Permohonan Program Anak Genius Negara (PAGN) Kemasukan Sesi 2023

Permohan kemasukan Program Anak Genius Negara kemasukan 2023 di Pusat Anak Genius Negara (PAGN) seluruh negara telah di buka.

Bagi ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak –anak ke program ini, boleh membuat permohonan bermula 1 Jun hingga 30 september 2022.

 

Apa Itu Program Anak Genius Negara

program anak genius negara 2023

Program ini mula di perkenalkan pada 5 April 2019. Dikenali sebagai PERMATA . Kemudian ditukar kepada GENIUS selaras dengan pembaharuan struktur tadbir urus Program tersebut.

Program ini dikendalikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bahagian GENIUS dan Program Genius Negara adalah salah satu daripadanya.

Program GENIUS Negara menyediakan asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak berkualiti kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun terutamanya dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.

 

Anak-anak ini akan di didik dengan menggunakan pendekatan kaedah holistik dan menyeluruh

Baca juga :Bantuan ANIS 2022 : Bantuan Anak Istimewa Selangor 

 Keistimewaan Program Anak Genius Negara

  • Merupakan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang holistik dan menyeluruh
  • Menggunakan kurikulum yang mengintegrasikan secara bersepadu asas asuhan yang lengkap dan pendidikan awal yang holistic
  • Menggunakan pedagogi belajar melalui bermain
  • Menekankan konsep 3e iaitu meneroka,mengeksperimen dan mengalami (exploring,experimenting dan experiencing)

 

Tarikh Permohonan

1 Jun 2022 – 30 September 2022

Syarat Kelayakan Program Anak Genius Negara

  • Warganegara Malaysia (anak)
  • Berumur 4 tahun ke bawah
  • Keutamaan kepada ibu bapa yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah rm4000

 

 

Cara Permohonan

  • Muat turun borang permohonan disini
  • Cetak da lengkapkan borang permohonan
  • Sertakan Salinan dokumen seperti di bawah
  • Hantar borang permohonan ke lokasi pusat anak genius negara yang ingin di pohon. Boleh semak di sini

 

Dokumen Wajid Disertakan

 

  • Salinan surat beranak
  • Salinan mykid anak
  • Salinan buku kesihatan anak (muka surat hadapan dan rekod vaksin)
  • Salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga yang disahkan
  • Salinan pendapatan ibu bapa yang disahkan
  • Surat pengesahan tidak bekerja ibu bapa/penjaga (sekiranya bekerja sendiri)

 

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Program Anak Genius Negara, anda boleh hubungi talian 03-88805151 (HQ) atau layari Facebook Program Genius Negara https://www.facebook.com/programgeniuskpm 

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!