Pendaftaran Memperbaiki Keputusan STPM 2021 Ulangan

Pendaftaran untuk memperbaiki keputusan STPM 2021 telah dibuka. Calon-calon yang berminat boleh memilih untuk memperbaiki keputusan secara keseluruhan atau secara tampal (patching). Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengumumkan untuk calon yang berminat untuk membuat pendaftaran segera.

Pendaftaran di buka mulai 22 Ogos 2022 sehingga tarikh tutup pada 22 September 2022

Cara Pendaftaran Memperbaiki Keputusan STPM 2021

pendaftaran memperbaiki keputusan stpm 2021
  1. Sistem Pendaftaran ini khusus untuk calon yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun semasa yang memperbaiki keputusan.
  2. Calon yang memperbaiki keputusan MESTILAH membuat pembayaran secara dalam talian melalui sistem pendaftaran ini.
  3. Calon yang memperbaiki keputusan akan menduduki peperiksaan semester 3, Ulangan 1 dan ulangan 2 pada peperiksaan STPM tahun semasa.
  4. Pilihan kaedah memperbaiki keputusan:
    • Memperbaiki keputusan secara keseluruhan
    • Memperbaiki keputusan secara tampal (patching)
  5. Calon hendaklah merujuk Peraturan dan Skema Peperiksaan untuk maklumat lanjut. Sila layari https://www.mpm.edu.my/stpm/peraturan-dan-skema-peperiksaan )
  6. Calon hendaklah merujuk kalendar peperiksaan STPM tahun semasa pada portal MPM http://www.mpm.edu.my untuk mengetahui tarikh pendaftaran dibuka dan ditutup dan tarikh peperiksaan memperbaiki keputusan STPM.
  7. Calon hendaklah mencetak/menyimpan Penyata Pendaftaran STPM (STPM/PP) apabila pendaftaran telah lengkap dan selesai. Kegagalan mencetak STPM/PP akan menyukarkan calon untuk mengesahkan pendaftaran telah dibuat.
  8. Pusat yang dipilih tertakluk kepada pindaan oleh JPN

Peraturan dan Skema Peperiksaan

Calon di nasihati untuk membaca peraturan dan skema peperiksaan seperti pautan di bawah ;

BILNAMA BORANG / DOKUMEN Muat Turun
Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM(Guna Pakai
Untuk Peperiksaan STPM Mulai 2023)
  Muat Turun
Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM(Guna Pakai
Untuk Peperiksaan STPM 2022)
 Muat Turun

Kerja Kursus STPM

Perkara 4.4

Calon yang ingin memperbaiki keputusan peperiksaan STPM, boleh memilih sama ada hendak melaksanakan kerja kursus atau tidak melaksanakanya mengikut tiga pilihan berikut;

  • 4.4.1 Boleh bawa markah KK tahun lepas ke tahun mengulang. Jika langkau dua tahun atau lebih rujuk perkara (4.7) ATAU
  • 4.4.2 Jika tidak memilih perkara 4.4.1, mesi membuat kertas alternatif bertulis bagi mata pelajaran berikut ; Sains Sukan, Geografi, Seni visual, Physics, Chemistry, Biology, dan Perakaunan
  • 4.4.3 Bagi mata pelajaran selain dari perkara 4.4.2, calon boleh membuat KK baharu. MPM akan membatalkan markah KK yang lama. Markah lama tidak boleh diguna pakai sama sekali walaupun markah baharu kelak lebih rendah daripada markah lama

Perkara 18 Peluang Memperbaiki Keputusan Peperiksaan Semeseter (Peperiksaan Ulangan 1 dan Ulangan 2)

  • 18.1 Tiada prasyarat kelulusan gred minimum dalam sesuatu semester untuk melayakkan pelajar mengikuti pengajian pada semester berikutnya
  • 18.2 Calon hanya dibenarkan mengulang peperiksaan semseter 1 dan/atau peperiksaan semester 2 bagi tujuan memperbaiki keputusan peperiksaan berkenaan pada hujung semseter 3 sahaja bagi kohort yang sama. Peluang untuk menduduki peperiksaan ulangan bagi semester yang berkenaan hanya sekali sahaja
  • 18.3 Keputusan peperiksaan semester yang terbaik (skor) tertinggi akan di ambil kira antara peperiksaan bertulis yang diduduki kali pertama dengan peperiksaan ulangan
  • 18.4 Calon yang mengulang peperiksaan bertulis sesuatu semester akan dikenakan caj sebanyak RM50.00 per kertas. Calon hendaklah membeli PIN MEC untuk mendapatkan nombor mendaftar peperiksaan ulangan
  • 18.5 Tiada peperiksaan ulangan bagi kerja kursus dan juga kertas alternatif bertulis yang menggantikan kerja kursus serta kertas bertulis semseter 3
  • 18.6 Calon yang tidak hadir dalam peperiksaan semester dengan alasan yang tidak munasabah dan calon yang disabitkan dengan kes salah laku, tidak dibenarkan untuk mendaftar peperiksaan ulangan. Ini kerana peperiksaan STPM merupakan peperiksaan awam yang diiktiraf
  • 18.7 Calon yang tidak hadir dalam peperiksaan semseter dengan alasan yang munasabah hendaklah mengemukakan permohonan ke MPM (u.p Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) dengan kadar segera sebelum/selepas sesuatu peperiksaan itu bermula/tamat. Bukti sokongan juga hendaklah disertakan bersama dengan surat permohonan untuk menduduki peperiksaan ulangan. Caj sebanyak RM50.00 per kertas akan dikenakan
  • 18.8 Calon yang hendak menukar mata pelajaran yang didaftarkan bagi peperiksaan ulangan selepas tarikh tutup pendaftaran, caj sebanyak RM50.00 akan dikenakan. Calon yang ingin menukar mata pelajaran sebulan selepas tarikh tutup pendaftaran tidak akan dilayan
  • 18.9 Calon WAJIB membeli PIN MEC apabila pendaftran dibuka dan membuat pendaftaran dalam tempoh pendaftaran dibuka
  • 18.10 Calon yang telah membeli PIN MEC ulangan 1 atau ulangan 2 hendaklah membuat pendaftaran dalam tempoh pendaftaran dibuka. MPM tidak akan menerima pendaftaran calon selepas 1 bulan daripada tarikh tutup pendaftaran ulangan 1 dan ulangan 2 dan PIN MEC ini tidak boleh digunakan lagi termasuk sebagai bayaran calon bantahan serta wang pembelian PIN MEC tersebut tidak akan dipulangkan

Semakan Status Pendaftaran Memperbaiki Keputusan STPM

Calon boleh menyemak status pendaftaran mereka dengan melayari portal MPM melalui semakan pada Laporan Pendaftaran Calon (LPKC) atau melalui sistem mesej singkat (sms) dengan menaip INFOSTPM<jarak><nombor kad pengenalan>, dan menghantarnya ke talian 15888. Semakan LPKC hendaklah dibuat pada setiap semester calon menduduki peperiksaan

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Pendaftaran Memperbaiki Keputusan STPM 2021, anda boleh hubungi ;

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!