan (PPES) pada tahun 2021. 

Program ini dirangka bagi mengenal pasti projek – projek keusahawanan yang berasaskan komuniti yang berpotensi dan berdaya maju di Negeri Johor.

Sebanyak 53 Koperasi, Persatuan atau Pertubuhan Berdaftar (NGO) dijangka menerima manfaat menerusi PPES

Syarat Permohonan PPES

  1. Pemohon mestilah penduduk tetap Negeri Johor atau mereka yang telah bermastautin di Negeri Johor sekurang – kurangnya 5 tahun.
  2. Permohonan terbuka kepada Koperasi, Persatuan atau Pertubuhan Berdaftar (NGO) yang berdaftar dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Pejabat Daerah di Negeri Johor, jabatan / agensi atau kementerian yang berkaitan.
  3. Ianya terbuka kepada semua jenis projek atau perniagaan yang patuh syariah dengan syarat perlu mempunyai kertas kerja projek dan dimuatnaik ketika permohonan dibuat.
  4. Projek mestilah telah dijalankan dan berpotensi untuk berdaya maju, ketika permohonan di buat
  5. Segala projek yang di bagunkan mestilah beroperasi di dalam Negeri Johor sahaja. Serta berdaya upaya untuk menyediakan peluang pekerjaan dan manfaat kepada masyarakat setempat.
  6. Koperasi, Persatuan atau Pertubuhan Berdaftar (NGO) yang membuat permohonan perlulah mempunyai kewangan yang kukuh serta mempunyai kapasiti, keupayaan, kemahiran dan kepakaran yang diperlukan untuk pelaksanaan projek tersebut.
  7. Keutamaan permohonan diberikan kepada Koperasi, Persatuan atau Pertubuhan Berdaftar (NGO) yang tidak pernah menerima bantuan dari Kerajaan Negeri Johor atau Persekutuan dalam tempoh 2 tahun sebelum permohonan ini dibuat.

Jumlah Geran

Program ini juga menawarkan geran bernilai RM15,000 bagi yang layak. Ianya merangkumi kos menaiktaraf infrastruktur, pembelian mesin dan peralatan yang berkaitan dengan projek.

Cara Permohonan

  1. Borang permohonan boleh diisi menerusi website Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd (PUJB) di https://www.pujb.my/  menerusi menu “Daftar Sistem PADU” yang merupakan Pusat Data Usahawan (PADU) dan berperanan sebagai pusat pengumpulan maklumat usahawan di Johor.
  2. Hanya Koperasi, Persatuan atau Pertubuhan Berdaftar (NGO) yang layak sahaja akan dihubungi oleh PUJB.
  3. Bagi permohonan yang tidak menerima sebarang maklumbalas dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan. Permohonan tersebut DIANGGAP tidak berjaya. Tiada sebarang pemakluman bagi permohonan yang TIDAK BERJAYA.
  4. Pemohonan dibuka bermula 31 Januari 2022 (Isnin), jam 8.00 malam hingga 14 Februari 2022 (Isnin) jam 5.00 petang.
  5. Satu permohonan hanya layak untuk satu projek sahaja.
  6. Sila pastikan setiap ejaan dan nombor telefon yang diberikan semasa permohonan dibuat adalah tepat dan aktif bagi mengelakkan sebarang masalah komunikasi atau masalah tidak dapat dihubungi.
  7. Pihak PUJB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan ejaan perkataan atau nombor telefon serta maklumat yang diberikan yang mengakibatkan permohonan tidak berjaya. 

Tarikh tutup permohonan

Februari 2022 (Isnin) jam 5.00 petang.

Pertanyaan

program pembangunan ekonomi setempat
Sumber : Johorkini.my

Sekiranya anda, mempunyai sebarang permasalahan atau pertanyaan bagi permohonan Geran Program Pembangunan Ekonomi Setempat 2.0 (PPES) 2022 menerusi Sistem PADU di laman web www.pujb.my .

Permohonan boleh dibuat menerusi kaedah berikut; 

  1. WhatsApp di  011-2075 5135; atau
  2.  Emel di  [email protected]

Hubungi :

Tel : 07-510 2542

Facebook : https://www.facebook.com/PUJB.official

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!