Permohonan Kolej Profesional MARA (KPM) Secara Online
Permohonan Kolej Profesional MARA (KPM) secara online sesi 3 2022/2023 pengambilan November dibuka bermula 05 – 30 September 2022
Lepasan SPM dipelawa untuk membuat permohonan kemasukan ke program-program diploma yang ditawarkan di Kolej Profesional MARA di seluruh Malaysia. Tawarkan pengajian ini adalah program pengajian peringkat Diploma dan Semi-Profesional. KPM menawarkan 14 program diploma, iaitu bidang perniagaan, logistik, dan grafik/teknologi.
Tarikh Permohonan Kolej Profesional MARA (KPM)
Untuk Sesi 3 2022/2023 Pengambilan November tarikh permohonan adalah daripada 05 – 30 September 2022
Program Kursus Kolej Profesional MARA Yang Ditawarkan
Antara kursus bidang yang ditawarkan di KPM ialah seperti ;
- Diploma in Accounting (DIA)
- Diploma in Business Studies (DBS)
- Diploma in Landscape and Horticulture (DLH)
- Diploma in Entrepreneurship (DEN)
- Diploma in Islamic Banking and Finance (DBF)
- Diploma in Computer Networking (DCN)
- Diploma in Creative Digital Media Production (DCD)
- Diploma in International Business (DIB)
- Diploma in Integrated Logistics Management (DLM)
- Diploma in Marketing (DMK)
- Diploma in Business and Information Technology (DBIT)
- Diploma In Computer Science (DCS)
- Diploma In English Communication (DEC)
- Diploma In Halal Industry (DHI)
Kemudahan dan Kelebihan Kolej Professional MARA
Antara kemudahan dan kelebihan yang diberikan oleh KPM kepada pelajar ;
- Kemudahan Penginapan Asrama
- penginapan disediakan bagi pelajar semester 1, manakala penginapan pelajar kanan bergantung kepada kekosongan asrama
- Pemberian Elaun Sara Hidup (ESH)
- Elaun Sara Hidup (ESH) sebanyak RM300 diberikan secara bulanan sepanjang pengajian
- Tiket Penerbangan Bagi Pelajar Sabah,Sarawak,Labuan
- Bayaran semula tiket penerbangan kelas ekonomi pergi dan balik kepada pelajar Sabah,Sarawak dan Labuan
- Graduan Bebas Hutang
- Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian, dikecualaikan daripada membuat bayaran ESH yang telah diterima sepanjang pengajian
Senarai Lokasi KPM
Setakat ini terdapat 6 insitut yang terdapat di Malaysia, yang anda boleh mohon iaitu :
- Kolej Profesional MARA Beranang
- Kolej Profesional MARA Ayer Molek
- Kolej Profesional MARA Indera Mahkota
- Kolej Profesional MARA Seri Iskandar
- Kolej Profesional MARA Bandar Penawar
- Kolej Profesional MARA Bandar Melaka
Syarat Kemasukan Kolej Profesional MARA
Antara syarat kelayakan permohonan mendaftar ke Kolej Profasional MARA ialah:
- Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera.
- Berumur 18 sehingga 35 tahun.
- Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
Cara Mohon
Permohonan boleh dibuat secara online dengan melayari website https://hi-edu.my/
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai permohonan kemasukan ke Kolej Profesional MARA,anda boleh layari laman web https://hi-edu.my/
Soalan Lazim F.A.Q
Apa perbezaan Kolej MARA dan Kolej Profesional MARA (KPM)?
KOLEJ MARA
- Kolej MARA adalah institusi untuk belajar di PERINGKAT PERSEDIAAN ATAU PRA-UNIVERSITI. Ada 4 cawangan KM di Malaysia dan ada 5 jenis program yang ditawarkan iaitu Asasi, Matrikulasi, Pra-U USM, International Baccalaureate (IB), dan A-Level
KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)
- KPM pula adalah institusi yang tawarkan pengajian peringkat Diploma Dan Semi-Profesional.
Kolej Profesional MARA Swasta Atau Kerajaan?
Kolej Profesional MARA (KPM) ialah sebuah kolej awam yang diuruskan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).