FUH » Bajet 2022 » Permohonan MySTEP 2022 Jawatan Kontrak Sektor Awam & GLC

Permohonan MySTEP 2022 Jawatan Kontrak Sektor Awam & GLC

permohonan mystep 2022

Berita baik Permohonan MySTEP 2022, menerusi Bajet 2022, inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia (JaminKerja), MySTEP kini menawarkan sebanyak 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak yang merangkumi 50,000 peluang pekerjaan dalam Sektor Awam dan 30,000 peluang pekerjaan dalam GLC serta rakan strategik dengan nilai keseluruhan RM1.8 billion. Di samping itu, dalam usaha untuk memastikan golongan OKU tidak dipinggirkan, Kerajaan turut mengumumkan kuota khas OKU sebanyak 1 peratus bagi pengambilan MySTEP 2022.

Melalui kerjasama erat daripada setiap Kementerian, Agensi Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Kerajaan percaya bahawa sasaran sebanyak 80,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia akan berjaya dicapai.

Permohonan MySTEP 2022

Bagi tahun 2022,Inisiatif dengan nilai RM1.8 bilion ini menawarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak (50,000 peluang pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 peluang pekerjaan dalam GLC serta rakan-rakan strategik).

  • Di samping itu, dalam memastikan golongan OKU tidak dipinggirkan, Kerajaan turut mengumumkan kuota khas sebanyak satu (1) peratus kepada golongan OKU di dalam Sektor Awam / GLC / rakan strategik

Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:

  • Penempatan di Sektor Awam
  • Penempatan di GLC dan rakan strategik

Penempatan perolehan perkhidmatan Personel MySTEP adalah berdasarkan output tanpa tertakluk kepada waktu/ tempat/ jadual bertugas yang terpakai kepada pegawai awam.

  • Personel MySTEP yang ditempatkan di sektor awam tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Awam 2012, Perintah-Perintah Am atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa ke atas pegawai awam
  • Bagi GLC, penempatan adalah berdasarkan kepada struktur program penempatan GLC masing-masing.

Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP

  • Minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; dan
  • Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 30 Jun 2023

Baca juga : Permohonan BKP Negeri Sembilan : Bantuan Hilang Pekerjaan RM300

Kadar Gaji

Kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja. Bayaran upah perlu mengandungi elemen caruman kepada PERKESO dan KWSP.

permohonan mystep 2022

Kemudahan Yang Diberi

permohonan mystep 2022

Kelayakan Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • 18 tahun keatas
  • Lepasan Sekolah/ Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas
  • Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian masing-masing

Cara Permohonan MySTEP 2022

  1. Tempoh permohonan: 1 Januari 2022 – 31 Disember 2022
  2. Dokumen yang diperlukan:
    • CV atau Resume
    • Sijil Digital Vaksinasi COVID-19
  3. Permohonan MySTEP adalah melalui Portal Rasmi MySTEP

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan masalah berkaitan Permohonan MySTEP 2022, anda boleh layari https://mystep.mof.gov.my/

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top