Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2023 Malaysia – JAKIM

Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2023 di Malaysia akan dibuat 20 April 2023 bersamaan 29 Ramadan 1444H oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Tarikh rasmi Hari Raya Aidilfitri akan ditentukan berdasarkan melihat anak bulan, dan ia boleh berubah sedikit dari tahun ke tahun.

Secara amnya, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (JAKIM) Malaysia dan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia (MNFC) akan memantau kehadiran anak bulan Ramadan dan Syawal. Mereka kemudiannya akan membuat pengumuman rasmi sebaik sahaja anak bulan kelihatan, menandakan permulaan bulan Syawal dan hari Hari Raya Aidilfitri.

Adalah dinasihatkan untuk memerhatikan pengumuman rasmi daripada kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan bagi umat islam di Malaysia mengenai tarikh 1 syawal 2023.

Ini berikutan tular satu tangkap layar yang memaparkan “Pemberitahuan Akhir Ramadan 1444H 20 April 2023” yang dipercayai disiarkan menerusi sebuah paparan iklan di sebuah masjid. Sehingga ianya menarik perhatian pihak JAKIM untuk membuat satu kenyataan melalui media masa untuk mengelakkan kekeliruan

“Orang ramai dinasihati tidak membuat sebarang andaian berhubung tarikh 1 Syawal kerana tarikh sebenar hanya diketahui selepas cerapan anak bulan yang dibuat di 29 lokasi cerapan rasmi di seluruh negara”

Tarikh Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2023

Mengikut takwim dan kelender islam yang disediakan oleh pihak JAKIM menerusi portal e-solat https://www.e-solat.gov.my/, tarikh 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April 2023.

Bermakna cerapan hilal Syawal bagi tahun ini (1444H) akan dibuat pada tarikh tersbut bermula pada petang hari Khamis

Kaedah Penetapan Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2023

Tarikh Hari Raya Aidilfitri di Malaysia ditetapkan berdasarkan kepada kaedah ru’yah atau penglihatan rukyah hilal atau bulan sabit baru. Kaedah ini merupakan amalan tradisional yang dilakukan secara global oleh masyarakat Muslim untuk menentukan bermulanya bulan Ramadhan dan Syawal.

Di Malaysia, terdapat beberapa badan yang memantau penglihatan hilal, antaranya ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Pada setiap tahun, badan-badan ini akan mengeluarkan pengumuman rasmi tentang tarikh Hari Raya Aidilfitri setelah mendapat pengesahan dari Mahkamah Syariah yang berkenaan.

Apabila hilal atau bulan sabit baru yang muncul selepas matahari terbenam pada malam ke-29 Ramadan, dilihat dengan jelas oleh sekurang-kurangnya seorang saksi yang terlatih, maka ia dikira sebagai awal bulan Syawal. Selain itu, kajian astronomi dan pengiraan matematik turut digunakan sebagai rujukan untuk menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri di Malaysia.

Dalam kesulitan untuk melihat penglihatan hilal, sesetengah negara seperti Malaysia turut menggunakan kaedah hisab (pengiraan matematik) sebagai alternatif dalam menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri. Kaedah ini merujuk kepada perhitungan matematik dan astronomi bagi menentukan bermulanya bulan baru Syawal.

Rujuk : https://www.majlisraja-raja.gov.my/ms/cerapan-anak-bulan

Tarikh Jangkaan 1 Syawal 2023 Malaysia

   
TAHUN   
   
TARIKH   
   
HARI   
   
CUTI   
   
NEGERI   
   
2023   
   
22 APRIL   
   
SABTU   
   
HARI RAYA AIDIL FITRI   
   
SEMUA NEGERI   
   
2023   
   
23 APRIL   
   
AHAD   
   
HARI RAYA KE-2   
   
SEMUA NEGERI   

Baca juga : Tarikh Cuti Sekolah KPM Sempena Hari Raya

Baju Pengumuman Raya 2023

Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2023

Salah satu yang paling menarik perhatian bagi jutaan rakyat Malaysia pada setiap kali menantikan pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2023, rata-rata akan berteka-teki apakah warna baju yang akan di pakai oleh penyimpan mohor-mohor besar pada kali ini?

Baca juga : Koleksi Pantuan Hari Raya Aidilfitri Untuk Keluarga & Sahabat

Seperti sudah menjadi satu budaya untuk seluruh umat Islam menanti pengumunan tersebut di depan kaca tv masing-masing. Sehinggakan RTM sebagai media massa utama kerajaan juga terjebak

Berikut kami senaraikan warna baju pengumuman raya dari tahun 2010 – 2022

TahunTarikh Hari Raya AidilfitriNama Penyimpan Mohor-Mohor Besar Raja-Raja MalaysiaWarna Baju Penyimpan Mohor-Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
201010 September 2010Dato’ Paduka Maharaja Setia Laila Diraja Raja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan BadlishahUngu
201130 Agustus 2011Dato’ Seri Maharaja Setia Diraja Sahibus Samah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul KhususKuning
201219 Agustus 2012Dato’ Setia Maharaja Diraja Tengku Zainal Adlin Ibni Almarhum Sultan Tengku Muhammad ShahMerah
20138 Ogos 2013Dato’ Setia Maharaja Duli Yang Teramat Mulia Tunku Laxamana Tunku Dato’ Seri Utama Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afarBiru Tua
201428 Julai 2014Dato’ Setia Maharaja Duli Yang Teramat Mulia Tunku Alang Reza Ibni Sultan AbdullahHijau Muda
201517 Julai 2015Dato’ Setia Maharaja Duli Yang Teramat Mulia Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku MuhrizKuning Keemasan
20166 Julai 2016Dato’ Setia Maharaja Duli Yang Teramat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku MuhrizMerah
201725 Jun 2017Dato’ Setia Maharaja Duli Yang Teramat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku MuhrizUngu Tua
201815 Jun 2018Dato’ Setia Maharaja Duli Yang Teramat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku MuhrizKuning Keemasan
20195 Jun 2019Dato’ Setia Maharaja Duli Yang Teramat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku MuhrizCoklat
202024 Mei 2020Dato’ Setia Maharaja Duli Yang Teramat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku MuhrizBiru Tua
202113 Mei 2021Dato’ Setia Maharaja Duli Yang Teramat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku MuhrizKelabu Cerah
20221 Mei 2022Dato’ Setia Maharaja Duli Yang Teramat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku MuhrizUngu
2023Dato’ Setia Maharaja Duli Yang Teramat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz???

Untuk Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2023 ni nanti,agak-agaknya apakah warna baju yang akan dikenakan oleh penyimpan mohor-mohor besar raja-raja Dato’ Setia Maharaja Duli Yang Teramat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz ?

Sama-sama kita nantikan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!