Panduan Qiamullail Ringkas – JAKIM

Pautan download panduan qiamullail susunan JAKIM dalam file pdf .Merupakan panduan ringkas untuk rujukan umat islam beramal terutama di bulan ramadan. Ianya juga sesuai sebagai amalan pengisian 10 malam terakhir ramadan dan disambing misi mencari laillatul Qadr dengan berqiamullail

Amalan qiamulail adalah satu ibadah sunat yang bermaksud ‘bangun malam’ dengan tujuan beribadat kepada Allah SWT. Ibadah qiyamulail bukanlah sesuatu yang baru, sebaliknya ia telah menjadi amalan yang diamalkan oleh para rasul, nabi-nabi, orang soleh dan alim ulama sejak zaman dahulu.

Maksud ‘Qiyamullail’

Secara umumnya qiamullail yang bermaksud berjaga malam untuk beribadat merupakan ibadah yang amat dianjurkan dalam Islam untuk meningkatkan ketakwaan seperti solat sunat, membaca al-Quran, zikir dan sebagainya. Terdapat banyak kitab-kitab suci yang jelas menggalakkan umat Islam melakukan qiamullail.

Rasulullah SAW menyuruh umatnya bangun beribadat di tengah malam (qiamullail) sebagai satu ibadat tambahan. Baginda sentiasa melakukan qiamullail dengan bersungguh- sungguh sebagaimana yang digambarkan dalam sebuah hadith dari Aisyah RA yang berbunyi:

يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ {1}قُمِ اللَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا {2}نِصْفَهُ أَوِ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلًا {3}أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا {4}

Maksudnya: Wahai orang yang berselimut!. (1) Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), (2) Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, (3) Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”

Surah al-Muzammil (1-4)

Selain itu Firman Allah SWT:

وَمِنَ ٱلَّيْلِ فَٱسْجُدْ لَهُۥ وَسَبِّحْهُ لَيْلًا طَوِيلًا

Maksudnya: Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memuji-Nya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.

Surah al-Insan (26)

Panduan Amalan Sunat Semasa (Qiamullail)

Berdasarkan ayat al-Quran dan hadis-hadis yang disebutkan di atas menunjukkan bahawa antara amalan sunat ketika qiamullail ialah seperti ;

  • Solat sunat,
  • Membaca al-Quran,
  • berzikir dan
  • Berdoa memohon keampunan kepada Allah SWT.

Sedikit atau banyaknya amalan yang perlu dilaksanakan bergantung kepada kemapuan individu. Jika hanya mampu untuk mengerjakan dua rakaat solat Tahajjud contohnya, ini juga dikira sebagai amalan ibadah Qiamullail. Namun, sedikit atau banyak itu bukanlah ukuran, yang penting keikhlasan seseorang itu untuk beribadah dan mengerjakannya secara teratur kerana ikhlas dan melakukannya secara berkala akan mendekatkan diri seseorang kepada Allah SWT

Panduan Qiamullail Ringkas JAKIM

panduan qiamullail

Bagi memudahkan umat islam, terutamanya di Malaysia untuk mengerjakan ibadah sunat qiamullail terturama di bulan ramadan ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyususan dan memberikan panduan beberapa amalan dan panduan ringkas beserta fadilah dan kelebihan sesuatu amalan terebut.

Panduan Solat Sunat Semasa Qiamullail

Terdapat banyak solat sunat yang boleh dilaksanakan. Namun disini disenaraikan beberapa solat sunat beserta fadilatnya yang boleh dilaksanakan ketika qiamullail mengikut kemampuan individu

1.Sembahyang Sunat Awwabin

Awwabin bererti kembali iaitu kembali mengingati Allah SWT ketika berada dalam kelalaian. Sembahyang sunat ini biasa dilakukan di antara waktu Maghrib dengan Isyak. Sembahyang ini boleh dikerjakan 20 rakaat, 4 rakaat dan 2 rakaat.

Fadilat Sembahyang Sunat Awwabin

Rasulullah SAW pernah bersabda yang berbunyi ;

Maksudnya: “Sesiapa yang bersembahyang di antara Maghrib dan Isyak 20 rakaat, Allah SWT  membina  untuknya  sebuah  mahligai dalam syurga.”

(Riwayat Ibn Majah)

2.Solat Sunat Tahajjud

panduan qiamullail

Tahajjud adalah solat sunat ketika bangun malam selepas tidur, walaupun hanya tidur sebentar. Solat ini dilakukan selepas waktu Isyak hingga terbit fajar. Sebaik-baiknya lakukan pada satu pertiga malam (kira-kira jam 3:00 pagi) sehingga subuh. Solat ini dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sahaja. buat apa yang boleh

Fadilat dan kelebihan solat sunat Tahajjud

  1. Mendapatkan pengawasan Allah SWT dan menampakkan kesan-kesan ketaatan di wajahnya.
  2. Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orang- orang mukmin.
  3. Percakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana.
  4. Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang mahsyar.
  5. Dimudahkan hisab ke atasnya.
  6. Senang melalui Titian Siratul Mustaqim umpama kilat yang menyambar.
  7. Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan.
  8. Jauh daripada kebinasaan.

3.Solat Sunat Hajat

Sembahyang Hajat bererti sembahyang untuk meminta sesuatu hajat yang tertentu. Ia boleh dilakukan secara bersendirian mengikut hajat masing-masing dan boleh juga dilakukan secara berjemaah jika untuk niat yang sama

4.Solat Sunat Taubat

Solat sunat taubat dibuat khusus untuk memohon keampunan dan taubat Nasuha daripada Allah SWT. Cara melaksanakan solat sunat taubat ini dilakukan sebanyak dua rakaat

. Asas sembahyang ini ialah:

  1. Menyesal di atas segala perbuatan dosa yang dilakukan.
  2. Menyucikan diri daripada perbuatan dosa dan berhenti daripada melakukan maksiat serta meminta ampun di atas apa yang telah dilakukan daripada Allah SWT, memohon maaf kepada manusia terhadap dosa yang berkaitan dengan harta benda, maruah dan jiwa. Mengqadhakan segala apa yang telah terluput seperti amalan-amalan sembahyang, puasa dan lain-lain sekadar yang termampu.
  3. Berazam tidak akan melakukan lagi segala perbuatan tersebut serta menjauhkannya

5.Solat Sunat Tasbih

Mengenai sembahyang ini Imam Nawawi pernah berkata bahawa telah menjadi pegangan jumhur ulama syafi’iyah bahawa sembahyang Tasbih ini adalah hukumnya sunat. Terdapat hadith- hadith yang menggesa supaya beramal pada setiap hari, jika tidak melakukannya hendaklah dilakukan seminggu sekali, jika tidak dapat dilakukan seminggu sekali hendaklah dilakukan sebulan sekali, jika tidak dapat dilakukan sebulan sekali, hendaklah dilakukan setahun sekali, jika tidak dapat melakukan setahun sekali hendaklah dilakukan sekali seumur hidup.

Walaupun hadith-hadith tersebut  tidak  kuat untuk dijadikan hujah, tapi ulama membolehkan beramal dengan fadhai’l amal. Waktu mengerjakannya ialah pada waktu siang dilakukan empat rakaat dengan satu malam.

6. Solat Sunat Witir

Witir ertinya ganjil, yakni tidak genap rakaatnya. Sembahyang ini boleh dilakukan secara perseorangan atau berjemaah. Hukumnya sunat muakkad, dikerjakan sekurang-kurangnya satu rakaat dua salam dan sebanyak-banyaknya sebelas rakaat dengan tujuh salam. Waktunya selepas sembahyang Isyak

Fadilatnya

  1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.
  2. Lebih afdal daripada sunat-sunat rawatib yang lain

Panduan Qiamullail Amalan Sunat Yang Lain

Membaca al-Quran

Membaca al-Quran adalah satu ibadat yang mempunyai pahala yang besar kerana setiap huruf yang dibaca itu akan digandakan sepuluh kebajikan. Lebih-lebih lagi jika ianya di kerjakan di bulan Ramadan dimana bulan turunya al-quran pada peristiwa Nuzul Quran iaitu pertama kali turunya ayat al-quran kepada baginda Rasullulah S.A.W

Antara surah-surah yang sangat baik untuk dibaca ialah:

  1. Surah Yasin, ia merupakan surah jantung al-Quran (Hadith riwayat Ahmad)
  2. Surah al-Rahman, ia diibaratkan gadis pengantin (Hadith riwayat Ahmad)
  3. Surah al- ‘Ala, ia adalah surah yang sangat digemari oleh baginda Rasulullah SAW (Hadith riwayat al-Bukhari)
  4. Surah al-Fatihah, ia adalah pokok al-Quran (Hadith riwayat al-Bukhari)
  5. Surah al-Kahfi, ia adalah tempat naungan pada hari akhirat (Hadith riwayat al-Bukhari)
  6. Surah al-Kahfi, ia merupakan tempat naungan para malaikat (Hadith riwayat Muslim)
  7. Surah al-Sajadah, ia sangat digemari oleh baginda Rasulullah SAW (Hadith riwayat al- Tarmizi)
  8. Surah al-Mulk, ia adalah surah yang memberi syafaat pada hari akhirat nanti (Hadith riwayat Ibn Majah)
  9. Surah al-Nas dan al-Falaq, ia adalah surah yang memberi perlindungan pada hari akhirat nanti (Hadith Abu Daud)

Zikir

Allah berfirman dalam al-Quran yang Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman ingatlah kepada Allah melalui zikir yang banyak.”

(Surah al-Ahzab: 41)

Fadilat Zikir

Antara fadilat dan kelebihan zikir adalah ;

  1. Mengubati hati yang lalai dan leka.
  2. Untuk mendapatkan darjat dan kurniaan yang melimpah pada hari akhirat nanti.
  3. Bagi sesiapa yang bertasbih seratus kali dan tahlil seratus kali selepas sembahyang Subuh maka Allah akan mengampunkan dosanya walaupun sebanyak buih di lautan sekalipun.

Panduan Qiamullail PDF

Panduan ini disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Mengandungi panduan lengkap dan ringkas cara-cara melakukan amalan sunat qiamullail termasuk cara mengerjakan solat sunat, bacaan doa khusus.

Diharapkan dengan adanya panduan qiamullail yang disediakan oleh pihak JAKIM ini dapat memudahkan kita beramal pada malam hari dengan lebih teratur dan mendapat redha Allah S.W.T.

Untuk mendapatkan info-info mengenai keagamaan anda juga boleh merujuk website JAKIM di https://www.islam.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!