Permohonan Bantuan Insentif Makanan Ternak Ruminan 2022

Permohonan Bantuan Insentif Makanan Ternak Ruminan 2022 ~ Sukacita dimaklumkan, sekiranya anda merupakan penternak kecil rumina, anda dialu-alukan untuk memohon Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan melalui Skim Harga Bersubsidi Dedak Isirong Sawit (PKC) di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

 Bantuan Insentif Makanan Ternak Ruminan 2022

Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan ini diwujudkan adalah untuk membolehkan penternak kecil ruminan mendapatkan bekalan makanan ternakan dengan harga lebih murah selaras dengan konsep ekonomi kitaran.

Sehubungan dengan itu, usaha ini mampu membantu untuk menurunkan harga ruminan di pasaran yang dapat membantu pengguna mendapatkan bekalan ruminan dengan harga yang murah.

Permohonan ini dibuka kepada para penternak yang berminat dan anda boleh membuat permohonan sehingga sebelum atau pada 31 Mei 2022.

Permohonan Bantuan Insentif Makanan Ternak Ruminan 2022

Syarat Kelayakan

Berikut ialah syarat-syarat kelayakan pemohon:

  • Premis ternakan mestilah berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (pendaftaran hendaklah pada atau sebelum 31 Disember 2021)
  • Makanan ternakan mestilah menggunakan PKC dan disertakan dengan invois pembelian.
  • Pemohon merupakan penternak berskala kecil dengan kategori ternakan seperti di bawah:
    • Lembu/kerbau ≤ 50 ekor
    • Kambing/Bebiri ≤ 100 ekor
  • Pemohon mestilah menghantar borang yang telah lengkap diisi mestilah dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri/Pejabat perkhidmatan Veterinar Daerah yang berhampiran pada atau sebelum 31 Mei 2022.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  • Sila muat turun borang permohonan di pautan berikut: https://bit.ly/3xgkFXI.
  • Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  • Pastikan semua maklumat diisi.
  • Sediakan dokumen yang diperlukan.
  • Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri/Pejabat perkhidmatan Veterinar Daerah yang berhampiran.

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon perlu menyediakan dokumen yang berikut untuk dihantar bersama borang permohonan:

  • Salinan Pembelian PKC.
  • Salinan nombor akaun Agrobank pemohon.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari laman web di pautan berikut: https://www.dvs.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!