Program Asasi TVET Malaysia 2023 Lepasan SPM

Program Asasi TVET Malaysia 2023 lepasan SPM /setaraf merupakan program baharu yang ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menyediakan pelajar bagi kerjaya dalam TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional).

Majlis pelancaran program ini juga telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini pada Majlis Penutup Jom Masuk U 2023 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM)

Program ini terbuka kepada semua pelajar yang telah menamatkan peperiksaan SPM atau setaraf dengannya.

Program Asasi TVET Malaysia 2023 / 2024

Program Asasi TVET 2023

Program ini merupakan program baharu yang diperkenalkan pada tahun ini oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Ianya bagi menyediakan laluan baharu kepada mereka yang layak dan berminat dalam bidang TVET untuk bermula dengan program persediaan di 5 (lima) buah Politeknik terpilih dan seterusnya berpeluang meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda di Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).

Kelebihan/Keunikan Program Asasi TVET

Lepasan program Asasi TVET diberikan keutamaan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda berdasarkan bidang yang bersesuaian dan pemetaan laluan pengajian di mana-mana EMPAT (4) universiti dibawah MTUN iaitu 

  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), 
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan 
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan ;

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus SPM atau setaraf dengan sekurang-kurangnya lima (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan satu (1) mata pelajaran lain
  • Mempunyai minat yang tinggi dalam bidang TVET

Cara Permohonan Program Asasi TVET

Permohonan kemasukan ke Program Asasi TVET Ambilan Sesi 2023/2024 bagi lepasan SPM/Setaraf telah dibuka mulai 15 Mei sehingga tarikh tutup permohonan pada 13 Jun 2023. Untuk permohonan, berikut adalah langkah-langkah cara untuk membuat permohonan ;

  • Layari laman web UPU Online di  https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login..
  • Daftar akaun. Kemudian isikan maklumat peribadi anda, seperti nama, tarikh lahir dan maklumat hubungan anda.
  • Lengkapkan borang permohonan. Anda perlu melengkapkan borang permohonan dan menyediakan transkrip akademik, keputusan SPM dan dokumen sokongan yang lain.
  • Klik butang ‘Sah & Hantar’ untuk menghantar permohonan.
  • Cetak Slip permohonan sebagai bukti.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda membunyai sebarang pertanyaan mengenai Program Asasi TVET Malaysia 2023, anda boleh hubungi ;



SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!