Pendaftaran STPM 2023 Online

Pendaftaran STPM 2023 online boleh dibuat mulai 1 Ogos 2022 ini. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 bagi tahun 2023. Tahniah buat calon yang mendapat tawaran pengajian ke Tingkatan 6.

Bagi pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian ke Tingkatan 6 di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), anda boleh membuat pendaftaran STPM 2023 dalam tempoh yang ditetapkan.

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1982 untuk menggantikan peperiksaan Higher School Certificate (HSC) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) yang dikendalikan oleh University of Cambridge Local Examinations Syndicate (UCLES).

Selepas pengambilalihan kedua-dua peperiksaan tersebut oleh MPM, nama peperiksaan STP dan HSC telah ditukar kepada peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

Tarikh Pendaftaran STPM 2023

Calon boleh membuat pendaftaran STPM bagi tahun 2023 secara online sepanjang tempoh pendaftaran berlansung pada :

  • Tarikh Buka : 1 Ogos 2022 (Isnin)
  • Tarikh Tutup : 30 Ogos 2022 (Selasa)

Cara Pendaftaran STPM 2023 Online

Calon boleh membuat pendaftaran STPM tahun 2023 secara online di https://online.mpm.edu.my

Bagi pendaftaran calon sekolah kerajaan dan sekolah swasta dibuat oleh sekolah atau institusi.

Manakala calon sekolah swasta dan calon persendirian individu hanya boleh membeli PIN MEC secara online sahaja melalui pautan: https://mypay.com.my/web/mpm

Tempoh Pengajian

Pengajian STPM sama ada yang sedia ada atau yang baharu mengambil masa selama tiga semester (satu setengah tahun). Peperiksaan STPM yang sedia ada ditadbirkan pada hujung semester ketiga manakala peperiksaan STPM yang baharu ditadbirkan sebanyak tiga kali, iaitu pada setiap hujung semester.

Jumlah Waktu P&P dalam Peperiksaan STPM

Sebanyak 240 jam, bersamaan dengan 360 waktu, iaitu 40 minit per waktu. Penggal pengajian adalah mengikut semester persekolahan yang sedia ada.

Ciri Peperiksaan STPM

  1. Peperiksaan diadakan pada akhir setiap semester
  2. Pentaksiran dilaksanakan secara peperiksaan bertulis dan kerja kursus
  3. Calon dibenarkan mengulang peperiksaan bagi setiap semester untuk memperbaiki keputusan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran STPM 2023 online, sila emel ke [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!