Permohonan Peranti Siswa Fasa 2 2022 Keluarga Malaysia

Permohonan peranti siswa fasa 2 2022 keluarga Malaysia dibuka mulai 1 Ogos sehingga September 2022 ini.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa dalam sebuah sidang media khas.

Kerajaan juga bersetuju untuk memperluas kelayakan bagi pemohon yang memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan, berbanding hanya untuk pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sebelum ini

Apakah Itu inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia

peranti siswa fasa 2 2022

Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.

Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia di bawah Belanjawan 2022 diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Inisiatif ini membuktikan keprihatinan Kerajaan yang cakna dengan keperluan pembelajaran terutamanya bagi golongan B40 bagi membentuk komuniti digital Keluarga Malaysia serta merapatkan jurang digital antara semua kelompok Keluarga Malaysia.

Tarikh Permohonan Peranti Siswa Fasa 2

Permohonan PerantiSiswa Fasa 2 mula dibuka semula pada 1 Ogos 2022 sehingga 30 September 2022

Terma & Syarat

  1. Pemberian satu (1) unit peranti untuk pemohon yang memenuhi syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti berikut:
    • Warganegara Malaysia;
    • Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;
    • Sedang mengikuti pengajian di peringkat Matrikulasi, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda di bawah Kementerian Pengajian Tinggi atau Kementerian Pendidikan Malaysia;
    • Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;
    • Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; dan
    • Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.
  2. Inisiatif ini hanya melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data Internet.
  3. Peranti yang diberikan ini berdasarkan Kaedah Guna Pakai (KGP). Mahasiswa perlu menyerahkan semula peranti mengikut kaedah yang ditentukan setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditetapkan oleh Pentadbir Program.
  4. Peranti wajib dipulangkan sekiranya mahasiswa tersebut:
    • menamatkan pengajian;
    • berhenti pengajian;
    • dibuang pengajian;
    • menyalahgunakan peranti sehingga mendatangkan kemudaratan dan menyalahi undang-undang negara; atau
    • melanggari syarat yang ditentukan oleh Pentadbir Program dari semasa ke semasa.
  5. Penerima peranti perlu melaporkan sebarang kerosakan, kehilangan atau kecurian tablet tersebut melalui kaedah pelaporan yang akan ditentukan kelak untuk tindakan lanjut oleh Pentadbir Program.
  6. Pentadbir Program atau pihak yang diberi kuasa oleh Pentadbir Program berhak untuk mengarahkan penerima peranti untuk menyerahkan semula tablet tersebut untuk diperiksa pada bila-bila masa.
  7. Penerima peranti adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan peranti yang diterima.
  8. Penerima peranti juga perlu memastikan peranti yang diterima tidak diconteng, ditulis atau mengalami sebarang jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kecacatan kepada peranti tersebut.
  9. Penerima peranti perlulah mematuhi peraturan/polisi keselamatan siber IPT atau agensi-agensi kerajaan yang berkuatkuasa.
  10. Peranti hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk pembelajaran kendiri dan tidak digunakan untuk mengakses laman sesawang yang menyalahi undang-undang negara.
  11. Penerima peranti yang melanggar apa-apa syarat atau menyebabkan sesuatu kehilangan atau kerosakan ke atas peranti disebabkan kecuaian boleh dikenakan penalti yang akan ditetapkan oleh Pentadbir Program.

 12. Penerima peranti adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa

Cara Permohonan Peranti Siswa Fasa 2

Permohonan hanya boleh dibuat melalui portal rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) di pautan https://perantisiswa.kkmm.gov.my/

Jenis Peranti Yang Dibekalkan

Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan spesifikasi minimum seperti berikut:

  • Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
  • Android OS 10 dan ke atas
  • 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
  • Minimum RAM 4GB
  • Minimum storan 64GB
  • Slot SD Micro sehingga 256GB
  • Kamera hadapan minimum 2MP
  • Kamera belakang minimum 5MP
  • Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
  • Bluetooth 4.1 dan ke atas
  • WiFi 2.4GHz & 5Ghz
  • Bateri minimum 4500 mAh
  • Pengecas USB disertakan
  • Papan kekunci bluetooth disertakan
  • Pen stylus disertakan.

Semakan Status Permohonan

Pemohon akan dimaklumkan untuk membuat semakan keputusan melalui Sistem Permohonan PerantiSiswa.

Tarikh Pemberian Peranti Siswa Fasa 2

Penyampaian peranti dijangka dapat dilakukan pada Oktober, sebaik saja permohonan ditutup pada 30 September

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan, sila emelkan ke [email protected] atau melalui talian berikut:

▪ 03-8911 5351
▪ 03-8911 5258
▪ 03-8911 5265
▪ 03-8911 5188

Waktu operasi:
8.00 pagi hingga 6.00 petang

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!