Elaun PESP Petronas 2022 Dinaikan Serta Merta

Sukacita dimaklumakn elaun PESP Petronas 2022 dinaikan. Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Program Penajaan Penbdidikan Petronas 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Selain daripada kenaikan elaun Pelajar Program Penajaan Pendidikan Petronas, elaun buku dan peralatan pelajar juga turut dinaikan

Kenaikan dua kategori elaun untuk pelajar di bawah tajaan PETRONAS ini melibatkan 2,267 orang berkuat kuasa serta merta.

Kenaikan elaun ini juga diharap dapat meringankan beban pelajar dan ibu bapa seterusnya memudahkan proses pembelajaran pelajar.

PESP adalah program biasiswa pendidikan yang ditawarkan oleh Petronas kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setiap tahun.

Untuk tahun 2022, seramai 600 pelajar telah ditawarkan belajar di bawah Program PESP melibatkan nilai tajaan lebih RM340 juta yang juga merupakan jumlah tajaan pelajar tertinggi sepanjang pelaksanaan program tersebut.

Syarat Permohonan Biasiswa PESP PETRONAS 2022

pesp petronas 2022

Program tajaan pendidikan oleh PETRONAS ini dibuka kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi terpilih seperti berikut:

  • Universiti Teknologi PETRONAS termasuk Program Asasi 1 tahun.
  • Universiti Awam di Malaysia termasuk tempoh wajib pada
  • Program Matrikulasi / Asasi
  • Universiti Luar Negara termasuk Program Pra Universiti sehingga 24 bulan di Malaysia

Maklumat lanjut juga anda boleh baca Permohonan Biasiswa PETRONAS

Jumlah Kenaikan Elaun PESP PERTONAS

Berikut merupakan kenaikan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri:

  • Pertama, kenaikan elaun buku dan peralatan belajar daripada RM1,000 kepada RM1,500 untuk pelajar di Malaysia dan tambahan RM500 untuk pelajar di luar negara.
  • Kedua, pelajar yang baru menerima penajaan PESP, elaun induksi (Onboarding Allowance) akan dinaikkan daripada RM 4,500 kepada RM 5,000.

Kenaikan kedua-dua elaun ini mengambil kira kos sara hidup yang semakin tinggi dan bantuan ini diharap dapat meringankan beban pelajar dan ibu bapa seterusnya memudahkan proses pembelajaran pelajar

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada PETRONAS atas penganugerahan tajaan PESP ini, dan sekalung tahniah kepada semua penerima terpilih yang menerimanya.

Tajaan ini diharap dapat mendorong anda mengorak melangkah lebih jauh untuk menggapai cita-cita dan pulang dengan kejayaan serta seterusnya menabur bakti kepada industri dan negara yang tercinta. Selamat maju jaya untuk semua pelajar!

Sumber : Pejabat Perdana Menteri

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!