Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap 2023 Wifi Rumah

Tawaran Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap 2023 Malaysia Madani akan mulai ditawarkan bermula pada Mac ini.

Pelancarannya telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. Terdahulu sebelum ini beliau juga telah melancarkan Pakej Perpaduan Internet Mudah Alih pada Disember 2022 yang lalu

Dengan adanya inisiatif ini, di harap ianya dapat membantu golongan sasar iaitu golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas untuk menikmati kemudahan pakej internet rumah dengan harga murah.

Pakej ini juga lebih murah berbanding pelan internet sedia ada di pasaran, dengan penjimatan sebanyak 22% pada harga hanya RM69.00 sebulan dengan kelajuan internet sehingga 30 Mbps

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap 2023

pakej perpaduan jalur lebar tetap

Selaras dengan hasrat Kerajaan Perpaduan dengan tema Malaysia MADANI, untuk menurunkan kos sara hidup rakyat. Dimana pada ketika ini kemudahan internet adalah satu keperluan sama ada untuk perhubungan, mengakses maklumat,pembelajaran dan lain-lain keperluan.

Kerajaan mengambil insiaitif pelan internet jalur lebar tetap ini yang mana ianya di tawarkan dengan harga lebih murah untuk golongan sasar iaitu bagi membantu golongan B40, veteran, orang kurang upaya (OKU) serta warga emas.

Pengguna akan mendapat penjimatan sebanyak 22% pada harga hanya RM69.00 sebulan dengan kelajuan internet sehingga 30 Mbps tanpa had berbanding pada harga biasa untuk pakej yang sama bernilai RM89

Pakej ini adalah dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan jalur lebar tetap, iaitu Telekom Malaysia (TM), CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL, TIME Berhad dan Astro

Pelan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap 2023

Pakej Kelajuan 30Mbps

  • Kouta penggunaan tanpa had
  • Harga RM69
  • Kontrak 24 bulan

Manakala pakej-pakej lain dan butiran penuh pelan Prabayar Pakej Perpaduan masih belum dimuktamadkan dan akan di kemaskini dari masa ke semasa di portal Fuh.my

Perbezaan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap 2023 & Pekej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih (Prepaid Mobile Data)

Dalam pada yang sama YB Fahmi Fadzil juga telah di tanya mengenai perbezaan Perbezaan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap 2023 & Pekej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih (Prepaid Mobile Data) yang telah beliau lancarkan pada Disember yang lalu.

Jelas YB Fami Fadzil Satu, pakej internet yang menggunakan “mobile data” telefon. Satu lagi, pakej internet yang melibatkan WiFi di rumah.

Prabayar Prepaid Mudah Alih
(Prepaid Mobile Data)
Jalur Lebar Tetap/
Wifi Rumah (Fixed Broadband)
Kelajuan dinaikan tiga kali gandaKelajuan 30Mbps
Harga diturunkan kepada hanya RM5 sebulanHarga diturunkan daripada RM89 sebulan kepada
RM 69 sebulan (Jimat RM20 sebulan)
Data 30GB sebulan selama 180 hariData tanpa had (Unlimited data)

Pelan pakej prabayar prepaid mudah alih ini adalah naik taraf Pakej Remaja Keluarga Malaysia sebelum ini yang kini datang dengan dua kali ganda tempoh sah serta tambahan 10GB sebulan

Cara Mohon Pakej Perpaduan Jalur Lebar 2023

Tawaran permohonan untuk langganan pakej perpaduan ini hanya untuk memenuhi syarat kelayakan iaitu golongan B40, veteran, orang kurang upaya (OKU) serta warga emas.

Pemohon yang berminat untuk mendaftar boleh hubungi syarikat komunikasi yang terlibat seperti :

  1. Telekom Malaysia (TM),
  2. CelcomDigi,
  3. Maxis,
  4. U Mobile,
  5. YTL,
  6. TIME Berhad
  7. Astro

Tarikh Permohonan

Permohonan boleh dibuat mulai Mac 2023 ini.

Maklumat lanjut mengenai cara permohonan akan di kemaskini kemudian.

Pakej MyKabel TIME dotCom

Sementara itu, bagi penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan liputan Time. TIME dotCom (Time) ada menyediakan pelan Pakej MyKabel 100Mbps dengan tawaran rebat bulanan RM30 akan ditawarkan bagi pelan standard 100Mbps, yang berharga RM99 sebulan, menjadikannya komitmen bulanan hanya sebanyak RM69 sepanjang tempoh kontrak. 

Langkah ini selaras dengan inisiatif Pakej Perpaduan kerajaan, yang Time mengalu-alukan dan menyokong sepenuhnya .

Pelan Pakej MyKabel 100Mbps menawarkan data tanpa had dengan kelajuan muat naik dan turun simetri termasuk penghala untuk kontrak 24 bulan.

Pelan tersebut sekarang tersedia di 

Kawasan Selangor dan Kuala Lumpur ;

  • PPR Kampung Baru HICOM,
  • PPR Kota Damansara,
  • PPR Lembah Subang,
  • PPR Taman Putra Damai serta
  • PPR Kerinchi,

Kawasan Johor

  • PPR UDA Utama
  • PPR Taman Perling (Jalan Rawa 1)
  • PPR Taman Perling (Jalan Rawa 7)

Tawaran ini boleh didapati bermula Mac hingga Disember 2023. Maklumat lanjut mengenai Pakej MyKabel boleh didapati menerusi website https://www.time.com.my/

Maklumat Tambahan

Antara pertanyaan mengenai pakej perpaduan jalur lebar ini adalah, bagi golongan sasar iaitu B40, veteran, orang kurang upaya (OKU) serta warga emas yang ketika ini sudah menggunakan pakej 30mbps RM89 adakah boleh memohon pakej perpaduan untuk mendapatkan harga langganan RM69 untuk pakej yang sama?

Persoalan ini akan dikemaskini sekiranya telah mendapat maklumat terkini.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap 2023 Malaysia Madani, anda boleh layari website Kementerian Komunikasi dan Digital https://www.kkd.gov.my/ atau mengikuti portal Fuh.my untuk maklumat kemaskini terkini dari masa ke semasa

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!