Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pembiayaan TEKUN 3 Bulan

Para usahawan yang menerima pembiayaan TEKUN Nasional, sukacita dimaklumkan pihak TEKUN Nasional menawarkan Penangguhan Bayaran Balik Pembiayaan TEKUN selama 3 bulan.

Untuk makluman, TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998 yang bertujuan menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan.

Akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, pihak TEKUN Nasional menawarkan Penangguhan Bayaran Balik Pembiayaan TEKUN bagi usahawan yang terlibat.

Permohonan penangguhan bayaran balik ini telah dibuka dan tarikh akhir permohonan penangguhan bayaran balik ini adalah pada 31 Ogos 2021.

Tempoh Penangguhan

Untuk Penangguhan Bayaran Balik Pembiayaan TEKUN selama 3 bulan ini, tempoh penangguhan yang ditawarkan adalah dari Jun 2021 hingga 31 Ogos 2021.

Selepas penangguhan bayaran balik tamat, pembayaran balik pembiayaan pemohon perlu dibuat seperti biasa mulai September 2021.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi usahawan yang layak memohon penangguhan bayaran balik ini adalah seperti berikut:

  1. Pembiayaan yang tidak bertunggakan tidak melebihi 6 bulan pada 30 April 2021 atau 31 Mei 2021.
  2. Semua produk pembiayaan layak memohon penangguhan kecuali produk Kontrak-i.

Caj Tambahan

Pihak TEKUN Nasional memaklumkan penangguhan bayaran balik ini tidak melibatkan caj tambahan.

Ini bermakna, jumlah pinjaman yang yang perlu dibayar tidak melibatkan penambahan selepas penangguhan bayaran balik diluluskan.

Selain itu, rekod pembayaran balik pemohon juga tidak terjejas sepanjang pengurangan diberikan.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan penangguhan bayaran balik, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan berikut https://tinyurl.com/mora4tekun.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Next.’
  3. Isi maklumat sehingga paparan terakhir.
  4. Pada paparan terakhir, klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Pemberitahuan Kelulusan

Setiap permohonan yang dihantar akan diberitahu kelulusan melalui SMS kepada setiap pemohon.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Penangguhan Bayaran Balik Pembiayaan TEKUN ini, sila hubungi pihak TEKUN Nasional di talian 03-9059 8888.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!