Permohonan Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH)

Sukacita di maklumkan permohonan Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH) 2022 kini dibuka.

Bantuan ini merupakan inisiafit kerajaan Negeri Sabah untuk membantu pihak sekolah dalam pembekalan keperluan alat-alat kelengkapan sekolah.

Di bawah inisiatif BISBAH, RM12 juta diperuntukkan untuk membantu  1,500 sekolah di seluruh negeri memperoleh komputer, mesin pencetak, peralatan  bantuan mengajar, meja dan kerusi.

Bantuan ini juga dipertimbangkan kepada sekolah-sekolah lain yang berdaftar seperti Mahaad Tahfiz, Madrasah, dan yang seumpama dengannya.

Kerajaan Negeri juga akan memberi pengiktirafan khas kepada pelajar cemerlang  Sabah yang cemerlang dalam akademik. 

“Pengiktirafan khas Kerajaan Negeri akan dikenali sebagai Anugerah Kecemerlangan  Pendidikan Sabah (AKSA).

Apa Itu Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH)

bantuan ihsan sekolah sabah

Mulai tahun 2022, kerajaan negeri juga akan memberi bantuan bagi pembekalan keperluan alat-alat kelengkapan sekolah dengan kos maksimum RM15,000.00 bagi setiap sekolah secara berperingkat. Ini bertujuan untuk memberi keselesaan dan kelengkapan bagi menambah kecemerlangan sekolah di Sabah. Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM8 juta yang akan memberi faedah kepada lebih  500 buah sekolah.

Kadar Bantuan BISBAH

Kos maksimum untuk bantuan ini adalah sebanyak RM15,000.00 bagi setiap sekolah secara berperingkat. Bantuan akan diberikan dalam bentuk peralatan kelengkapan keperluan sekolah

Jenis Bantuan Ihsan Sekolah Sabah

Bantuan kepada semua sekolah berupa pembekalan kelengkapan keperluan sekolah seperti:

  • i.   Komputer Meja
  • ii.  Komputer Riba
  • iii. Printer
  • iv. Projector LCD

Syarat /Kriteria Bantuan

Syarat-syarat dan kriteria kelayakan untuk memohon bantuan BISBAH Sabah ini adalah seperti berikut ;

  • Bantuan kepada semua sekolah kerajaan yang berupa pembekalan kelengkapan keperluan sekolah untuk membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar
  • Bantuan juga dipertimbangkan kepada sekolah-sekolah lain yang berdaftara seperti mahaad tahfiz, madrasah, dan yang seumpama dengannya

Cara Permohonan

Setiausaha tugas-tugas khas
pejabat menteri tugas-tugas khas (PMTTK)
Aras 29, Blok A, Menara Kinabalu
88450 Sabah
Tel : 088-369 872

Maklumat Lanjut

Sekiranaya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH),anda boleh layari website https://mttk.sabah.gov.my/ atau hubungi nombor 088-369 872 atau emailkan pertanyaan anda ke [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!