PICKids | Tarikh Akhir Pemberian Vaksin Covid-19 Dos 1 Untuk Kanak-Kanak

PICKids | Tarikh Akhir Pemberian Vaksin  Covid-19 Dos 1 Untuk Kanak-Kanak ~ Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (CITF-C) telah memutuskan tarikh akhir pemberian dos pertama untuk kanak-kanak berusia seawal lima tahun hingga bawah 12 tahun.

Program Imunisasi Covid Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun bermula Februari 2022.

Vaksin mRNA iaitu Comirnaty® 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech) akan digunakan. Hasil dapatan kajian klinikal vaksin ini menunjukkan keberkesanan sebanyak 90.7% serta berupaya untuk meningkatkan tindak balas imun yang tinggi terhadap penyakit COVID-19.

Program vaksinasi kanak-kanak ini memerlukan dua suntikan dos vaksin dengan sela masa lapan (8) minggu selepas dos pertama. Berdasarkan data terkini yang diperolehi, sela masa lapan (8) minggu di antara dua dos yang diberikan akan memberi kesan tindak balas imuniti dan kadar keberkesanan yang lebih tinggi serta berpotensi untuk memberikan perlindungan yang lebih lama.

PICKids

Tarikah Akhir Pemberian Vaksin Covid-19

Tarikh pemberian vaksin Covid-19 untuk dos pertama di bawah Program Imunisasi Covid Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) telah diputuskan pada 15 Mei ini. 

Ibu bapa kepada kanak-kanak yang belum menerima Vaksin Covid-19 perlu membuat keputusan mengenai vaksinasi Covid-19 sebelum 15 Mei 2022.

Selepas tarikh ini, vaksin Covid-19 kanak-kanak jenis Comirnaty tidak lagi ditawarkan di mana-mana fasiliti kesihatan awam dan swasta di Malaysia.

Manakala vaksin Coronavac pula hanya boleh diperoleh dengan bayaran di fasiliti swasta.

Walau bagaimanapun, keputusan ini tidak melibatkan vaksinasi bagi kanak-kanak yang lahir pada tahun 2017 dan belum mencapai usia 5 tahun pada 15 Mei 2022.

Bagi kanak-kanak yang tidak cukup usia 5 tahun pada 15 Mei 2022 boleh boleh mendapatkan vaksinasi Covid-19 dengan mendaftar dalam Aplikasi MySejahtera.

Manakala bagi ibu bapa yang sudah mendaftarkan anak dalam MySejahtera tetapi masih belum disuntik akan dihubungi oleh petugas kesihatan sama ada melalui telefon, media sosial atau lawatan ke rumah bagi menawarkan vaksinasi COVID-19 kepada anak-anak mereka.

Bagi ibu bapa yang telah bersetuju untuk divaksinkan anak meraka, akan diberikan tarikh janji temu sebelum tarikh akhir dos pertama.

Daftar Melalui MySejahtera

Ibu bapa haruslah mendaftarkan anak mereka di dalam MySejahtera selewat-lewatnya 8 Mei 2022 untuk divaksinasi Covid-19.

Sehingga 12 April 2022, seramai 1,371,120 atau 38.6% kanak-kanak telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 dan 195,865 telah menerima dua dos vaksin dengan purata pemberian vaksin dos pertama sekitar 4,500 dos sehari sejak tujuh hari lalu.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia di pautan berikut: https://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/pickids

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!