PERKESO: Tarikh Bayaran Pencen/Faedah Bermula Januari 2022 ~ Sukacita dimaklumkan, PERKESO telah mengeluarkan jadual terkini bagi bayaran faedah / pencen PERKESO yang dijadualkan bermula Januari 2022 ini.
Bayaran Faedah PERKESO 2022
PERKESO: Konsep Perlindungan Keselamatan Sosial PERKESO adalah berteraskan konsep tanggungjawab bersama menerusi sumber terkumpul, perkongsian risiko dan penggantian pendapatan melalui bayaran PERKESO 2021 (pooling of resources, sharing of risk and replacement of income).
Perlindungan keselamatan sosial adalah asas yang perlu dipenuhi sebagaimana yang dipersetujui di bawah Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1952 iaitu Konvensyen 102; Minimum Standard for Social Security.
Dalam memenuhi matlamat tersebut, fungsi utama PERKESO adalah untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya menerusi skim-skim perlindungan yang diperkenalkan.
Untuk makluman, bayaran PERKESO 2021 adalah mengikut 2 Skim Faedah Keselamatan Sosial iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.
Skim Bencana Pekerjaan
Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya.
- Kemalangan Semasa Kecemasan
- Kemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.
- Penyakit Khidmat: Penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan sebagaimana yang disenaraikan di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
Skim Keilatan
Seseorang yang layak menerima bayaran PERKESO 2021 apabila dianggap sebagai menghidap keilatan setelah mengalami suatu keuzuran yang berkekalan samada tidak boleh diubati atau tidak mungkin sembuh serta tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya, sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan pekerja yang normal.
Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja dari keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.
Tarikh Bayaran Faedah PERKESO

Berikut ialah jadual yang mengandungi tarikh Bayaran Faedah PERKESO Bermula Januari 2022.
Bil. | Bulan | Tarikh Bayaran Faedah | Hari | Catatan |
1 | Januari | 25 Januari 2022 | Selasa | 1 Februari 2022 bersamaan Hari Wilayah Persekutuan dan Tahun Baru Cina |
2 | Februari | 1 Mac 2022 | Selasa | – |
3 | Mac | 1 April 2022 | Jumaat | – |
4 | April | 26 April 2022 | Selasa | 1 Mei 2022 bersamaan Hari Pekerja3 Mei 2022 bersamaan Hari Raya Puasa |
5 | Mei | 25 Mei 2022 | Rabu | 30 Mei 2022 bersamaan Pesta Keamatan1 Jun 2022 bersamaan Perayaan Hari Gawai Dayak |
6 | Jun | 1 Julai 2022 | Jumaat | – |
7 | Julai | 1 Ogos 2022 | Isnin | – |
8 | Ogos | 1 September 2022 | Khamis | – |
9 | September | 30 September 2022 | Jumaat | 1 Oktober 2022 bersamaan Hari Sabtu |
10 | Oktober | 17 Oktober 2022 | Isnin | 24 Oktober 2022 bersamaan Hari Deepavali |
11 | November | 1 Disember 2022 | Khamis | – |
12 | Disember | 20 Disember 2022 | Selasa | 25 Disember 2022 bersamaan Hari Krismas |
Sumber: https://www.perkeso.gov.my/perkhidmatan-kami/pekerja/tarikh-bayaran-faedah.html
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk portal rasmi PERKESO di pautan berikut: https://www.perkeso.gov.my/