Program Berkhatan Percuma Negeri Selangor Sunathon 2022

Program Berkhatan Percuma Negeri Selangor Sunathon 2022 ~ Sukacita dimaklumkan program Sunathon Perdana Negeri Selangor 2022 bakal diadakan di seluruh negeri secara percuma.

Program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan dengan kerjasama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Program Sunathon ini diwujudkan bagi mengurangkan beban kos bekhatan yang ditanggung oleh ibu bapa sekali gus merapatkan hubungan antara Kerajaan Negeri Selangor dengan masyarakat Kampung Tradisi.

Program tahunan ini akan berlangsung bermula 26 Februari 2022 hingga 13 Mac 2022.

program berkhatan percuma

Tarikh Tutup Pendaftaran

Untuk makluman, tarikh tutup pendaftaran bagi program ini adalah 14 hari sebelum tarikh program.

Syarat Penyertaan Program Berkhatan Percuma Negeri Selangor Sunathon 2022

Pemohon yang berminat perlulah memenuhi syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :

  • Berumur 8 hingga 15 tahun
  • Sihat tubuh badan
  • Merupakan anak Selangor yang menetap di Kampung Tradisi Negeri Selangor.

Cara Penyertaan Program Berkhatan Percuma Negeri Selangor

Pemohon yang berminat boleh dapatkan borang di balai penghulu atau muat turun borang penyertaan di pautan berikut :

Borang Permohonan Program Sunathon Perdana Negeri Selangor 2022

Borang yang lengkap diisi boleh dihantar ke Ketua Kampung

Lokasi Program Sunathon Perdana Negeri Selangor 2022

Berikut merupakan tarikh dan lokasi program :

  1. Hulu Selangor – 26 Februari (Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu)
  2. Hulu Langat – 27 Februari (Dewan Pejabat Daerah Hulu Langat)
  3. Kuala Selangor – 28 Februari (Stadium Tertutup Kuala Selangor)
  4. Sabak Bernam – 1 Mac (Dewan Tun Razak)
  5. Klang – 5 Mac (Dewan Pejabat Daerah Klang)
  6. Gombak – 6 Mac (lokasi akan dimaklumkan)
  7. Petaling – 7 Mac (Dewan Pejabat Daerah Petaling)
  8. Sepang – 12 Mac (Dewan Bandar Baru Salak Tinggi)
  9. Kuala Langat – 13 Mac (Dwan Sri Jugra, Banting)

Nota : Tarikh dan lokasi adalah tertakluk pada perubahan.

Proses Berkhatan

1.Pendaftaran

2. Saringan Covid-19

3. Isi Borang Consent Form

Consent Form perlulah diisi dan ditandatangani oleh penjaga (ibu/ayah)

4. Prosedur Berkhatan

5. Pemerhatian

6. Menerima Ubat-Ubatan

7. Pelepasan (Discharge)

Peringatan Penting

  • Ibu bapa peserta perlu membawa pakaian bersesuaian secukupnya untuk peserta.
  • Peserta dan penjaga perlulah berada dalam keadaan sihat sebelum hadir ke program. Peserta dan penjaga yang mengalami simptom seperti batuk, demam dan selsema tidak digalakkan hadir.
  • Peserta perlulah bersarapan atau makan tengah hari (bergantung kepada sesi) sebelum berkhatan.
  • Semua yang hadir perlulah patuhi SOP asas dengan menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan Check-In MySejahtera.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai program ini, sila hubungi talian berikut :

Untuk pertanyaan AM , sila hubungi 03-55447921 (Puan Yusnidah)

Untuk pertanyaa KLINIKAL, sila hubungi talian 010 – 8720059

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!