Permohonan KKTM,MJII & IKM MARA Sesi Januari 2023

Permohonan KKTM,MJII & IKM MARA Sesi Januari 2023 boleh dibuat mulai 03 Oktober 2022 sehingga 30 Oktober 2022.

Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII) dan Institusi Kemahiran MARA (IKM) merupakan sebuah institusi TVET di bawah MARA. Entiti institusi TVET MARA ini terletak di bawah pemantauan dan seliaan Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA.


     Sebagai sebuah institusi pendidikan TVET yang berpengalaman melebihi 5 dekad, KKTM, MJII dan IKM telah memberi sumbangan yang besar kepada negara di dalam melahirkan modal insan berkompetensi berasaskan industri dan teknousahawan yang berjaya sejajar dengan keperluan industri negara. Ini sekaligus menjadikan institusi TVET ini sebagai identiti global yang amat disegani dan dikagumi.


     Sejak tertubuhnya institusi pertama di Melaka pada tahun 1968, IKM telah berkembang dan kini mempunyai 14 buah kampus di seluruh negara, manakala program yang berfokus kepada teknologi tinggi yang dipacu oleh Kolej Kemahiran Tinggi MARA yang kini berjumlah 10 buah kampus dan sebuah kampus iaitu MARA Japan Industrial Institute (MJII).

Kelebihan TVET MARA

Bagi pelajar yang layak menyambung pengajian menerusi TVET MARA, terdapat beberapa kelebihan yang diterima oleh pelajar iaitu:

  • Elaun sara hidup.
  • Asrama atau penginapan disediakan.
  • Peluang melanjutkan pengajian dalam dan luar negara.
  • Yuran pengajian ditanggung oleh MARA.
  • Pengiktirafan MQA, JPK, industri dan badan profesional.

Kemudahan dan Fasiliti

Bagi memberi keselesaan yang kondusif kepada para pelajar, terdapat  pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh pihak KKTM, MJII dan IKM kepada pelajar. Antara kemudahan yang disediakan oleh KKTM, MJII dan IKM merangkumi bilik kuliah, makmal pengajaran dan penyelidikan, dewan peperiksaan, perpustakaan, cafeteria dan lain-lain.

Senarai institusi TVET MARA di seluruh negara adalah seperti berikut iaitu:

i) Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)

  • KKTM Balik Pulau
  • KKTM Petaling Jaya
  • KKTM Rembau
  • KKTM Lenggong
  • KKTM Pasir Mas
  • KKTM Kemaman
  • KKTM Kuantan
  • KKTM Ledang
  • KKTM Sri Gading
  • KKTM Masjid Tanah

ii) Institut Kemahiran MARA (IKM)

  • IKM Alor Star
  • IKM Beseri
  • IKM Sik
  • IKM Sungai Petani
  • IKM Seberang Perai Utara
  • IKM Lumut
  • IKM Kuala Lumpur
  • IKM Besut
  • IKM Tan Sri Yahya Ahmad, Peramu Jaya
  • IKM Johor Bahru
  • IKM Jasin
  • IKM Bintulu
  • IKM Kuching
  • IKM Kota Kinabalu

ii) Japan Industrial Institute (MJII)

  • MJII Beranang

Syarat Kemasukan KKTM,MJII & IKM MARA

Syarat Umum

Pemohon perlu memenuhi syarat umum yang ditetapkan seperti berikut iaitu:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah merupakan taraf Bumiputera atau Bumiputera Sabah dan Sarawak.
  3. Pemohon berumur 17 tahun ke atas.
  4. Pemohon sihat tubuh badan.
  5. Pemohon lulus SPM atau setara.

Syarat Akademik

Syarat akademik yang ditetapkan adalah bergantung kepada peringkat pengajian iaitu:

i) Peringkat Sijil

  • Lulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya:
    – 1 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.
    – Lulus matematik.

ii) Peringkat Diploma

  • Lulus SPM atau setara dengan 3 kepujian dalam mata pelajaran berikut:
    – Matematik.
    – Mana-mana 1 mata pelajaran mengikut kumpulan Sains/Vokasional & Teknologi/Vokasional (MPV)/Aliran Vokasional (MPAV).
    – Mana-mana 1 mata pelajaran lain.
    – Lulus Bahasa Inggeris.

Cara Permohonan KKTM,MJII & IKM MARA

Permohonan boleh dibuat secara online. Untuk memohon sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pergi ke laman web https://apponline.mara.gov.my/spupim/.
  2. Klik “Pengguna Baru.”
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik “Hantar.”
  4. Login dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Klik “Permohonan.”
  6. Lengkapkan semua maklumat yang diberikan.
  7. Tandakan pada kotak pengakuan dan klik “Hantar.”

Maklmumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai Permohonan KKTM,MJII & IKM MARA Sesi Januari 2023, sila hubungi pihak MARA yang berikut untuk membuat pertanyaan iaitu:

  • Unit Pengambilan Pelajar: 03-2613 4589/34589/34605
  • Unit Promosi: 03-26134581/34609
  • Whatsapp: 013-9498063
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!