Permohonan PPBU Bank Rakyat 2022 : Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Fasa 2

Tajaan PPBU Bank Rakyat 2022 atau Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Fasa 2 kini dibuka mulai 1 julai sehingga 12 Ogos 2022.

Yayasan Bank Rakyat membuka tawaran ini kepada semua warganegara Malaysia dan terbuka untuk semua peringkat pengajian.

Apa Itu PPBU Bank Rakyat

ppbu-bank-rakyat-2022

PPBU ditawarkan ke peringkat pengajian tinggi daripada Sijil Kemahiran, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (PH.D) kepada warganegara Malaysia yang layak. Matlamatnya adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan pelajar yang cerdas tetapi memerlukan menerima pendidikan sarjana muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam ATAU Swasta dan Institut Latihan di negara ini secara sepenuh masa.

PPBU ditawarkan kepada pemohon yang telah mendapat kemasukan dan berada di tahun pertama pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan. (NVTC). PPBU menyediakan bantuan pendidikan untuk pengajian sarjana muda dalam spektrum luas mata pelajaran akademik dan praktikal yang pada pendapat ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR paling berorientasikan kepada keperluan pembangunan sosial dan ekonomi negara dan masyarakat.

Kelebihan Tajaan PPBU Bank Rakyat

Bagi pelajar cemerlang ,peminjam tidak perlu buat sebarang bayaran balik pinjaman jika tamat pengajian dengan CGPA 3.50 ke atas!

Bagi yang tamat pengajian dengan CGPA 3.00 – 3.49 anda hanya perlu bayar 30% sahaja dari jumlah pembiayaan.

Rujuk jadual pembayaran balik PPBU Bank Rakyat di bawah:

CGPADISKAUNPEMBAYARAN BALIK
3.50-4.00100%0%
3.33-3.4990%10%
3.00-3.3280%20%
2.75-2.9950%50%
2.50-2.7430%70%
<2.500%100%

Jumlah Pembiayaan PPBU Bank Rakyat

  • Sijil Kemahiran ~ Jumlah Pembiayaan : Maksimum RM30,000 untuk 2 tahun (RM400/Bulanan+Yuran)
  • Dilpma Kemahiran Jumlah Pembiayaan : Sehingga RM30,000 untuk 3 tahun [RM400/Bulanan+Yuran].
  • Diploma Jumlah Pembiayaan : Maksimum RM7, 500 setahun (UiTM & Politeknik hanya RM5, 000) [Yuran+Elaun].
  • Ijazah Jumlah Pembiayaan : Maksimum RM9, 500 setahun (UiTM & Politeknik hanya RM6, 500) [Yuran+Elaun].
  • Profesional Jumlah Pembiayaan : Sehingga RM28,500 untuk 2 tahun [Yuran+Elaun].
  • Master Jumlah Pembiayaan : Maksimum RM 12, 000 setahun [Yuran + Elaun].
  • Doktor PHD ~Jumlah Pembiayaan : Sehingga RM55,800 3 tahun [RM800/Bulanan+Yuran].

Bidang Pengajian

Terbuka kepada semua bidang pengajian. kecuali kursus Perubatan dan Penerbangan (Lesen).

* Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian berikut:

  1. Perakaunan
  2. Perbankan
  3. Pengurusan perniagaan
  4. Sumber Manusia
  5. Ekonomi
  6. Komunikasi Media
  7. Undang-undang
  8. Sains Aktuari

* Kedoktoran PHD, Ijazah Sarjana, Pengajian Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian.

* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC) dan Sijil Kemahiran lain diiktiraf oleh Agensi Kerajaan Malaysia yang berkaitan.

Syarat Dan Kelayakan

  • Terbuka kepada rakyat Malaysia yang miskin dan kurang bernasib baik tanpa mengira kaum, agama & etnik.
  • Layak mengikuti PENGAJIAN SEPENUH MASA di Institusi Pengajian Tinggi Awam ATAU Swasta tempatan dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • Hanya bidang pengajian yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) / Majlis Latihan Vokasional Malaysia (NVTC) / Agensi Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan dan diiktiraf oleh Lembaga Pemegang Amanah YBR.

Cara Mohon

Permohonan adalah secara atas talian sahaja. Untuk memohon, layari website https://application.yayasanbankrakyat.com.my/

**Pelajar dikehendaki membuka Akaun Simpanan Bank Rakyat sebelum memohon Tajaan PPBU dengan jumlah minimum RM 100.00

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang PPBU Bank Rakyat 2022, anda boleh layari pautan berikut: www.yayasanbankrakyat.com.my

Baca juga :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!