Permohonan Biasiswa PETRONAS (PESP) 2022 Lepasan SPM 2021

Berita baik untuk semua calon lepasan SPM tahun 2021, permohonan Program Tajaan Biasiswa Pendidikan PETRONAS atau PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) akan dibuka mulai 16 Jun 2022 akan dibuka mulai 16 Jun 2022.

Tajaan ini dibuka untuk pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi seperti berikut:

  • Universiti Teknologi PETRONAS termasuk Program Asasi 1 tahun.
  • Universiti Awam di Malaysia termasuk tempoh wajib pada
  • Program Matrikulasi / Asasi
  • Universiti Luar Negara termasuk Program Pra Universiti sehingga 24 bulan di Malaysia.

Syarat am dan syarat khusus permohonan secara terperinci boleh disemak seperti di bawah

 

Apa Itu Biasiswa PETRONAS PESP

biasiswa petronas lepasan spm 2021

Sejak 1975, PETRONAS telah memupuk lebih 37000 bakat muda dari pelbagai latar belakang untuk mengejar cita-cita mereka dan membantu membentuk masa depan syarikat, industri tenaga dan negara.

PETRONAS Education Sponsorship Programme  (PESP) menyediakan sejumlah besar program pembangunan yang disesuaikan dengan pelajar tajaan kami dalam memupuk pemimpin yang berprestasi tinggi dan progresif

Bidang Tajaan

Bidang yang termasuk dalam Program Tajaan Biasiswa PETRONAS adalah seperti berikut:

  • Kejuruteraan Kimia
  • Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Petroleum
  • GeoSains
  • Kimia Gunaan
  • Biokimia
  • Sains Persekitaran
  • Sains Aktuari
  • Sains Komputer
  • Statistik
  • Matematik
  • Akauntan
  • Ekonomi
  • Undang-undang
  • Psikologi
  • Sosiologi
  • Pengurusan Perniagaan

Baca  juga : Tawaran Biasiswa Pendidikan MAHSA University 2022 (Diploma)

Syarat Permohonan

Tajaan ini dibuka untuk pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi seperti berikut:

  • Universiti Teknologi PETRONAS termasuk Program Asasi 1 tahun.
  • Universiti Awam di Malaysia termasuk tempoh wajib pada
  • Program Matrikulasi / Asasi
  • Universiti Luar Negara termasuk Program Pra Universiti sehingga 24 bulan di Malaysia.

 

Tarikh Permohonan

Permohonan Program Tajaan Biasiswa Pendidikan PETRONAS atau PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) akan dibuka mulai 16 Jun 2022 (10pagi) hingga 22 Jun 2022 (5 petang).

 

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat pautan berikut https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS/Applicant/Applicant/Login

Semakan Status

Semakan status kelayakan  permohoanan biasiswa boleh di semaka melalui pautan https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai permohonan Biasiswa PETRONAS (PESP) 2022 Lepasan SPM 2021 boleh hantarkan emel ke [email protected] atau hubungi nombor berikut di talian 03 – 2331 2277/2299/3311.

 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!