Permohonan TUNS 2022 Untuk Usahawan IKS Negeri Sembilan

Permohonan TUNS 2022 (Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan) Untuk Usahawan IKS ~ Sukacita dimaklumkan permohonan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan bakal dibuka bermula Februari 2022.

TUNS merupakan bantuan pembiayaan secara pinjaman mudah tanpa faedah bernilai sehingga RM 3,000 untuk kumpulan sasaran iaitu Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang menetap di Negeri Sembilan.

 TUNS juga digerakkan sebagai galakan kepada usahawan baru untuk menjana pendapatan melalui perniagaan.

Bantuan pembiayaan ini juga terbuka kepada usahawan sedia ada supaya dapat menjadi batu loncatan kepada mereka agar perniagaan berkembang lebih maju.

Secara tidak langsung, inisiatif TUNS ini diharap dapat membuka banyak lagi peluang pekerjaan di samping merangsang pertumbuhan ekonomi di kalangan masyarakat Negeri Sembilan.

Tarikh Permohonan TUNS 2022

Permohonan pembiayaan TUNS akan dibuka pada tarikh berikut :

1 Februari hingga 28 Februari 2022

Maklumat Pembiayaan Bagi Permohonan TUNS

Pemohon yang berjaya akan menerima pembiayaan dalam bentuk geran bernilai sehingga RM 3,000. Antara komponen pembiayaan yang boleh dipohon adalah seperti berikut :

  1. Pembelian Mesin dan Peralatan Perniagaan
  2. Khidmat Rundingan Pembangunan Produk
  3. Promosi dan Pemasaran
  4. Pembelian Bahan Mentah
  5. Modal Kerja

Pemohon perlulah kemukakan satu sebut harga bagi tujuan pembekalan butiran pembiayaan Khidmat Rundingan Pembangunan Produk, Pembelian Mesin dan Peralatan Perniagaan dan Promosi dan Pemasaran.

Manakala bagi tujuan Modal Kerja dan Bahan Mentah, pembiayaan dibuat secara pembiayaan balik (reimbursement).

Pembiayaan Modal Kerja adalah meliputi sewaan premis serta bil utiliti perniagaan.

Keutamaan pembekalan akan diberikan kepada pembekal atau penyedia perkhidmatan berkaitan di kalangan usahawan Negeri Sembilan atau yang berdaftar dengan PKNNS.

Permohonan TUNS 2022

Syarat-Syarat Kelayakan Bagi Permohonan TUNS

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Peniaga atau penjaja yang mencatatkan jualan tahunan kurang daripada RM 100,000
  • Menjalankan operasi perniagaan beralamat di Negeri Sembilan
  • Tidak berstatus muflis
  • Tidak pernah menerima Pembiayaan TUNS sebelum ini.

Jenis Perniagaan Yang Tidak Layak Memohon TUNS

Tidak semua perniagaan layak menerima bantuan pembiayaan ini. Perniagaan yang TIDAK LAYAK memohon adalah seperti yang tersenarai di bawah :

  • Perkhidmatan insurans/ perkhidmatan pengangkutan/sewaan kenderaan/homestay
  • Penyedia khidmat pinjaman wang atau institusi kewangan
  • Perniagaan Multi-Level Marketing
  • Ejen jualan/wakil penjual/dropship
  • Perniagaan nombor ramalan/minuman keras/rokok/rokok elektronik

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan kad pengenalan
  • Gambar Pemohon Berukuran Passport
  • Salinan Lesen Perniagaan
  1. Atas nama pemohon atau nama rakan kongsi pemohon
  2. Lesen perniagaan perlulah berada dalam tempoh sah laku
  • Salinan Perakuan Pendaftaran SSM (setiap helaian perlu disahkan)
  • Salinan Penyata Kewangan/Akaun Bank
  1. Penyata akaun perniagaan/syarikat pemohon atau akaun simpanan pemohon.
  2. Akaun mestilah milik pemohon dan mempunyai transaksi aktif yang membutikan perniagan pemohon beroperasi.
  3. Penyata yang dikeluarkan oleh bank atau penyata lengkap yang dimuat turun melalui perbankan online. (Printscreen daripada ‘transaction history’ adalah tidak diterima.
  4. Penyata yang dikeluarkan melalui kaunter bank perlu mendapat pengesahan dan cop pegawai bank.
  5. Tempoh penyata hendaklah disertakan sekurang-kurangnya enam (6) bulan.
  • Gambar Perniagaan
  1. Pemohon perlu kemukakan gambar yang membuktikan perniagaan yang dipohon beroperasi.
  2. Sertakan gambar hadapan premis.
  3. Sertakan gambar perniagaan yang sedang beroperasi.
  4. Pemohon yang beroperasi dari rumah atau secara online perlulah kemukakan screenshot Laman Web, Facebook, Instagram dan Whatsapp sebagai bukti perniagaan yang dijalankan.
  • Salinan Perjanjian Sewa
  1. Masih sah tempoh
  2. Terpakai untuk permohonan yang melibatkan modal kerja (Bil&Sewa). Pemohon perlu sertakan bersama resit asal bayaran sewa dan bil.
  3. Pemohon perlu lampirkan salinan geran tanah dan surat kebenaran pemilik tanah jika tanah bukan milik pemohon bagi pembiayaan melibatkan sektor pertanian dan penternakan.
  • Bil Utiliti / Resit Pembayaran
  1. Resit Asal (tahun semasa) perlulah dikemukakan sebagai bukti perbelanjaan untuk tujuan modal kerja dan bahan mentah.
  2. Resit hendaklah berkaitan dengan permohonan.
  • Sebut Harga
  1. Sebutharga asal yang dikeluarkan oleh pembekal yang layak membekal beserta cop perniagaan pembekal dan mestilah atas nama/nama perniagaan pemohon.
  2. Setiap barang yang dipohon mestilah dinyatakan dengan jelas seperti jenama,model,spesifikasi, kuantiti dan harga (untuk tujuan semakan).
  3. Nama Pembekal serta maklumat pembekal mestilah lengkap. Keutamaan adalah pembekal dari Negeri Sembilan. Sekiranya pembekal adalah dari luar Negeri Sembilan, pemohon perlu isi ruang perakuan/justifikasi pemilihan pembekal tersebut.
  4. Barang/peralatan yang dipohon hendaklah berkaitan dengan perniagaan dan menjadi aset kepada perniagaan dan bukan stok jualan (sertakan surat justifikasi permohonan peralatan jika perlu).
  5. Stok jualan adalah dikategorikan sebagai bahan mentah.
  6. Renovasi tidak termasuk dalam pembiayaan kecuali bagi permohonan melibatkan pertanian dan penternakan.

Semua dokumen yang dikemukakan perlulah disahkan oleh pegawai yang layak.

(Pegawai Kerajaan Kumpulan A / Pengetua / Guru Besar / Guru Penolong Kanan / Wakil Rakyat / Penggawa/Penghulu/ Ketua Kampung / Pengerusi JPKKP / Ketua Kaum / Ketua Anak Negeri )

Cara Mohon TUNS

Usahawan yang layak boleh lakukan permohonan secara atas talian.

Isikan borang permohonan yang disediakan seperti di pautan berikut :

Borang Permohonan TUNS

Panduan Permohonan TUNS 2022

Pemohon yang layak boleh ikuti panduan seperti berikut

Manual Permohonan

Pemohon yang mendapat kelulusan pinjaman perlulah membuat pembelian seperti yang telah diluluskan dan menyerahkan resit asal bukti pembelian kepada urus setia dalam tempoh sebulan.

Penyaluran pembiayaan adalah melalui akaun milik pemohon yang layak.

Kegagalan pemohon untuk kemukakan bukti pembelian dalam masa yang ditetapkan akan menyebabkan pemohon disenarai hitam dari sebarang bantuan dari Kerajaan Negeri.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUNS) seperti butiran di bawah :

Alamat : PKKNS, 23-H, Jalan Zaaba, 70100 Seremban, Negeri Sembilan.

Telefon : 06-7616871

Emel : [email protected]

Laman Web : Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!