Pengeluaran Khas RM500 Pencarum LTAT Sempena Jubli Emas 50 Tahun
Sukacita dimaklumkan Pengeluaran Khas RM500 Pencarum LTAT Sempena Jubli EMAS 50 TAHUN. Pengumuman ini telah di buat oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dalam satu siding media khas sempena Majlis Pelancaran Ulang Tahun Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ke 50 Tahun di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan
Pengeluaran khas itu sebagai manfaat tambahan dan insentif bagi membantu menangani beban kewangan pencarum.
Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, jumlah maksimum pengeluaran ditawarkan adalah RM500 secara ‘one off’.
Permohonan pengeluaran boleh dibuat melalui aplikasi MyWira mulai 10 Oktober ini dan akan ditutup pada 19 Disember
Ia juga sebagai penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan atas dedikasi, sumbangan serta komitmen mereka dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada pencarum.
Sambutan Jubli Emas ini juga untuk mengiktiraf peranan LTAT dan syarikat Kumpulan LTAT seperti Kumpulan Boustead, Kumpulan Affin dan Pharmaniaga Bhd serta impak dibawa terutama kepada pencarum TAT sepanjang 50 tahun lalu serta perancangan masa depan LTAT dalam meneruskan perjalanan transformasinya ke arah menjadi dana persaraan yang mampan dan berdaya saing
Jumlah Pengeluaran
Jumlah maksimum pengeluaran ditawarkan adalah RM500 secara ‘one off’
Tarikh Permohonan
Permohonan boleh dibuat mulai 10 Oktober hingga 10 Disember 2022
Cara Pengeluaran Khas RM500 Pencarum LTAT
Permohonan ini boleh dibuat melalui Aplikasi MyWira. Bagi pencarum yang belum mendaftar perlu mendaftar terlebih dahulu
Apa Itu Aplikasi MyWira LTAT
Akses pantas ke akaun caruman LTAT anda, bila-bila masa anda memerlukannya. Memperkenalkan aplikasi mudah alih MyWIRA untuk akses yang lebih pantas ke akaun caruman LTAT anda bila-bila masa dan di mana-mana sahaja
Cara Daftar Aplikasi MyWira
- Muat turun aplikasi Mywira ke peranti mudah ahli anda melalui pautan berikut https://www.ltat.org.my/ms/ahli/mywiramy/
- Tekan DAFTAR untuk mendaftar sebagai pengguna
- Isi butiran diri yang tepat ( Pastikan nombor telefon dan emel yang digunakan adalah aktif
- Isikan KOD PEGESAHAN yang telah dihantar ke nombor telefon pintar /emel yang telah anda daftarkan di dalam kotak berkenaan
- Pendaftaran berjaya. Tekan “Selesai” dan anda boleh log masuk untuk mengakses akaun LTAT anda dan lain-lain menu
Pengguna i-Wira sedia ada boleh menggunakan akaun dan kata laluan yang sama untuk mengakses aplikasi mudah alih MyWIRA.
Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas RM500 Pencarum LTAT
Pembayaran pertama akan dilaksanakan bermula 19 hingga 23 Disember 2022
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan info terkini dan maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:
- Facebook : Lembaga Tabung Angkatan Tentera
- Laman web : https://www.ltat.org.my/
- Telefon : 1300 88 5828
Sumber Facebook : Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Baca juga : Aplikasi Jejak Asnaf: Permohonan Bantuan Kecemasan MAIM