Permohonan Kemasukan Program TVETMARA 2022 : KKTM, MJII & IKM
Permohonan Kemasukan Program TVETMARA 2022 : KKTM, MJII & IKM ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi kemasukan ke Program TVETMARA 2022 melalui Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Mara-Japan Industrial Institute (MJII) bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf dan SIJIL/STPM kini dibuka.
Untuk makluman, tawaran ini dibuka bagi pengambilan sesi Julai 2022.
Tarikh Permohonan
Permohonan boleh dilakukan secara atas talian adalah dari 18 Februari sehingga 30 April 2022.
Baca Juga : Kolej Profesional MARA (KPM) | Permohonan Kemasukan Program Diploma 22/23
Institusi TVETMARA
Berikut adalah senarai institusi MARA yang menawarkan pengajian TVET yang ditawarkan bagi lepasan SPM :
- Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
- Institut Kemahiran MARA (IKM)
- MARA- Japan Industrial Institute (MJII)
Senarai Program TVETMARA
Pemohon boleh semak senarai program yang ditawarkan adalah seperti pautan berikut.
Senarai Lokasi & Program TVETMARA 2022 Seluruh Negeri
Kemudahan Yang Ditawarkan
Bagi menawarkan keselesaan kepada para pelajar, terdapat pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh pihak KKTM, MJII dan IKM kepada pelajar.
Antara kemudahan yang disediakan oleh KKTM, MJII dan IKM adalah seperti berikut :
- Bilik kuliah
- Makmal pengajaran dan penyelidikan
- Dewan penyelidikan perpustakaan
- Cafeteria dan lain-lain
Syarat-Syarat Kelayakan
Pemohon perlulah tepati syarat-syarat kelayakan yang telah digariskan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Sihat tubuh badan untuk ikuti program
- Memenuhi syarat kelayakan program
Cara-Cara Memohon Program TVETMARA 2022
Calon yang berminat boleh memohon mengikuti pengajian di pusat TVETMARA boleh buat permohonan secara online di pautan berikut :
Log masuk melalui pautan ini untuk mulakan pendaftaran : https://apponline.mara.gov.my/spupim/
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai program ini, sila hubungi Unit Pengurusan Pelajar seperti butiran berikut :
Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA
Tingkat 21, Bangunan Ibu Pejabat MARA,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Nombor Telefon : 03 – 261 34611 / 34614 / 34605
Talian Whatsapp : 013 – 9498063
Calon juga boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan melalui pautan berikut :
Prospektus Program TVETMARA (Kelayakan, Sinopsis Program, Peluang Kerjaya, Kandungan Silibus)