Pendaftaran Online Tabika Kemas 2023/2024 Mohon Sekarang
Sukacita dimaklumkan kepada ibu bapa penjaga pendaftaran online Tabika KEMAS 2023 telah dibuka bagi sesi kemasukan 2023 /2024.
Permohonan ini dibuka untuk kanak-kanak berstatus warganegara sahaja. Berusia 3 tahun hingga 5 tahun pada tahun permohonan (tahun ini 2022)
Walaubagaimanapun, sebagai permulaan hanya beberapa TABIKA KEMAS saja yang boleh dimohon secara online.
Tarikh Pendaftaran Tabika KEMAS
Pendaftaran boleh dibuat mulai 1 Ogos sehingga 31 Disember 2022
Syarat Kemasukan Tabika KEMAS
- Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara.
- Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).
- Permohonan secara online untuk Tabika KEMAS yang terpilih sebagai projek perintis sahaja
- Tabika KEMAS yang tidak terpilih sebagai projek perintis perlu menghantar borang permohnan ke Tabika KEMAS berdekatan
- Borang permohonan boleh di muat turun melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (http://www.kemas.gov.my) serta di semua Tabika KEMAS.
- Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu seramai 25 orang sahaja.
- Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke TABIKA KEMAS yang berdekatan.
- Pihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.
- Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan untuk makluman kepada ibubapa/penjaga
Syarat Pendaftaran TABIKA KEMAS Online 2023
Untuk makluman ibubapa penjaga, kaedah pendaftaran tabika kemas secara online ini hanya boleh di buat bagi tabika kemas yang disenaraikan dalam projek rintis buat masa ini
Sebanyak 144 Tabika KEMAS yang terlibat untuk projek rintis ini di 4 buah negeri iaitu ;
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Selangor
- Pahang
- Negeri Sembilan
Senarai TABIKA terlibat seperti pautan dibawah: https://bit.ly/SENARAITABIKAKEMASONLINE2023
Cara Pendaftaran Online Tabika Kemas 2023
Untuk mendaftar secara online, ibu bapa/penjaga perlu mendaftar sebagai pengguna dahulu sebelum boleh menruskan pendaftaran. Berikut langkah-langkah untuk membuat pendaftaran ;
Cara Mendaftar Sebagai Pengguna
- Sila layari website https://enrol.kemas.gov.my/
- Tekan butang Daftar
- Isi kesemua maklumat yang diperlukan dan tekan butang Hantar.
- Semak Peti Masuk (Inbox) pada e-mel yang didaftarkan. Pengguna akan menerima makluman pendaftaran yang akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan.
- Pemohon perlu klik pada pautan yang diberi sebagai pengesahan pendaftaran.
- Pemohon perlu mencipta kata laluan, mengesahkan kata laluan dan teks pengesahan (CAPTCHA) bagi proses pengaktifan akaun pengguna.
- Pilih Kaedah ‘Kata Laluan’ untuk pengesahan.
- Log masuk dengan menaipkan ID Pengguna atau No. Kad Pengenalan/No. Pasport atau E-mel pengguna.
- Setelah berjaya log masuk, pengguna boleh membuat semakan/mengemaskini profil penguna di Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS. Ikuti langkah berikut untuk panduan mengemaskini maklumat di profil pengguna.
Cara Membuat Permohonan Pendaftaran Tabika KEMAS Online
- Sila layari Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS melalui URL https://enrol.kemas.gov.my/
- Klik [BORANG PERMOHONAN]
- Pilih No. MyKid kanak-kanak melalui senarai dropdown untuk membuat permohonan. Sekiranya tiada senarai No. MyKid untuk dipilih, sila kemas kini Profil Keluarga di MyDashboard Pengguna.
- Maklumat di Profil Pengguna merupakan maklumat yang diekstrak daripada pangkalan data Portal MyGovernment sewaktu pengguna pertama kali berjaya log masuk ke Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS.
Maklumat yang diekstrak ialah:-- Nama;
- No Kad Pengenalan;
- Alamat E-mel; dan
- No Telefon.
- Pemohon perlu memasukkan maklumat anak yang ingin dipohon ke dalam Senarai Profil Keluarga ini.
- Senarai No Mykid kanak-kanak hanya akan dipaparkan pada Borang Permohonan sekiranya terdapat maklumat kanak-kanak yang berumur 3 hingga 5 tahun pada tahun semasa di Profil keluarga Portal MyGovernment.
- Isikan juga Maklumat Kesihatan, Maklumat Keluarga, Maklumat Tanggungan, Pemilihan Tabika dalam ruang yang disediakan.
- Klik [Simpan] untuk menyimpan maklumat.
- Setelah selesai, anda perlu membuat pengesahan dan menerima notis permohonan berjaya.
- Sila cetak Borang Permohonan.
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
- Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
- Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
- Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
- Rekod kesihatan kanak-kanak. (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)
Dokumen ini perlu dihantar dalam masa 2 minggu setelah tarikh permohonan online
Pendaftaran Tabika Kemas 2023 – Borang Permohonan
Bagi PENDAFTARAN di Tabika KEMAS yang tidak tersenarai dalam Senarai Tadika KEMAS Projek Rintis, pendaftaran boleh dibuat dengan muat turun borang pendaftaran dan menghantar borang permohonan ke tabika berhampiran.
Apabila borang telah lengkap, boleh terus hantar ke TABIKA pilihan anda.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan online tabika kemas 2023, sila layari website https://www.kemas.gov.my/