PISMP 2023 : Permohonan IPG 2023/2024 Lepasan SPM (Fasa 2)
2023 PISMP IPG Ambilan Kedua Pengambilan Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia Untuk Lepasan SPM ~ Sukacita dimaklumkan tawaran bagi permohonan Program Ijazah sarjana Muda Perguruan (PISMP) kini dibuka untuk calon lepasan SPM.
Untuk makluman, program PISMP 2023 ini terbuka kepada warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020, 2021 dan 2022 yang berminat untuk menjadi tenaga pengajar.
Baca Juga : Tawaran Program Insentif Bahasa Inggeris KPM (IEP) Untuk Lepasan SPM
Tarikh Permohonan PISMP 2023
Permohonan bagi program fasa 2 dibuka bermula 09 – 12 Jun 2023.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2023
Program anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia ini diadakan bagi melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
Pemohon yang berjaya akan mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama dua belas (12) bulan di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.
Butiran bagi program PISMP adalah seperti berikut :
Calon SPM Tahun 2020, 2021 dan 2022
- Laluan Perdana
- Laluan Khas
- Ambilan Khas
Mod Pengajian : Sepenuh Masa
Tempoh Pengajian :
- 1 tahun persediaan
- 4 tahun ijazah
Program Pelajar Cemerlang (PPC) Pendidikan
Calon SPM Tahun 2022
Mod Pengajian : Sepenuh Masa
Tempoh Pengajian :
- 4 tahun Ijazah di Universiti Luar Negara
- 1 tahun PDPP di IPG
Warganegara Malaysia yang berminat dipelawa untuk memohon.
Calon SPM tahun 2022 boleh mengemukakan permohonan walaupun belum memiliki keputusan peperiksaan sebenar.
Permohonan PISMP 2023 Fasa 2
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian mulai 09 Jun 2023 dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan berikut :
Calon yang terpilih diwajibkan menduduki dan LULUS / PERAKU ujian dan temuduga seperti berikut :
- Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG)
- Temu duga secara dalam talian
- Calon juga diwajibkan menyediakan rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) dan menghantar link/ url menerusi portal PISMP.
Prosedur Permohonan / Kemasukan IPG 2023
Sila rujuk proses saringan pengambilan calon guru IPG dalam penerangan di bawah:
e-UKCG (Ujian Komputer)
- e-UKCG terdiri daripada Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan).
- Calon MESTI menjawab dalam tempoh 45 minit secara dalam talian iaitu 30 minit untuk Bahagian A dan 15 minit untuk Bahagian B.
- Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan.
- Sekiranya calon tidak menduduki e-UKCG secara dalam talian pada masa yang ditetapkan, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.
Temu Duga
- Hanya calon yang lulus e-UKCG sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.
- Temu duga akan dilaksanakan secara bersemuka dalam talian menerusi pelantar Google Meet mengikut tarikh dan sesi temu duga yang ditetapkan.
- Setiap calon yang layak akan ditemu duga secara individu dalam kumpulan yang tidak melebihi 7 orang.
- Satu garis panduan lengkap temu duga akan disediakan kepada calon yang layak sebagai persediaan sebelum menghadiri sesi temu duga.
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos, kerugian dan kecederaan semasa temu duga ini dilaksanakan.
UKF (Menilai Tahap Kecergasan dan Fizikal Calon)
- Calon perlu menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sila baca dengan teliti arahan dan garis panduan yang diberi.
- Rakaman VKF hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai.
- Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.
- Hantar link/ URL VKF ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan.
- Sekiranya calon tidak menghantar VKF, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.
- Penyediaan VKF hanya akan dilakukan pada calon yang lulus e-UKCG.
Pemilihan
Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan e-UKCG, perakuan panel Temu Duga dan penilai VKF, skor merit dan kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM.
Semua keputusan adalah muktamad.
Tawaran Bidang Pengkhususan
Penawaran bidang pengkhususan dan tempat pengajian adalah muktamad sebarang rayuan tidak dipertimbangkan.
Perjanjian Pendidikan Guru
Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh KPM.
Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah di bawah seliaan KPM termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.
Takwim Tarikh Penting PISMP 2023
Semua calon perlu sentiasa peka terhadap tarikh-tarikh penting yang ditetapkan oleh KPM seperti berikut. Walaubagaimanapun tarikh-tarikh tersebut bergantung kepada pindaan.
BIL | AKTIVITI | TARIKH |
1 | Permohonan | 15 Mac – 14 April 2023 |
2 | Permohonan Fasa 2 | 1 Jun – 10 Jun 2023 |
3 | Pelaksanaan e-UKCG | 17-20 April 2023 26-28 April 2023 |
4 | e-UKCG Fasa 2 * Bagi calon yang memohon PISMP Fasa 2 dan yang belum menduduki e-UKCG Fasa 1 | 13 Jun 2023 |
5 | Kemaskini maklumat dan bidang permohonan PISMP | 1 – 5 Jun 2023 |
6 | Semakan keputusan e-UKCG, Pelaksanaan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) dan Temu duga secara bersemuka | 12 Jun 2023 |
7 | Pelaksanaan UKF dan temu duga secara bersemuka | 19 – 22 Jun 2023 / 3-6 Julai 2023 |
8 | Keputusan permohonan pengajian ke IPG | 24 Julai 2023 |
9 | Pendaftaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG Kampus | 6/7 Ogos 2023 |
Catatan :
- Sila cetak tarikh-tarikh penting ini untuk simpanan dan rujukan anda.
- Tarikh tersebut adalah sebagai panduan calon dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
NOTA PENTING :
- Calon yang telah menduduki e-UKCG, menghadiri temu duga dan menghantar VKF tetapi tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPGM, KPM tidak akan mengeluarkan sebarang makluman kepada calon.
- Calon dinasihatkan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa.
Calon Yang Tidak Layak Memohon
- Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan KPM.
- Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
- Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan dari program.
- Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai PISMP 2023 serta permohonan kemasukan ke IPG 2023 lepasan SPM secara atas talian, sila rujuk pautan berikut:
- LAMAN RASMI PISMP
- MAKLUMAT PROGRAM
- MAKLUMAT PERMOHONAN
- MAKLUMAT PENTING
- BIDANG PENGKHUSUSAN DITAWARKAN
- KALENDAR AKTIVITI
- SOALAN LAZIM (FAQ)
Untuk sebarang pertanyaa, pemohon boleh berhubung melalui butiran seperti berikut :
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)
No. Telefon : : 03-8312 6720/ 6733 / 6693 /6731 /6768 /6760
Laman Facebook Rasmi : Institut Pendidikan Guru KPM – Rasmi.