Permohonan bagi Biasiswa Kerajaan Republik Turkiye Tahun 2022

Tawaran Biasiswa Kerajaan Republik Turkiye Tahun 2022 ~ Sukacita dimaklumkan tawaran bagi biasiswa untuk Pengajian Agama dari kerajaan Republik Turkiye kini dibuka. Calon-calon dari Malaysia dialu-alukan untuk memohon biasiswa yang ditawarkan.

Tawaran biasiswa ini diumumkan sempena kunjungan hormat Duta Besar Republik Turkiye TYT Merve Kavakci ke Jabatan Perdana Menteri bahagian Hal Ehwal Agama pada 14 Februari 2022.

Artikel ini akan berkongsikan maklumat mengenai tawaran Biasiswa Kerajaan Republik Turkiye Tahun 2022 untuk panduan calon penerima biasiswa dari Malaysia.

Baca Juga : Biasiswa Kursi Tok Nan 2022 | Permohonan & Syarat Kelayakan

Tarikh Tutup Permohonan

Untuk makluman, permohonan bagi biasiswa ini dibuka sehingga 15 Mac 2022. Calon-calon yang berkelayakan dipelawa untuk membuat permohonan sebelum tarikh tutup yang dinyatakan.

Program Biasiswa Yang Ditawarkan oleh Kerajaan Republik Turkiye

Kedutaan Besar Republik Turkiye telah mengumumkan tawaran biasiswa di bawah kelolaan bersama Presidensi Hal Ehwal Ugama Turkiye dan Yayasan Turkiye Diyanet seperti berikut :

  • Anatolian Imam Hatip High School
  • Theology Undergraduate
  • Theology Graduate (Master and PhD)
Biasiswa Kerajaan Republik Turkiye

Cara Memohon Biasiswa Kerajaan Republik Turkiye Tahun 2022

Calon-calon yang berkelayakan di kalangan warganegara Malaysia boleh memohon melalui langkah berikut :

  • Untuk memohon biasiswa, anda perlulah daftar sebagai pengguna Diyanet Burslari Yonetim Sistemi (DBYS) terlebih dahulu.
  • Pastikan maklumat yang diisi lengkap dan benar. Maklumat yang tepat adalah penting bagi penentuan kelayakan biasiswa.
  • Muat naik dokumen yang diperlukan apabila sistem sudah bersedia.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai biasiswa ini, sila layari laman web rasmi Diyanet Burslari di pautan berikut : https://diyanetburslari.tdv.org/en/

Mewakili kerajaan Malaysia, Senator Ustaz Datuk Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merakamkan setinggi penghargaan kepada Kerajaan Turki dan Kedutaan Besar Republik Turki di Malaysia atas tawaran biasiswa yang berprestij ini.  

Semoga hubungan diplomatik yang baik dan sedia terjalin antara Malaysia dan Turki akan terus kukuh.

Diharap tawaran biasiswa ini dapat memberi manfaat kepada ramai warganegara Malaysia yang berhasrat untuk lanjutkan pengajian di negara Turki.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!